Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang masih ingat, anak murid Tuhan, saya beritahu anda bahawa anda dan saya perlu bermeditasi selama 11 jam setengah. Pertama kali pandang, saya berfikir, “Oh! Tidak, kita tak dapat.” Kerana kita sibuk bekerja, untuk Supreme Master TV juga. Tapi dah tentu, kita dapat. Saya terlupa. Setiap hari kita bermeditasi sebelum tidur. Saya juga buat begitu pd bila-bila boleh.Jadi anda perlu gunakan waktu malam. Apabila anda sudah bermeditasi pada masa anda, kemudian anda pergi ke katil atau mana-mana saja anda berehat pada waktu malam di dalam khemah atau bilik, vila anda, sebelum anda berbaring untuk tidur, anda bermeditasi. Masih ingat? Masih ingat pada waktu inisiasi saya beritahu anda itu? Sebelum anda berbaring untuk tidur, anda duduk bermeditasi dengan cara postur duduk biasa.Sebelum saya terlupa, anda perlu bermeditasi secara berkadar dengan Bunyi, Bunyi Syurga di dalam. Jadi anda menerima lebih banyak ajaran macam itu kerana itu ialah Ajaran secara langsung dari Syurga setinggi mungkin, apa-apa saja yang dapat anda terima di tahap makrifat anda, pada status tahap makrifat anda. Anda akan menerima dari Syurga yang tertinggi atau lebih tinggi, yang pertengahan atau yang lebih rendah dan paling rendah. Tuhan wujud. Ingatlah akan ini.Anda duduk di atas katil sejurus sebelum anda benar-benar terlalu letih. Jika anda dapat duduk sepanjang malam, itu bagus. Jika tak dapat, anda boleh regangkan badan kadangkala di atas kusyen meditasi, kerusi atau di atas lantai. Jangan terlalu banyak di atas lantai. Jika rumah anda ada angin sejuk, pastikanlah anda tidak terkena angin sejuk. Anda boleh dapatkan salah satu benda yang saya reka bentuk atau anda sendiri mereka bentuk. Begitu senang, hanya sehelai kain, pasangnya di sekeliling katil anda, ikat semuanya dalam satu ikatan dan cangkukkannya pada siling, seperti khemah. Itu apa yang saya buat untuk diri sendiri. Ini akan menutupi katil, akan menghalang semua angin sejuk semasa anda tidur. Ini sangat mirip dengan khemah yang saya reka bentuk yang boleh anda gantungkan pada pokok, jenis bentuk itu dan sebagainya.Anda boleh beli sehelai kain, kain lut udara, gantungkannya pada siling – ikat semuanya dalam satu simpulan pada siling dan pasangnya di sekeliling katil, kusyen atau beg tidur anda, atau hanya beli khemah, khemah orang Red Indian, jika rumah anda boleh adanya. Itu saja, dan anda duduk di dalamnya. Anda boleh duduk di halaman juga dalam cuaca panas. Jangan lakukannya dalam cuaca sejuk. Lebih baik tidak. Jika tidak, anda boleh gunakan dua buah, satu khemah di dalam khemah lain. Maka seharusnya cukup panas. Tetapi khemah ialah plastik, jadi saya tak pasti sama ada semua khemah sihat untuk anda berada di dalamnya setiap malam.Jadi hanya bagi anda, (anggota pasukan Supreme Master TV) di rumah saya, anda boleh mintanya daripada syarikat Pakaian Firdausi saya, setiap orang mendapat satu secara percuma, dan biarnya dihantar kepada anda tapi secara berhati-hati. Jika anda tinggal di luar, tidak dekat dengan syarikat saya, bukan kawasan sama dgn syarikat saya, maka ia perlu dihantar secara berhati-hati seperti salah seorang saudara kita di luar supaya tiada sesiapa yang dapati anda tinggal di mana kerana kita berbuat baik untuk orang tetapi tak sentiasa selamat. (Lihatlah Elon Musk. Dia hanya buat kerja baik. Orang tetap tak faham dan cuba memudaratkan dia dan perniagaannya.) Anda faham itu?Jadi sebelum anda tidur, anda duduk di sana dalam status meditasi. Jika anda benar-benar letih dan tiada apa-apa pun untuk bersandar, maka hanya regangkan badan dan tidur dalam jenis status meditasi ini. Maka anda akan bermeditasi sepanjang malam dan lakukannya selama 11 jam setengah, tiada masalah. Tetapi anda perlu lakukan Quan Yin (meditasi pada Bunyi Syurga dalaman) dulu kerana apabila berbaring, anda tak dapat lakukan Quan Yin. Kebanyakan masanya anda tak dapat kerana anda sudah tidur. Jadi Quan Yin adalah baik semasa anda duduk. Anda lebih jaga kerana anda boleh jatuh. Badan anda mungkin jatuh semasa anda lakukan meditasi lain. Tetapi Quan Yin, anda tak harus jatuh. Status itu adalah baik untuk anda duduk. Sekarang, itu saja.Memang, saya lihat. Kadangkala saya benar-benar bermeditasi selama 15, 16 jam di antaranya, pada masa lapang. Kadangkala saya tiada begitu banyak rancangan untuk disemak seperti hari-hari lain, maka saya dapat lakukan selama banyak jam, lupakan makanan, lupakan apa-apa saja, hanya bermeditasi, kemudian macam itu sepanjang malam, tiada masalah. Jadi anda boleh cuba itu, cuma pastikan anda panas sepanjang malam kerana semasa bermeditasi, mungkin anda tidak sedar akan segala angin sejuk dan segala-galanya yang boleh buat anda rasa sakit kemudiannya selepas anda keluar daripada samadhi. Jagalah diri baik-baik. Jika terlalu panas, kemudiannya mungkin menjadi sejuk, maka anda letak lebih banyak selimut di sebelah anda, atau jaket di sebelah tempat anda tidur. Jadi apabila sejuk, anda boleh segera ambilnya dan letak pada anda atau letak pek panas di sebelah anda semasa cuaca sejuk. Anda akan memanaskan diri dengan serta-merta. Jagalah diri baik-baik. Jagalah anak baik-baik. Pastikan mereka faham dan buat apa yang mereka nak buat sementara membuat diri kekal panas.Begitu kasihi anda semua. Pelukan kumpulan yang besar. Saya telah berjanji kepada anda untuk beritahu anda cara bermeditasi semasa ada jadual kerja yang sibuk. Tetapi kebanyakan masanya, saya tak dapat lakukannya selama 15, 16 jam macam itu kerana ada begitu banyak kerja untuk Supreme Master TV.Ringkasnya, anda bermeditasi sebelum berbaring, jika perlu. Selepas melakukan meditasi biasa, anda boleh duduk di tempat tidur, teruskan dengan Semangat meditasi yang sama, kemudian berbaring dengan perlahan sementara masih dalam sikap ini. Macam ini, anda akan bermeditasi sepanjang malam, maka 11 jam setengah dapat dipenuhi. Jangan risau.