Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Lawatan daripada Baginda Raja Nu, Raja Kasih Sayang

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hai, anda semua, pencinta keamanan, penyokong keamanan, penjaga keamanan dan pendoa keamanan.

Beberapa hari yang lalu, saya tak dapat ingat dengan begitu jelas tetapi saya rasa pada 9 Jun, saya cuba keluar daripada situasi duduk/tidur. Saya sudah ingin bangun bagi membuat kerja untuk Supreme Master Television tetapi TUHAN beritahu saya, “Tidak, jangan bangun.” Jadi saya tanya mengapa. MAPA beritahu saya bahawa Raja alam yang sangat, sangat, sangat jauh ingin bercakap dengan saya. Dia sangat jauh, lebih… sejauh hampir tujuh juta tahun cahaya dari kita, tapi saya akan cakap dgn lebih banyak tentang itu apabila saya ada lebih banyak masa. Sekarang saya hanya nak beritahu anda sesuatu dengan cepat dan pantas.

Seperti biasa, belakangan ini, Dia juga datang menenangkan saya, berkata bhw keamanan telah wujud dan… Ada beberapa perkara yang kami bincangkan, cuma saya tak benar-benar ada masa untuk cakap tentang semua itu sekarang tetapi saya telah buat separuh muka surat nota tulisan cakar ayam yg sangat banyak. Jadi suatu hari nanti apabila saya ada lebih banyak masa, akan beritahu dengan lebih terperinci. Sekarang hanya nak beritahu anda bahawa semua orang melapor kpd saya tentang keamanan, cuma saya belum nampaknya dengan begitu jelas. Oh! Ya, kita memang ada keamanan, cuma tidak sebanyak yang saya mahukan. Kita perlu bersabar.

Satu lagi perkara baik ialah Raja yang ingin bercakap dengan saya… Oh, tidak! Adakah itu enam juta? Oh! Biar saya lihat. Saya rasa enam juta ialah penduduknya, bukan jaraknya. Ya Tuhan. Saya menulisnya tetapi tak dapat bacanya pun. Ya Tuhan, saya harap saya ada pen sebenar untuk menulisnya. Oh! Maaf, lebih enam juta, hampir tujuh juta, itu populasi mereka. Sekarang kita akan lihat berapa jauhnya mereka dari kita. Oh, tidak! Saya tak dapat carinya. Macam mana pun, okey, saya akan perlu tanya sekali lagi, tetapi sangat, sangat, sangat jauh dari kita. Oh! Saya teringat akan sesuatu, berbilion-bilion tahun cahaya dari kita. Sebab itulah TUHAN kata sangat, sangat jauh. Seorang Raja dari alam yang sangat, sangat jauh. Namanya Baginda Raja Nu, N-U. Baginda ialah Raja Kasih Sayang. Baginda ialah Raja ciptaan-Nya sendiri.

Kita akan lihat dengan lebih teliti kemudiannya apabila saya ada masa. Saya memang tiada masa untuk tanya lebih banyak lagi. Tapi saya ada tanyakan beberapa perkara. Saya hanya nak beritahu anda bahawa Baginda Raja Nu Kasih Sayang, Alam Kasih Sayang datang hanya untuk beri hormat kepada Guru anda. Ini untuk anda, anak murid TUHAN saya sendiri. Kemudian kami bercakap secara berterusan, kemudian Dia datang kerana ingin melapor tentang keamanan, juga untuk ucapkan tahniah kepada kita. Dia juga membawa hadiah yang akan mengurangkan intensiti kebakaran hutan. Sebab itulah saya begitu gembira. Sebab itulah saya ingin beritahu anda dalam laporan ringkas.

Kelengkapan luar biasa yang dibawa sejauh dari Domain Spiritual Kasih Sayang-Nya ini akan minimumkan sekurangnya 68% daripada kebakaran hutan di dunia kita. Jika tidak, ia akan berlaku dengan lebih kerap dan lebih teruk. Saya tak rasa kita dapat terus hidup – dah ada begitu byk kebakaran hingga kini dan begitu banyak kerosakan kepada alam sekitar, hutan, air, kemarau di merata tempat di dunia, begitu banyak orang terkorban. Jadi saya memang gembira dengan Hadiah yang menyelamatkan nyawa ini. Hanya berita ringkas ini untuk biar anda tahu.

Kemudian selepas itu, Raja… kerana saya ada banyak Raja yang ingin datang berjumpa dengan saya, bercakap dengan saya. Mereka bermaksud baik. Mereka memang Raja yang sangat, sangat baik. Raja Kasih Sayang ini datang dari alam-Nya sendiri. Dia menciptaknya untuk anak murid-Nya sendiri pada masa itu. Ia telah diwujudkan lama dahulu, hampir 1 juta tahun dahulu. Nama alam Kerajaan-Nya ialah ‘Dosy’, – D-O-S-Y – Alam Dosy, ini bermaksud ‘Alam Kasih Sayang’. Baiklah, itu saja buat masa ini.

Kerana ada lebih banyak lagi Raja dari alam yang sangat, sangat, sangat, sangat jauh yang ingin berjumpa dan bercakap dengan saya juga. Mereka perlu minta keizinan peribadi daripada TUHAN. Jadi TUHAN beritahu saya bahawa boleh. Biasanya saya terlalu sibuk. Saya tak dengar permintaan Mereka untuk berjumpa dengan saya pun. Jadi TUHAN beritahu saya dgn lembut, penyayang pada awal pagi ini apabila saya dah sedia untuk keluar dan buat banyak rancangan, menyemak, mengedit untuk Supreme Master Television.

Selepas Raja Alam Dosy ingin pergi dari situ, Dia tanya sama ada Dewa lain dari alam yang sangat, sangat jauh juga boleh datang berjumpa dengan saya. Lebih banyak lagi Dewa ingin datang berjumpa dengan saya. Saya kata, “Baiklah, baiklah, tetapi hanya apabila aku ada masa.” Saya berfikir pada keesokan paginya saya dapat bercakap lagi dengan Dewa lain. Saya kata, “Seorang demi seorang.” Namanya Puse. Itu bermaksud kebebasan. Tidak, itu bukan nama-Nya. Nama negeri-Nya ialah Puse. P-U-S-E, itu bermaksud kebebasan. Saya kata, “Baiklah, lain kali apabila aku ada masa, aku akan memaklumi Dia, kemudian Dia boleh datang bercakap dengan kita.” Saya pasti Dia juga akan membawa hadiah yang baik untuk dunia kita. Kita dalam keadaan terdesak sekarang. Tetapi saya tak dapat lakukannya. Saya memang tak dapat lakukannya pada keesokan paginya. Jadi dua pagi sudah berlalu tetapi kelihatan macam hanya beberapa jam saja bagi saya.

Saya beritahu salah seorang rakan sekerja anda bahawa saya berharap saya ada lebih daripada 24 jam, tetapi begitu pun, saya tak tahu berapa banyak jam sehari harus saya ada supaya saya akan ada secukupnya untuk menyiapkan semua kerja yang saya nak buat. Begitu banyak kerja saya nak buat, dgn begitu banyak Raja saya nak cakap. Sebenarnya saya tidak minta Mereka datang bercakap dengan saya. Merekalah orang yang datang sama ada untuk ucapkan tahniah atau berikan formula rahsia kepada saya, bantu saya tingkatkan keamanan dan lain-lain. Jadi Raja seterusnya akan datang dari negeri Puse. Saya kata saya tak dapat janji bila tetapi saya berfikir saya akan cakap dengan-Nya pada keesokan harinya Jadi bayangkan berapa banyak… saya dah tak dapat bercakap dengan anda semuanya tentang Alam Dosy ini dan alam seterusnya akan datang. Jadi mungkin kita laporkannya sebagai suatu siri, kemudian saya boleh berikan maklumat ringkas seperti ini kpd anda. Kemudian apabila saya ada masa, saya akan korek lebh banyak perinciannya untuk anda. Ia menarik. Bukanlah anda perlu tahu tetapi itu menarik kerana anda tak pernah ketahuinya sebelumnya.

Baiklah, sekarang ini saja untuk hari ini. Kerana anda dah ada Berita Selitan besar, berita besar daripada saya sebelum ini dan anda belum menyiapkannya lagi. Saya juga tiada masa untuk adakan satu lagi perbualan Berita Selitan yang panjang. Baiklah, semoga anda semua mendapat Berkat, Rahmat dan Kasih Sayang TUHAN, dapat rasainya, boleh terimanya, malah dapat fahaminya. Jadi hingga lain kali.

Photo Caption: “Bercampur dengan yang Kucar-kacir tetapi Kita Menyerlah dan Dikagumi”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-27
293 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-27
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-27
325 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-26
5324 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-26
873 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-25
289 Tontonan
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-06-25
799 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun