Senarai nama sebenar dan palsu Trần Tâm (Ruma): Tom Van Tran (Nama lahir) John Saint (Nama sah sekarang dan digunakan dlm pasport Amerikanya) Guruji Sagarrumagarmatha (Nama yang lebih disukainya sekarang) Trần Tâm Trần Văn Tâm Trần Văn Út Huỳnh Long Trần Út Huỳnh Long Tâm Trần Tom Trần / Tom Tran Guru Tran Tam Trấn Yăn Tom Tran Yen Tom Cậu Út Ruma Guru Ruma Ruma John Saint Guru RUMA John Saint Minh Sư Ruma Minh Sư Trần Tâm Guruji Ruma Om Ruma Sagarrumagarmatha Amaran tambahan: Bùi Tấn Kiệt ialah seorang lagi guru palsu dan pengikut Trần Tâm. Kami percaya bahawa Trần Tâm mengarahkan Bùi Tấn Kiệt supaya asaskan kumpulan spiritualnya sendiri di Âu Lạc (Vietnam) untuk meyakinkan pengikut Hòa Hảo di sana supaya mengikut Trần Tâm. Bùi Tấn Kiệt beritahu mereka bahawa Trần Tâm ialah kelahiran semula pengasas Hòa Hảo, Guru Bermakrifat Terhormat Huỳnh Phú Sổ (vegan). Itu bohong. Bùi Tấn Kiệt juga beritahu orang ramai bahawa Trần Tâm ialah ‘Maharaja Jed’, satu lagi fakta yang tidak benar untuk meningkatkan lagi daya tarikan Trần Tâm bagi komuniti spiritual negara itu. Akhirnya, Bùi Tấn Kiệt secara palsu mendakwa diri sebagai ‘Maitreya Vietnam’.
Ya Tuhan, saya memang harap dia benar-benar bertaubat. Jika tidak, saya tak dapat selamatkan dia dari neraka lagi. Kali ketiga adalah maksimum dalam Hukum Alam Semesta untuk seseorang boleh diselamatkan, meskipun dia penjenayah yg paling teruk, penjenayah spiritual. Jadi saya sudah menyelamatkan dia tiga kali dengan bantuan kononnya jeneral saya. Dia agak garang. Dia tak suka jenis pengkhianat ini terutama pengkhianat spiritual. Kemudian malah mencuri reka bentuk saya dan segala jenis benda untuk membuat duit daripada orang yang tidak berdosa, mudah terpengaruh dan mendera kanak-kanak secara seksual. Itu perbuatan dahsyat untuk dilakukan.Yang berikut ialah terjemahan amaran awam yang pada asalnya dikirim oleh ‘Mangsa-mangsa RUMA’ dan dikongsi di Facebook oleh Le Trung. Menurut kiriman ini, Guru Ruma (nama sah John Saint, juga dipanggil Tran Tam) – yang hadapi berbilang tuduhan penderaan seksual dan eksploitasi kewangan daripada bekas pengikut – telah adakan perhimpunan tujuh hari di Kemboja dari 23 hingga 29 September 2026. Pada masa itu, anak-anak penyokong diasingkan daripada ibu bapa mereka. Penulis ini menggesa pihak berkuasa Kemboja supaya menyiasat, berikan lokasi perhimpunan itu, pautan ke saluran rasminya dan senarai terperinci tuduhan-tuduhan. Kiriman Facebook Le Trung oleh ‘Mangsa-mangsa RUMA’ Media Kemboja yang dikasihi, CEMAS: Sekarang di Kemboja, seorang guru spiritual palsu dan pemangsa seksual yang dituduh sedang mengadakan perhimpunan di mana anak-anak pengikut diasingkan daripada ibu bapa mereka selama 7 hari. Perhimpunan ini bermula pada 23 September dan berakhir pada 29 September. Guru palsu ini dikenali sebagai Guru RUMA, dan nama sahnya [dalam pasport Amerikanya] ialah John Saint [dilahirkan di Vietnam] [Nama pilihan sekarang: Guruji Sagarrumagarmatha]. Yang berikut ialah beberapa kes penderaan seksual dan penipuan kewangan yang dilaporkan melibatkan biksu palsu ini, Guru RUMA (juga dikenali sebagai Tran Tam atau John Saint). Kami percaya bukti yang diberikan mewajarkan perhatian segera persekutuan dan tempatan bagi memastikan keselamatan dan keadilan awam. Kami percaya perhimpunan tujuh hari dengan kanak-kanak ditahan ini diadakan di alamat berikut, pautan peta google juga diberikan: Phum Khsom, Komun Banteay Daek Daerah Kien Svai, Wilayah Kandal Kemboja Ini saluran YouTube rasminya [Guru Ruma] Yang berikut ialah beberapa kejadian Tran Tam mendera lelaki, wanita dan kanak-kanak. Ini adalah daripada saksi dan mangsa sebenar walaupun mereka ingin kekal tidak diketahui nama kerana takut akan balas dendam oleh Guru RUMA dan pengikutnya. Pasti ada beratus-ratus orang mangsa lagi. Namun, banyak orang terlalu takut, tidak berani menampil ke depan. Sesetengahnya takut Tran Tam akan bunuh mereka atau mungkin menyumpah mereka. NOTA: Tran Tam ialah nama lain Guru RUMA, juga dikenali sebagai John Saint. 1) Serangan sama jantina ke atas mangsa berusia 20 tahun Pada 1996, ketika di Vietnam, Tran Tam menyerang seorang pengikut lelaki berusia 20 tahun secara seksual beberapa kali. Sumber: Bekas pengikut dan mangsa Tran Tam 2) Banyak orang dianiayai, tinggalkannya, diugut Seorang bekas pengikut Tran Tam berkongsi pengalamannya yang dedahkan eksploitasi kewangan dan gangguan seksual dalam kumpulannya. Pengikut didesak untuk berikan tawaran yang bernilai tinggi, sesetengah orang malah jual rumah mrk disebabkan takut. Mangsa melaporkan gangguan dan penderaan seksual sedangkan Tran Tam keluarkan ugutan sumpah kepada mereka yg tinggalkannya. Sumber: Bekas pengikut dan mangsa Tran Tam 3)Pengikut selama lapan tahun gambarkan banyak mangsa serangan seksual Seorang bekas pengikut mendengar bahawa Tran Tam menyerang pengikut lelaki dan perempuan. Laporan termasuk kejadian yang melibatkan seorg remaja lelaki di Amerika yang ibunya terperdaya untuk tinggalkan dia di pusat meditasinya. Mereka tahu akan lebih 50 orang mangsa dan nyatakan bahawa orang lain menuduh dia secara terbuka di media sosial. Sumber: Bekas pengikut dan mangsa Tran Tam 4) Senarai tuduhan yang dibincangkan antara 2 orang mangsa Pengikut ‘dikendalikan’ oleh lelaki tua ini (Tran Tam). Wanita terlibat, risiko kehamilan. Seorang lagi pengikut dikatakan bersama ‘orang tua ini’. Mangsa berkata bahawa dia didera setiap hari. Seorang lagi pengikut yang mereka kenali didera sekali. Orang serahkan wang kepada Tran Tam secara langsung. Pengikut menjadi muflis disebabkan paksaan kewangan oleh Tran Tam dan disebabkan takut akan sumpah toksiknya. Satu jualan lelong telah diadakan untuk mangkuk dan jubah Tran Tam. Pemenang akan mendapat lawatan daripada Tran Tam tetapi dia tidak melawat Vietnam kerana dilarang masuki negara itu. Tran Tam tidur dengan pengikut lelaki dan perempuan, sesetengahnya bawah umur. Sumber: Perbualan antara dua orang mangsa / bekas pengikut Tran Tam 5) Tran Tam mendera pengikut rapat dan orang lain secara seksual Mangsa diberitahu bahawa dia ada ‘halangan karma’ oleh Tran Tam sebagai alasan untuk berbilang serangan seksual/rogol yang dilakukan terhadap mangsa. Seorang wanita yang dikenali oleh mangsa sebut bahawa dia tahu “bahawa guru spiritual ini telah lakukan perkara yang lagi dahsyat.” Mendera pembantunya secara seksual. Seorang lagi wanita tahu bahawa Tran Tam ada hubungan seks rambang. Sebutan tentang seorang budak lelaki di Amerika yang didera dan dikirim di media sosial. Banyak atendan/pembantu yang lain telah didera. Tran Tam memanggil banyak biksu lelaki ke kediamannya untuk seks berkumpulan. Biksu senior dituduh menyerang wanita secara seksual. Tran Tam benarkan biksu ada hubungan dengan mana-mana biksu wanita di pusatnya. Khabar angin tentang seorang biksu cuba membunuh diri selepas serangan seksual oleh TT (Ruma). Sumber: Bekas pengikut dan mangsa Tran Tam 6) Mangsa Tran Tam memutuskan untuk berkongsi kisah penderaan seksual di media sosial Mangsa dipanggil untuk bertemu dengan Tran Tam secara peribadi dan diberitahu bahawa dia ada banyak karma dan penderaan itu ialah cara Tran Tam untuk melepaskan karma mangsa. Mangsa memutuskan utk kongsi kisahnya di media sosial selepas merahsiakan kisahnya selama bertahun-tahun. Sumber: Bekas pengikut dan mangsa Tran Tam 7) Keterangan saksi bekas pengikut Tran Tam Seorang biksu dan biksuni disuruh melakukan aksi seksual di depan Tran Tam untuk keseronokannya. Biksu itu tinggalkan kumpulan tersebut selepas itu, menyedari bahawa ini sangat tidak betul. Tran Tam suruh pembantu lelakinya supaya adakan hubungan seks dengan dia secara berterusan selama seminggu. Tran Tam menghisap bahagian sulitnya selama berhari-hari sehingga dia kesakitan Pembantu itu melarikan diri dan beritahu ahli keluarganya. Mereka tidak mengikut Tran Tam lagi. Semasa suluk di Kemboja, Tran Tam beritahu pengikutnya bahawa mereka mesti membeli makanan dan minuman yang diberkati baru boleh berjumpa dengan dia. Dia kumpulkan begitu banyak wang daripada pengikut dengan cara ini. Apabila mereka cuba mengangkut wang ini balik ke Vietnam, ‘pengawal peribadi’ yang membawanya ditangkap dan dipukul oleh polis kerana berbohong kepada mereka. Selepas habiskan masa seketika di penjara keluarga pengawal peribadi itu perlu belanjakan jumlah wang yang besar untuk menjamin dia. Tran Tam tidak pedulikan nasib pengawal peribadinya. Terdapat seorang pengikut wanita yang sangat rapat dengan Tran Tam yang pergi bersama dia ke merata tempat. Pada suatu ketika, dia mengandungkan anak; dia kata anak itu anak Tran Tam. Sumber: Bekas pengikut dan mangsa Tran Tam 8) Bekas pengikut lelaki muda dan mangsa dera Tran Tam “Jadi Ruma beritahu saya itu dan saya percaya kepada dia, jadi saya lakukannya. Dia kata itu untuk menghapuskan karma, jadi saya lakukannya... Jadi dia kata dia ingin gunakan perbuatan seksual untuk menghapuskan karma saya. Seperti dia kata dia ingin mainkan peranan wanita, dan dia mahu saya menjadi lelaki. Macam tidak kira berapa banyak hawa nafsu yang saya ada, dia akan serap semuanya untuk menghapuskan karma.” “Ini berlaku secara berulangan kepada banyak orang. Kejadian yang buat saya tinggalkan dia ialah kejadian di Amerika. Dia buat perkara yang sama dengan seorang budak lelaki di bawah umur 16 tahun. Selepas kejadian itu, polis di Amerika mengejar dia, jadi Tran Tam larikan diri dari Amerika.” Kejadian di Amerika dengan budak bawah umur: “Budak lelaki bawah umur itu, ibunya juga ikut, kemudian percayai Ruma dan amanahkan anaknya kepada dia untuk mengajar dan membimbing tetapi kesudahannya ia melibatkan penderaan seksual. Budak lelaki ini beritahu ibunya tetapi pada mulanya ibunya tidak percaya kepada dia. Lepas itu, saya tidak tahu siapa melaporkannya kepada polis, jadi polis datang terus ke pusat meditasinya. Itu waktu Tran Tam berasa takut dan suruh seseorang memandu membawa dia pergi bersembunyi.” Sumber: Bekas pengikut dan mangsa Tran Tam 9) Keterangan daripada bekas pembantu Guru RUMA (Tran Tam) TT [Tran Tam] cuba lakukan penderaan seksual terhadap bekas pembantunya. Bekas pembantu itu tahu bahawa Tran Tam mendera biksu lain secara seksual. Biksu dan biksuni terlibat dalam aktiviti seksual di pusat Tran Tam. Bekas pembantu itu nampak dadah dihantar secara rahsia ke pusat Tran Tam. Bekas pembantu itu nampak biksu menghisap dadah di pusatnya. Bekas pembantu itu nampak Tran Tam memukul nurinya dan campaknya ke atas tanah. Bekas pembantu itu nampak Tran Tam berbohong tentang meditasi dan banyak perkara ganjil pada umumnya. Apabila bekas pembantu itu beritahu Tran Tam bahawa dia akan meninggalkannya, Tran Tam cuba mematahkan kakinya. Sumber: Bekas pengikut, biksu, pembantu dan mangsa Tran Tam 10) Tran Tam tidak boleh mendapat visa untuk pengikutnya di Amerika Syarikat, memaksa mereka menetap secara haram, melanggar peraturan imigresen Amerika. Sumber: Bekas pengikut Tran Tam 11) Terdapat kanak-kanak di bawah jagaannya di sesetengah pusatnya Asia Tenggara, bekas pengikut mendakwa bahawa sesetengah drpd budak bawah umur ini dipaksa melakukan perbuatan seksual terhadap Tran Tam. Sumber: Bekas pengikut Tran Tam Dia ada beberapa kononnya ‘pusat meditasi’ dan perniagaan lain di Kemboja. Sila lihat di bawah. Lokasi Tokong Palsu Guru RUMA di Kemboja Perniagaan Guru RUMA di Kemboja: Yang benar, Mangsa-mangsa RUMA
Tetapi dia memang ada minta bantuan di bawah sana, dari neraka. Kemudian hati saya menjadi lembut. Dia kelihatan macam bertaubat dan ikhlas tetapi itu palsu. Selepas diselamatkan, dia segera menukar nada suaranya, berkata bahawa dia berhak untuk memberi inisiasi seperti saya. Itu bukan hak. Itu tugas khas daripada TUHAN. Kita perlu ada pahala yang lebih daripada cukup untuk malah melitupi langit baru dapat beri inisiasi kepada orang lain yang bergantung pada kita untuk dinaikkan dan dibebaskan dalam satu hayat. Jika mereka ikhlas dan beramal seperti yang diajarkan pada waktu inisiasi dan mengikut standard moral, seperti Lima Rukun yang saya berikan kepada anda, yang saya beri notis kepada anda, yang saya bawa kpd pengetahuan anda dan beritahu anda, anda perlu mematuhinya untuk beramal dengan baik dan mengikut Peraturan Syurga. Untuk pergi ke Syurga, anda perlu menjadi seperti Syurga. Makhluk Syurga tidak menipu, tidak berbohong, tidak membunuh, tidak melakukan aktiviti seksual yang salah, apalagi merogol kanak-kanak. Anda mesti ada pahala, mesti ada Kuasa secara langsung daripada TUHAN dan Perintah daripada TUHAN, meskipun anda ialah Buddha, untuk menyelamatkan orang lain. Tetapi entiti yang begitu jahat seperti Trần Tâm langsung tidak layak untuk makan habuk dari kaki mana-mana Buddha masa lalu pun. Tetapi dia begitu asyik dengan ketamakan terhadap kemasyhuran dan untung sehingga lupa akan semua itu. Saya memang harap dia ingat sekarang kerana saya tak dibenarkan untuk menyelamatkan dia lagi. Tiga kali adalah maksimum bagi sebarang kesalahan atau permintaan. Photo Caption: “Dalam Cahaya Matahari, Benda Layu Bertukar Jadi Benda Cantik! Dalam Cahaya Syurga, Pendosa Teruk Menjadi Bebas!”










