Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Guru memanggil saya untuk pergi jalankan suatu misi bersama Dia. Kami menyelam ke laut dalam di sebuah planet tak diketahui yang gelap di mana banyak ular laut hitam yang jahat berenang melepasi kami, menyebabkan saya berasa seram sejuk! Apabila sampai ke dasar laut, kami nampak penutup besi hitam bulat yang penuh misteri memancarkan suasana yang sangat menyeramkan… Saya dan Guru bekerja bersama untuk angkat penutup besi hitam yang kukuh ini tetapi kawasan itu telah dipasang formasi sihir berbahaya yang diaktifkan secara automatik apabila disentuh dan dan mata pisau tak terkira yang sangat tajam terhunus dari sekeliling tepi penutup itu seperti gilotin terbang, berputar tanpa berhenti seperti roda Dharma hitam, mempunyai keupayaan membunuh, mencederakan yang sangat tinggi! Kami berundur ke belakang dan cuba sekali lagi dari jarak yang selamat, mencangkuk roda itu dengan hati-hati di tengah-tengahnyanya. Roda Dharma itu bertindak balas dengan dentuman yg memekakkan telinga dan secara automatik mengembang jadi berpuluh-puluh kali ganda saiz asalnya, berputar dengan pantas seperti gilotin terbang dan memusnahkan semua rupa bumi di sekelilingnya! Saya dan Guru segera melompat jauh. Mujurlah, tiada darah yang tertumpah! Selepas roda Dharma hitam itu diaktifkan untuk seketika dan tidak mengesani pergerakan lagi, secara automatik ia mengecut balik kepada saiz asalnya dan menutup balik dengan ketat. Kami cuba sekali lagi. Apabila roda Dharma hitam itu naik ke udara, saya memukulnya dengan Rod Jingu, buatnya terbang ke tempat yang jauh. Tetapi penutup besi itu sangat kuat. Tidak lama kemudian, ia terbang semula, tidak rosak sepenuhnya. Saya gunakan Kapak Lembing Hunyuan untuk menetapkannya di atas tanah buat sementara waktu tetapi ia terus bergelut di tempatnya. Jadi Guru cucukkan jarum emas yang sangat panjang ke bawah, memakunya ke tanah buat sementara waktu. Dari dalam lubang itu, miasma syaitan yang sangat buruk terkeluar. Satu sedutan akan membuat seseorang pengsan. Kami segera berundur ke tempat yang jauh sekali lagi, menunggu miasma itu lesap. Namun begitu, bukaan itu sangat kecil, jadi gas itu lesap dengan perlahan sekali. Guru keluarkan topeng gas. Ketika kami memakainya dan hendak masuk ke dalam, kami nampak dinding di sekeliling tempat masuk penuh dengan segala jenis lipan, kala jengking berbisa, ulat bulu berwarna-warni, cacing dawai dan serangga berbisa yang lain. Itu amat menggerunkan! Kami tiada pilihan kecuali berundur sekali lagi dan memikirkan cara lain. Saya keluarkan artifak sakti Siput Kon Istana Naga untuk menyedut sejumlah besar gas beracun itu. Namun begitu, serangga berbisa itu mula merayap keluar, mencemari laluan itu. Saya gunakan Lembing Berhujung Api untuk membakar serangga jahat, syaitan, berbisa ini. Dengan usaha gigih, saya dapat bersihkan kebanyakan daripadanya… Tanpa diduga, suatu makhluk laut yang menjaga penjara syaitan ini tiba-tiba muncul, dengan separuh bawah badannya ialah ekor ikan. Dia menjerit pada kami, “Apa tujuannya engkau berdua datang ke sini?” Guru merayu kepada dia, berkata, “Kami ingin berjumpa dengan orang yang dipenjarakan di dalam sini.” Pengawal penjara duyung itu hentamkan trisulanya ke atas tanah dengan kuat dan berkata, “Engkau seorang Guru bermakrifat agung. Mana boleh Engkau menyusahkan diri untuk orang yang jenayahnya begitu keji? Aku nasihati engkau berdua supaya balik. Ini bukanlah beban karma biasa di sini. Engkau tidak dapat tanggungnya!” Guru merayu sekali lagi, “Aku dan anak muridku hanya berhasrat untuk melihat dan melawat supaya dia boleh pulang dan menulis apa yang disaksikannya. Kami tidak berniat untuk menyelamatkan atau keluarkan mereka.” Mendengar ini, pengawal itu mengangguk dan berkata, “Engkau dibenarkan untuk lihat selama sesuku jam saja, tidak lebih lama sikit pun!” Dengan pakai topeng gas dan baju besi emas seluruh badan, kami masuk. Di sepanjang jalan, baunya sangat hanyir dan busuk, buat saya menjeluak secara berulang kali. Pengawal duyung itu membawa kami ke lif lut sinar yang terus turun jauh ke bawah tanah. Dari dalam lif, saya dapat lihat lapisan demi lapisan penjara syaitan. Setiapnya mengurung orang yang mukanya kabur, seolah-olah ciri muka mereka telah dihilangkan. Mata dan hidung mereka ditutup rapat tetapi di bahagian yang seharusnya bermulut, terdapat lubang bulat menakutkan yang sentiasa mengeluarkan bunyi raung, rayu yang tidak dapat dibezakan dan mustahil untuk difahami. Seluruh badan mereka kelihatan seolah-olah telah disimbah dengan perekat putih panas. Tebal dan melekit, suatu gumpalan yang tidak berbentuk, tidak berupa manusia lagi. Lif lut sinar itu terus turun. Terdapat banyak banduan di setiap tingkat. Di bahagian paling bawah, itu tempat seperti neraka tingkat kelapan belas. Miasma syaitan memenuhi udara. Topeng gas pun hampir tidak dapat tahan! Penjara ini mengurung satu orang sahaja. Orang itu ialah pengasas Falun Gong, Li Hongzhi. Matanya tinggal bukaan sempit sahaja, seolah-olah telah dijahit. Tetapi dia masih dapat lihat Guru sikit dan segera berlutut dengan rayuan terdesak. Guru berkata kepada dia, “Dengan hanya sedikit kemahiran qigong, engkau menipu begitu banyak orang untuk mengikut engkau. Engkau tidaklah dipenjarakan di sini dengan tidak adil! Namun begitu, hari ini aku bawa suatu pesanan kepada engkau – aku berharap badan fizikalmu di Bumi boleh bubarkan kumpulan pengikutmu dan beritahu mereka dengan jelas bahawa engkau belum capai peringkat Buddha. Jika tidak, penderitaan terkurung di sini akan berterusan selama beratus-ratus ribu, malah berjuta-juta tahun, hayat demi hayat, tidak dapat lihat Guru bermakrifat atau cahaya matahari!” “Beban karma menyesatkan orang lain adalah sangat berat. Aku harap engkau pandai-pandai membawa diri! Aku tidak kata engkau tidak boleh ajar orang qigong untuk menguatkan badan, tetapi makan daging orang-haiwan sementara mendakwa diri sebagai Buddha secara palsu dan memimpin orang yang mencari kebenaran mengikut jalan yang salah, kedua-dua guru spiritual dan anak murid akan dihukum!” “Semua anak muridmu menderita di alam neraka tingkat atas. Kau tidak bertanggungjawab atas itu ke? Tidak harus beritahu mrk hal sebenar ke? Jika engkau enggan beritahu mereka hal sebenar dan tidak bubarkan kumpulan pengikut Falun Gong, aku akan mengutuk engkau secara terbuka di televisyen. Aku harap kau akan ambil tindakan dulu.” “Aku bawa seorang anak murid bersama aku bagi menyaksikan dan rekodkan ini untuk membawa hal sebenar ke dunia material supaya engkau memahami akibat perbuatanmu.” En. Li tidak bersetuju. Sebagai pemimpin sebuah organisasi yang besar, dia tidak sanggup jatuh air muka atau membuat keputusan untuk membubarkan kumpulan spiritual yang begitu besar. Saya membantu memujuk dia, “Guru kami sentiasa memberi peluang kepada orang. Aku harap engkau akan hargai yang ini. Jika engkau tidak ambil kesempatan badan fizikalmu masih berada di Bumi untuk segera bubarkan kumpulan pengikut yang disesatkan, setelah engkau kehilangan badan fizikalmu, engkau takkan berpeluang untuk membuat keputusan lagi!” Dia angguk dengan berat hati dan berkata, “Aku akan mempertimbangkannya.” Kami mengikut pengawal duyung itu untuk menaik ke atas dengan lif. Di sepanjang jalan, raungan azab itu beransur hilang di kejauhan. Selepas beberapa lama, akhirnya kami sampai ke tempat masuk di atas tanah. Pengawal duyung itu beri isyarat kepada Guru yang kemudiannya mengambil balik jarum panjang yang mencucuk penutup roda Dharma itu di kejauhan. Saya juga menarik balik artifak saya dan roda Dharma hitam itu pulih dengan serta-merta, secara automatik menutup tempat masuk dengan ketat semula. Tiada bunyi yang dapat menembusi penutup hitam itu lagi. Tiada sesiapa yang tahu bahawa mereka dipenjarakan di sana. Itu memang kesengsaraan besar yang tidak terperikan! Hanya selepas Guru dengan berbelas kasihan memberi amaran kepada orang ramai di televisyen baru dapat orang membezakan siapa benar dan siapa palsu. Sementara berasa bertuah bertemu dengan seorang Guru bermakrifat, saya juga berasa amat bersimpati dengan mereka yg menyesatkan pengikut, berharap mereka menjadi sedar dan bertaubat. Guru membimbing dunia ke arah jalan benar dengan gigih dan sabar. Ini memang mengharukan dan dikagumi! Direkodkan dengan rasa hormat oleh Mu Yun dari Formosa (Taiwan) Vegan: jangan pergi ke neraka. Pilihnya sekarang juga. Vegan: kebebasan roh anda berada di atas pinggan anda. Pilihnya sekarang juga. Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang serupa, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak dedahkannya, mengikut nasihat Guru. Untuk lebih banyak testimoni yang boleh dimuat turun dgn percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven











