Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tiada Apa-apa yang Terlepas Keadilan

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Host: Dalam panggilan telefon berkaitan kerja dengan anggota pasukan Supreme Master Television pada Ahad, 26 September, Mahaguru Ching Hai Tersayang kita telah memberikan pandangan tentang beberapa kejadian baru-baru ini di Amerika Syarikat yang mencerminkan kekurangan penilaian yang betul oleh kerajaan dan media negara itu.

(...) (Guru, di wilayah Maricopa, Arizona, Amerika, pengiraan semula pilihan raya Presiden Amerika 2020 mengesahkan sekali lagi kemenangan Biden. Kesannya, beberapa syarikat media seperti CNN, Washington Post dan CNBC berkata Trump telah silap dan berbohong tentang penipuan pilihan raya dan penyelewengan dalam proses pengundian. Inginkah Guru memberi komen tentang ini?)

Ya. Apa yang diharapkan oleh Trump? Beliau terlalu jujur. Beliau terlalu naif, saya dah kata. (Ya.) Beliau hampir naif. Kerana jika kita minta seseorang yang mungkin merupakan pencuri atau sesuatu di rumah (Ya.) tapi beri begitu banyak masa kpd mereka, maka semua bukti akan hilang meskipun dia lakukannya. (Oh! Ya, benar tu. Ya.) Orang yang sama, persediaan yang sama, jadi mana boleh hasilnya berbeza? (Ya. Memang.) Namun, saya cuba tidak menuduh sesiapa pun. Saya hanya bercakap benar. (Faham.) Semua ini karma dunia, karma kolektif orang Amerika juga. (Ya.) Dan juga pengaruh buruk syaitan ghairah. Mereka membutakan semua orang. Mereka membutakan mereka semua supaya mereka menyokong orang yang tidak betul. Kerana mereka menggunakan kuasa ajaib. (Ya.) Oh, mereka berkuasa! Mereka berkuasa.

Buddha berkata bahawa maya sama berkuasa dengan Dia, Buddha, (Wau!) kecuali kekurangan kuasa kasih sayang. (Ah! Faham.) Itu saja. (Ya.) Jika tidak, bagaimana dunia kita kucar-kacir, dalam penderitaan dan kesakitan bagi semua makhluk, manusia dan haiwan? (Ya.)

Media, banyak daripada mereka lihat personaliti, tidak lihat kualiti. (Ya, betul tu.) Mereka tidak lihat apa yang dibuat oleh Presiden Trump. Segala perkara baik ini kita boleh senaraikan selama-lamanya, perkara baik yang telah dibuatnya untuk negaranya. (Ya.) Beliau benar-benar ada hati berkhidmat untuk rakyat. Beliau bukan pembohong. Beliau ialah apa-apa saja kecuali pembohong. (Ya. Beliau sangat jujur.) Beliau memang jujur. 100%, lebih 100%. Lebih daripada sesetengah drpd mereka, kamu boleh namakan. (Ya.)

Jika mereka nak cari pembohong, mereka harus melihat ke arah yang bertentangan. Ada banyak bukti tetapi tiada sesiapa yang peduli. Mungkin kerana ia tidak sesuai dengan mereka, cara bertindak atau personaliti En. Trump. (Ya.) Mereka mengharapkan Presiden membuat apa yang mereka mahukan, bukan apa yang beliau rasa sesuai untuk negara. (Ya.) Sama juga, orang yang menentang mana-mana Guru adalah macam itu juga. Mereka ingat Guru berbohong, tak boleh buat ini, tak boleh buat itu. Kita tak dapat membuktikan bahawa Tuhan wujud, secara fizikal, tetapi Tuhan memang wujud. (Ya.) Atas sebab itu, atas perkara yang tak dapat dibuktikan, banyak Guru telah dibunuh atau dibungkam dgn cara-cara yang berlainan. (Faham.) Atau menghadapi penindasan dan kesusahan. (...)

Trump ialah orang yang paling jujur dan tidak korup, belum kata lagi Presiden yang terbaik, atas perkara itu. Beliau tidak berbohong. Sama ada secara intuitif beliau tahu akan penipuan atau secara informatif tahu akan itu. (Ya.) Kerana banyak orang yang ada kuasa ajaib atau mata ketiga mungkin memberitahu beliau. Atau pekerjanya yang menyaksikan penipuan memberitahu beliau juga. (Ya.) Ada banyak penyelewengan yang telah dilaporkan sebelumnya di negeri atau wilayah yang berlainan. (Ya, ada banyak.) Itu menyebabkan beliau berkata bahawa kita perlu mengira semula, memeriksa semula dan... terhadap aktiviti pilihan raya ini. (Ya.) Ya. Beliau bukan katakannya tanpa sebab. (Faham.) (...)

Trump orang yang memang jujur dan naif. Beliau tidak sesuai untuk dunia ini, maklumlah. Apalagi menjadi Presiden, terkenal dan Presiden yang disayangi. (...)

Beliau telah lakukan banyak perkara yang bawa keamanan kpd banyak negara. (Ya.) Keamanan dan keselamatan. Tetapi mereka tak lihat semua itu. Mereka tak senaraikan itu. Mereka hanya sentiasa beritahu bahawa beliau jahat, pembohong. Beliau bukan! Malah memberitahu bahawa beliau melakukan jenayah apabila beliau mengganggu pilihan raya. Beliau tidak mengganggu. Beliau hanya minta, “Boleh kamu menyiasatnya?” (Ya.) “Atau boleh kamu cari sama ada kertas undi ini wujud atau tidak atau mereka sembunyikan di sesuatu tempat?” Itu saja yang dimintanya. Tak bolehkah seorang Presiden minta itu? Ini negara bebas. Jika kita mengesyaki sesuatu, kita tanya, kan? (Ya.) Pihak itu boleh kata ya atau tidak. (Ya.) Ini bukan ‘jenayah’. Ya Tuhan, mereka gunakan segala perkataan yg kuat terhadap beliau sementara menggunakan kata-kata yang sangat lembut, memuji atau menyokong untuk penjawat kini. (Ya, faham.) Itu memang tak adil. Media yang lakukan semua ini harus berasa sangat malu sebagai wartawan. (...)

Mengapa beliau (Presiden Trump) menghabiskan begitu banyak wang hanya untuk memastikan bahawa mereka buat sesuatu dengannya? (...) Supaya ia dapat membuktikan bahawa beliau kalah? Memalukan diri sendiri di depan semua orang dan dunia macam itu? (...)

Buat apa beliau buat begitu? Maklumlah. Kecuali beliau benar-benar yakin. (...)

Jadi semua ejen atau organisasi kewartawanan ini harus berhati-hati dengan penggunaan kata-kata kerana kata-kata boleh membunuh. (Ya.) Bukan sahaja membunuh pihak lawan tetapi mungkin bunuh reputasi sendiri juga. (Faham.) (...)

Beliau bukanlah pembohong. (Ya.) Beliau orang yang sangat baik. Jujur dan sangat bertakwa kepada Tuhan. Beliau takkan berbohong. Beliau tahu akan Rukun dalam hati. Beliau bertindak mengikut Rukun Bible. (...)

Maklumlah, dunia ini tunggang-terbalik. Apa yang baik, orang kata buruk. Apa yang buruk, orang kata baik. Saya sangat kecewa Sangat kecewa. Setiap hari, saya buat sebaik yang boleh dengan bermeditasi dan berdoa. Itu saja yang boleh saya buat. (Ya.) (...)

Mereka (media) yang menyokong Biden tak peduli. Mereka telah dibutakan. Mereka berat sebelah, ya Tuhan, dan juga terpengaruh oleh kuasa syaitan. (Ya.) Dah tentu, saya merisikokan diri mengatakan semua itu tetapi kebenaran perlu diberitahu. Saya seorang pengamal spiritual. Saya mematuhi lima rukun. (...)

Jadi di depan semua Santo dan Orang Suci nampak dan tak nampak serta Tuhan Yang Maha Berkuasa, saya beritahu kamu semua kebenaran. (...)

Jika mereka nak cari pembohongan, penipuan dan kepalsuan, mereka harus melihat ke arah yang bertentangan, maklumlah. (Ya.) Keluarga Kedua atau Pertama tidak harus terlibat dalam perkara itu pertama-tamanya. Sebelum dia (Biden)

menjadi Presiden, dia Naib Presiden, mereka menggunakan itu untuk memperoleh berjuta-juta dolar. (Ya, faham.) Kemudian selepas dia menjadi Presiden, anaknya masih menjual lukisan dengan harga AS$500,000 dan banyak lagi. (Faham.) Dah tentu, itu sah di sisi undang-undang. Itu sah, tidak menyalahi undang-undang. (Cuma tidak betul dari segi moral.) Tetapi tidak sah dari segi moral! (Ya.) Ia memalukan. (Ya.) (...)

Baru-baru ini saya terbaca bahawa mereka malah melarikan cukai. Mereka memperoleh kira-kira AS$13 juta tetapi mengisytiharkan AS$800,000 saja. (Oh, wau!) Jadi mereka tidak bayar cukai tetapi media tak kata apa-apa pun. (...)

“ FOX News Interview Sept. 25, 2021: Mereka ada, seperti yang kamu katakan, pendapatan sebanyak AS$13 juta pada tahun 2017 dan 2018 antara Joe dan Jill (Biden). Sekarang lihatlah, syarikat saya ialah syarikat S dan saya tahu berapa banyak akauntan melihat ini. Adalah mustahil jika saya memperoleh sebanyak AS$13 juta dalam dua tahun, mereka membenarkan saya kata, “Saya ada pendapatan sebanyak AS$13 juta tetapi ‘gaji’ saya hanyalah AS$800,000.” Mengapa tiada akhbar utama yang berkata, “Nanti dulu, kami telah menyerahkan ini kepada pakar cukai dan mereka beritahu kami bahawa ada sesuatu yang ganjil di sini jika dia hanya bayar cukai 3.8% daripada US$800,000, bukan US$13 juta.” Di manakah media tahun lalu tentang ini? ”

Mereka menggunakan kedudukan, menyalahgunakan kedudukan berkuasa untuk berniaga. (...) Jika semua ini dilaporkan sebelumnya termasuk pelarian cukai, saya tak rasa Biden akan menang di mana-mana pun. (Betul. Betul. Faham.) Tetapi mereka menyekat semuanya. Banyak media menyekatnya, media yang menyokong dia. (Ya.) (...)

Semua ini, mereka perlu jawab kepada Syurga atau neraka. Saya rasa mereka akan perlu jawab kepada neraka kerana buat aniaya pada warga baik yang tidak bersalah seperti Presiden Trump. (Oh! Ya.) Tiada apa-apa yang terlepas daripada keadilan. (...) Sebarang pendustaan, apa-apa saja yang tidak mengikut Sepuluh Rukun Bible akan mendatangkan akibat api neraka, pengadilan neraka. (Ya.) (...)

“ Media Report from KHOU 11: Pegawai Rondaan Sempadan Amerika dikritik dengan video ini dan cara mereka mengendalikan pendatang. Dirakamkan dlm video menunggang kuda menyekat laluan mereka di Rio Grande... ”

(Baru-baru ini,) Ya. (terdapat video pegawai Rondaan Sempadan yang menunggang kuda muncul dalam talian.) Ya. (Biden dan pentadbiran Rumah Putihnya pada asasnya menyindir bahawa pegawai Rondaan Sempadan menyebat pelarian migran Haiti. Inginkah Guru berkongsi sebarang komen tentang ini?)

Mereka, dia atau mereka harus menyebat diri sendiri. Pegawai Rondaan Sempadan tidak membuat apa-apa macam itu. (Ya.) Saya lihat video itu. Mereka hanya... Saya rasa beberapa orang Haiti tersangkut pada tali kekang kuda polis. (Ya.) Jadi mereka hanya cuba menghentikan dia daripada diinjak-injak atau lebih banyak tersangkut kerana kuda perlu pergi dari situ, bergerak, berlari. (Betul.) Tetapi orang-orang Haiti itu barangkali di depan kuda.

“ Media Report from FOX news Sept. 23, 2021: Apa yang digunakan itu bukanlah cemeti. Itu tali kekang, jenis yang digunakan untuk mengawal kuda. Tetapi tak percayai kata-kata orang ini. Itu apa yang Setiausaha DHS (Jabatan Keselamatan Dalam Negeri) VP (Naib Presiden) sendiri katakan: “Ejen sempadan gunakan tali kekang panjang, bukan cemeti, untuk mengawal kuda mereka.” ”

“ FOX News Interview Sept. 23, 2021: Segalanya yang dilakukan oleh ejen di Del Rio sana dalam rondaan berkuda adalah pertama, mengikut undang-undang, ikut polisi, mengikut latihan. Mereka tidak dengan sebarang cara atau bentuk menyerang individu yang mereka cuba halang daripada memasuki negara ini. Tiada orang yang disebat. Apa yang mereka buat apabila kamu lihat mereka memusingkan tali kekang adalah untuk mengalihkan perhatian kuda supaya ia tidak bertembung dengan individu yang mereka cuba tahan. Jadi apa yang dibuat oleh mereka adalah melindungi orang-orang itu. Tetapi pentadbiran dan pucuk pimpinan dalam agensi ini tak dapat berikan jawapan yang jujur dan sekarang Presiden Amerika Syarikat berkata bahawa individu ini “akan tanggung akibatnya”? Tanggung apa? Mereka tak buat apa pun. ”

“ FOX News Interview Sept. 26, 2021: Saya telah menyaksikan video ini dan saya telah lihat gambarnya berulang kali. Saya tak dapat lihat pelanggaran undang-undang atau polisi. Saya tak nampak sesiapa disebat atau dicambuk seperti yang Presiden dan Setiausaha Mayorkas nyatakan. Sebenarnya, orang yang merakamkan video ini sudah menampil ke depan dan berkata bahawa dia tak nampak itu ketika merakamkan video itu. Apa yang saya lihat ialah ejen Rondaan Sempadan Amerika menjalankan tugasnya untuk menghentikan kemasukan haram daripada berlaku. Apa yang saya lihat juga, seorang pendatang haram yang disyaki, warga Haiti, menyambar kendali dan kekang kuda yang ditunggang oleh ejen itu dan berpotensi mewujudkan situasi yang sangat berbahaya bagi ejen itu. Jadi ejen itu menjalankan tugasnya. Dia buat segalanya yang dilatih untuk dibuat dan melakukan segalanya yang ejen peronda berkuda lakukan sejak 97 tahun dahulu apabila kita mula menggunakan kuda dalam organisasi ini. ”

Lagipun, kuda itu milik siapa? Kerajaan Biden, kan? (Ya, memang.) Dialah orang yang suruh mereka halau orang Haiti. (Betul.) Dan dia tidak ambil berat tentang orang Haiti. Oh! Semua ini kepura-puraan, pembohongan. Ini pembohongan! Dia suruh mereka halau orang dari sempadan. Jadi mereka buat apa yang boleh. Bukan? (Ya, memang.) Mereka tidak memukul sesiapa pun. Tidak! (Tidak.) Ada saksi. Jadi dia berbohong sekali lagi untuk menutup, menyalahkan pegawai Rondaan Sempadan yang kesian. Mereka hanya menjalankan tugas mereka. Mereka diberitahu apa yang nak dibuat. (Ya, memang.) Dan mereka buat begitu. (Betul, Guru. Ya.) (...)

Pertama sekali, mereka buka sempadan, jadi semua orang datang. Sekarang kucar-kacir, jadi mereka menyalahkan peronda yang berada di bawah perintah mereka untuk halau orang dari kem. (Ya, Guru.) Mereka tak pedulikan orang Haiti. Lama dahulu, 1994 atau sesuatu ketika dia hanya Senator, (...) dia berkata, “Meskipun seluruh negara Haiti secara senyap tenggelam ke dalam laut, ia takkan menjadi hal kepada Amerika Syarikat.” “Ia takkan menjadi hal kepada kita.” (Ya Tuhan.)

“PBS Interview 1994 Biden(m): Jika Haiti tenggelam secara senyap ke dalam Caribbean atau menaik 300 kaki, ia takkan menjadi hal sama sekali dari segi kepentingan kita. ”

Nampak tak itu? (Wau!) Mengatakan perkara yang begitu buruk! (Memang. Betapa tak berhati perut.) (...)

Dia tiada impian, tiada belas kasihan, tiada kasih sayang, apa-apa pun. (Oh, wau!) Dia tiada kemahiran sebagai diplomat. Meskipun itu apa yang difikirkannya dalam fikiran, dia tak harus bercakap macam itu (Memang.) sebagai Senator, sebagai salah seorang pemimpin negara yang penting, sebagai jurucakap rakyat. (...)

Pegawai Rondaan Sempadan tidak buat apa-apa pun. Mereka hanya menjalankan tugas mereka (Ya.) dengan selembut yang boleh. (Ya.) Mereka tahu bahawa mereka takkan buat begitu. Buat apa? Mereka hanyalah pelarian. Mereka hanya cuba menolak mereka balik dari sempadan. (...)

Tetapi Biden dan pentadbiran ini antipolis. Kamu tahu akan itu sejak beberapa tahun yang lalu lagi. (Betul, Guru.) Mereka ialah pro “tarik balik peruntukan kpd polis”. (Ya.) Harris malah mengikat jamin banyak perampas dan penunjuk perasaan yang ingin tarik balik peruntukan kepada polis. (...)

Mereka antipolis. (Ya.) Sekarang ini satu lagi peluang untuk menyalahkan mereka kerana menjalankan tugas mereka. (...)

“ Fox News Interview Sept. 25, 2021: Biden berkata bahawa ejen Rondaan Sempadan ini akan tanggung akibatnya. Apakah perasaan encik tentang itu apabila encik memikirkan apa yang dikatakan oleh mereka? Ini Presiden.

Former Border Patrol coordinator(m): Secara terus terang adalah menyedihkan mengetahui bahawa kami bekerja untuk pasukan seperti ini, mereka suruh kami melaksanakan tugas dan kami laksanakan dgn sedaya upaya, kemudian mendapat serangan balik sebegini.

Ari Fleischer(m): Ini ialah contoh yang baik bagaimana Demokrat yang diketuai oleh Joe Biden adalah antipolis di mana-mana saja dan di merata tempat. Itu mesejnya hari ini: “Jangan kuatkuasakan undang-undang Amerika. Apabila kita nampak seseorang memecah masuk ke dalam negara kita, biarkan mereka masuk.” Dia juga berkata kepada pasukan polis di merata tempat: “Tiada peronda berkuda lagi di mana-mana pun.” Pernah sesiapa pergi ke Jalan Bourbon? Mereka ada peronda berkuda di sana. Adakah itu tak berperikemanusiaan? Tujuan rondaan itu adalah untuk menghalang orang daripada memasuki negara ini. Kesan polisi Joe Biden adalah mengundang jauh lebih banyak orang memasuki negara ini. Ini sempadan terbuka paling teruk yang digalakkan oleh Presiden Amerika Syarikat. ”

“ FOX News Interview Senator Kennedy(m) Sept. 25, 2021: Saya tak dapat memikirkan satu pentadbiran Presiden yang membuat lebih banyak kesilapan dalam sembilan bulan pertama daripada pentadbiran Biden. Maksud saya, fikirkannya. Kita telah bercakap tentangnya sebelumnya – Afghanistan, inflasi, jenayah, teori bangsa kritikal, harga petrol, pemusnahan ketakbersandaran tenaga Amerika, tetapi daripada semua kesilapan Presiden ini, tiada satu pun yang lebih besar daripada krisis di sempadan. Ia suatu krisis. Tahun ini, lebih dua juta orang akan memasuki negara ini secara haram dan kita tak tahu sedikit pun siapa mereka. ”

Semasa kita berkuasa, kita boleh katakan apa-apa saja, berapa tak masuk akal, kejam, bodoh pun atau... Malah bertentangan dengan kata-kata sendiri sebelumnya. Satu minit kita mengatakan ini dan minit seterusnya kita bertentangan dengan diri sendiri. Itu masih okey kerana kita berkuasa.

Terutamanya disokong oleh syaitan. (Oh! Ya.) Kuasa syaitan akan membutakan semua orang di sekeliling. Sebab itulah mereka memperlakukan dia dengan begitu lembut, amat berhati-hati dan memperlakukan Presiden Trump dengan begitu kasar, masih begitu. (Ya, Guru.)

Jadi saya tidak menyalahkan media juga. Saya hanya rasa bersimpati. Mereka tak berdaya juga, sesetengah daripada mereka. Jika motif kita hanyalah untuk memperoleh wang walau apa pun, atau membutakan orang hanya untuk mendapat tajuk berita, maka kita senang terpengaruh oleh kuasa gelap. (Ya.) Jika kita lebih terus terang, takut akan hukuman Tuhan dan hanya membuat apa yang harus dibuat, hanya melapor dan memberitahu, maka syaitan tak dapat sentuh kita. Orang mulia, syaitan tak dapat sentuh. (...)

“ Media Report from EWTN Sep. 25, 2021: Dewan Perwakilan Amerika telah meluluskan rang undang-undang propengguguran yang paling banyak disokong dlm sejarah negara ini hari ini.

Senator John Thune(m): Barangkali perundangan paling antinyawa yang pernah dipertimbangkan.

Reporter(m): Biskop Besar San Francisco, Salvatore Cordileone memberi amaran dalam satu kenyataan bahawa, “Ini rang undang-undang yang mengorbankan bayi. Adalah sangat memalukan mana-mana penganut Katolik terbabit dalam kejahatan sebegini, apalagi menyokongnya.” ”

(Baru-baru ini, berkenaan undang-undang antipengguguran Texas, sekarang pentadbiran Biden sebenarnya menyokong hak pengguguran.) Benar ke? (Ya!) Ya Tuhan! (Dan bersedia untuk mendakwa Texas) Ya Tuhan! (atas undang-undang pengguguran mereka.) Ya Tuhan! (Ya.)

Ya Tuhan, mereka nak membunuh lebih banyak bayi kecil tak berdosa orang Amerika sekarang? Ya Tuhan! Tidakkah mereka dah cukup membunuh dengan melepaskan semua orang yang dijangkiti COVID ini ke dalam negara mereka? (Oh! Benar.) Ke dalam Amerika.

Dan sekarang mereka nak bunuh bayi juga? Kecil, tak berdosa, tak berdaya di dalam rahim lagi? Ya Tuhan! Saya dah kata mereka ialah syaitan. Bukankah itu bukti yg cukup bagi kamu? Maka apa lagi yang boleh saya katakan? (Ya, Guru, itu jelas.)

Saya memuji gabenor dan kerajaan Texas. Mereka baik. (Ya, Guru.) Mereka diberkati oleh Tuhan dan akan berada di Syurga. Saya sumpah dengan nama baik saya kpd kamu bahawa mereka akan begitu. Saya akan bawa mereka ke Syurga.

“ Media Report from EWTN Sept. 25, 2021:

US House of Representatives: Lihatlah dan perhatikan misteri rahim ibu. Bukalah telinga kamu utk dengar tangisan bayi belum lahir. Semoga hati hancur dan semoga kita meraikan nyawa. Mari kita mendukung nilai, maruah dan potensi setiap nyawa.

Q(m): Ahli Kongres Katolik David Schweikert yang diangkat berkongsi tentang saat beliau kali pertama temu dgn ibu kandungnya.

David Schweikert: Beliau bergelut. Kita dapat dengar beliau hampir mengalami hiperventilasi, “Saya berdoa untuk kamu setiap pagi. Adakah kamu okey? Adakah kamu sihat? Adakah kamu gembira?” Saya menangis, berkata, “Kehidupan saya sangat baik. Terima kasih kerana biar saya hidup.” ”

Dan semua orang yang cuba membunuh bayi kecil, tak berdaya di dalam rahim lagi ini akan pergi ke neraka! Saya tak tahu berapa lama, boleh selama-lamanya! Bayi ialah ciptaan Tuhan, dikurniakan oleh Tuhan. Ia bukan dalam tangan mereka untuk membunuh macam itu.

Maksud saya, sesetengah wanita tak harus disalahkan. Mereka lemah atau ada masalah kewangan yang tak dapat diatasi. Dan mereka tiada nasihat yang baik, (Betul, Guru.) jadi terpaksa melakukannya dalam keadaan ini. (Ya, Guru.) Tetapi kerajaan tak harus datang dan kata, “Ya, teruskan, lakukannya! Bunuh bayi kamu!” Mengatakannya kepada seluruh negara. Berjuta-juta bayi di dalam rahim dibunuh setiap tahun! Tapi mereka nak teruskan prosedur membunuh ini. (Ya.)

Ya Tuhan! Apa jenis Presiden, apa jenis kerajaan ini? Mereka ialah pembunuh! (...)

Membunuh bayi kecil yang tak berdosa, belum dilahirkan pun! (Ya, Guru.) Mereka ada banyak penyelesaian lain. Mereka boleh beri sokongan kpd mereka. Mereka boleh berikan wang tambahan kepada mereka terutamanya sekarang populasi kita di sesetengah tempat semakin berkurangan. Mereka boleh biar orang mengangkat, bukan sahaja di Amerika tapi juga berikan kepada orang luar, luar negeri, orang asing. (Ya.) (...)

Ya Tuhan! Boleh engkau nampak itu, Syurga? Lihatlah! Mereka membunuh bayi sekarang sebelum mereka dapat lihat Matahari pun! Kerajaan yang begitu jahat! Tapi media tak buat apa-apa pun? Kongres tak buat apa-apa pun? (...)

Mungkin sesetengah wanita akan kata, itu badan mereka, mereka buat apa yang mereka mahu. Baiklah, tetapi bukan jenis tindakan membunuh ini. (Ya.) Jika mereka nak buat apa yang mereka mahu, maka mereka harus bersedia untuk menjaga badan, makan ubat pencegahan supaya tidak perlu menjalani pengguguran pun. Ia memudaratkan badan mereka juga apabila mereka jalani pengguguran. (...)

Jika mereka mampu jalani pengguguran, maka mereka mampu beli peranti atau pil antibayi ini. (Ya. Betul tu.) Tiada alasan. (...)

Dlm masyarakat, kita malah mansuhkan hukuman mati. Mengapa kita membunuh bayi? (Ya, Guru.) Jenis mentaliti yang begitu gasar! Sesiapa yang menyokong itu, mereka semua akan pergi ke neraka. Percayalah, dgn segala nama baik saya, saya beritahu kamu itu. (...)

Apabila kita bekerja untuk dunia, ini ialah antara temanya, faham? Ia untuk dunia juga. (Ya.) (...) Kerana Amerika sebuah negara yang hebat. Semua orang menyanjungnya. (Ya.) Jadi apa-apa yang dibuat oleh Amerika, banyak negara akan ikut. (Ya.)

“ Media Report from NBC News Sept. 24, 2021: Perjuangan untuk hak pengguguran menular ke seluruh benua Amerika. Awal bulan ini, Mahkamah Agung Mexico telah buat gelombang, mengundi dgn sebulat suara untuk membenarkan pengguguran. Keputusan penting ini boleh membuka jalan untuk membenarkan pengguguran di seluruh negara. Tak lama selepas ini, mahkamah tinggi Colombia akan membuat keputusan untuk memperluas hak pengguguran. Ia telah mempengaruhi Amerika Latin. Kita juga lihat di Republik Dominika beberapa bulan yang lalu... ”

“ Media Report from Euronews Reporter(m): Republik San Marino yang kecil telah mengundi dengan majoriti mutlak menyokong usul mengesahkan pengguguran. Sekarang kerajaan digesa supaya meminda undang-undang sedia ada yang telah wujud sejak 1865. Keputusannya ialah suatu kejutan di negara di mana 90% daripada populasinya ialah penganutRoman Katolik. ”

Jadi saya tak boleh kata orang Amerika harus membunuh semua bayi di dalam rahim sebelum mereka boleh menangis pun, belum kata lagi mempertahankan mereka sendiri. Ini ialah kekejaman terbesar. (Ya, memang.) Tiada sebab pun.

Saya tidak terkejut dengan apa-apa yang Biden dan konco lelaki atau konco perempuannya lakukan. Mereka bersama syaitan. Mereka tidak bersama orang senegeri. Mereka tidak bersama negara kamu. (Faham.) Mereka membuat segalanya yg memang bertentangan dengan melindungi, membantu, menghormati rakyat di negara kamu. Dan rakyat negara kamu ialah majikan mereka, membayar cukai untuk menggaji mereka, (Betul tu.) sepanjang tahun-tahun dan dekad-dekad ini. (Ya, faham.) Tapi mereka tak buat apa-apa yang baik! Hanya membuat segala perkara buruk seperti berperang dan membunuh, malah membunuh bayi sekarang. Mereka harus hilang, dipecat semalam lagi. (...)

Jika Amerika ingin bangkit semula dan menjadi hebat semula, mereka harus menyingkirkan orang-orang yang jahat ini. (Ya.)

Dan media harus sedar akan kerja mulia mereka, (Ya.) bermakna melaporkan kebenaran, dan hanya kebenaran. (...)

Bukan mencari salah Presiden yang kesian, jujur dan menyayangi rakyat. Beliau (Presiden Trump) benar-benar cintai Amerika. Sebab itulah beliau menahan semua ini dan cuba tak pedulikan serangan peribadinya oleh media dan orang lain. (...)

Sebelumnya beliau tidak merancang untuk bertanding lagi (Ya.) tetapi sekarang beliau berkata bahawa beliau pasti akan bertanding, memang kerana beliau rasa tidak senang dengan apa yang perlu rakyat Amerika alami di bawah Biden dan kumpulan konconya. (...)

Host: Mari kita berdoa agar Amerika Syarikat akan jadi hebat semula tidak lama lagi sebagai model peranan kebaikan, belas kasihan, kebijaksanaan dan kedamaian sebenar. Dengan itu semoga gelombang perubahan sebenar dan positif baharu sampai ke seluruh pelosok planet ini, mengikut contoh terserlah negara dan pemimpin yang bermoral. Ucapan terima kasih ikhlas kita kepada Guru kerana dengan lembut mesra membantu orang sedar akan kebenaran dan menyuarakan keadilan bagi pihak orang yang tak berdosa. Semoga Guru Yang Dihargai sihat sejahtera dan selamat dengan bantuan penyayang semua Pelindung Syurga.

Saksikanlah rancangan Antara Guru dengan Anak Murid pada Ahad, 10 Oktober. Mahaguru Ching Hai akan berkongsi lebih banyak kebijaksanaan tentang pengaruh syaitan dalam media dan cara-cara Parti Republikan Amerika boleh menjadi lebih bersatu padu.

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-15
111 Tontonan
2024-11-14
351 Tontonan
2024-11-13
283 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android