Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perbezaan antara Agama Buddha dan Kristian, Bahagian 15 daripada 15: Soal Jawab

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod penutup ini, Mahaguru Ching Hai menjelaskan hubungan antara kepercayaan dengan makrifat, veganisme, karma dan penyebaban spiritual.

Soalan kedua ialah… (Makrifat dan kepercayaan.) Dia kata apa yang difikirkannya tentang makrifat ialah kita hanya perlu percaya kepada Buddha, baca kitab dan ada kepercayaan kepada Buddha. Itu dah cukup. Jadi saya kata, “Tidak, itu tak cukup.” Kerana kamu perlu menjadi Buddha juga – peringkat yang lebih tinggi – untuk memahami maksud Buddha dan Kebijaksanaan-Nya, kerana Buddha berkata, “Jika kamu percaya kepada saya tetapi tidak memahami saya, itu adalah tidak hormati saya.” Betul tak itu? Buddha berkata begitu, ya. Oleh itu, kita tak boleh percaya saja. Kita perlu buktikannya dengan pengalaman dan pengetahuan sendiri melalui makrifat. Sebab itulah perlu lihat untuk percaya.

Dia juga tanya sama ada kita perlu makan makanan vegan untuk mendapat makrifat. Saya kata tidak. Makan makanan vegan adalah untuk putuskan hubungan karma dengan orang-haiwan dalam hayat ini supaya kita tidak menanggung lebih banyak lagi beban agar kita tidak terikat pada dunia ini lagi disebabkan hutang ini. Itu juga untuk mengembangkan belas kasihan dan kesamaan terhadap semua makhluk dalam ciptaan TUHAN. Bukanlah oleh sebab kita makan makanan vegan, kita menjadi bermakrifat. Jika tidak, orang-lembu, orang-kuda akan menjadi bermakrifat. Itu jawapan dan soalan kami. Ada apa-apa lagi? Dah pukul 5. Kamu masih nak tanya lagi? Ya TUHAN. Tanyalah.

(Saya nampak gambar Buddha adalah gemuk. Mengapa Baginda gemuk jika Baginda adalah vegetarian (vegan)?) Baginda gemuk dan mengapa Baginda menjadi vegan? (Bukan. Mengapa Baginda gemuk jika Baginda seorang vegan?) Oh! Kamu suruh isterimu naik ke atas sini. (Di manakah isteri saya? Dulu isteri saya kurus, dan kami berubah. Kami bukan...) (Kami bukan orang vegan sebelum 30 Mei.) Kamu dengarlah kisah sebenar tentang menjadi gemuk atau menjadi kurus. Mari, kamu beritahulah. Naik ke atas sini! (Ketika kami bertemu dengan Mahaguru Ching Hai di California, 29 Mei, kami bukanlah orang vegan. Itu isteri saya. Kami mengubah itu... Terima kasih. Kami berubah kepada diet vegan kerana Mahaguru Ching Hai meyakinkan saya secara saintifik, dan juga dari segi mental dan agama. Jadi semalaman, kami berubah. Kami berubah kepada veganisme.) Semalaman, ya. (Berat badan isteri saya bertambah 15 paun (~6.8 kilogram) sejak itu. Itu enam bulan saja.) Enam bulan saja, bertambah 15 paun. (Enam bulan saja.) Ya. Tapi jangan risau. Bukan semua orang adalah macam itu. (Terima kasih.) Bertambah 15 paun, ya TUHAN. (Terima kasih.)

Lihatlah, bukan semua orang menjadi gemuk atau kurus dgn jadi vegan. Kita perlu mempertimbangkan tindak balas kimia terhadap makanan ini. Oleh sebab sebelumnya dia makan makanan orang-haiwan, dia sentiasa alami cirit-birit. Dia tak pernah menjadi gemuk sangat. Sekarang selepas menjadi vegan, badannya tidak bertindak balas dengan kuat macam itu lagi. Dia menjadi tenang, damai dan menyerap semua makanan yang dimakannya. Oleh itu, berat badannya bertambah sikit. Tetapi ini tak bermakna kamu akan bertambah gemuk. Saya tak dapat jamin perubahan fizikal ini. Saya hanya boleh jamin keseimbangan mental, ketenangan dan perubahan menjadi lebih penyayang. Saya tak dapat jamin perubahan fizikal. Tetapi itu tak perlu. Kita ada banyak orang vegan yang gemuk, kurus, cantik, muda, tua atau apa-apa saja.

Ada apa-apa lagi? Oh! Kamu jangan tinggalkan saya sendirian. Ya? (Minta maaf, yang terakhir. Saya seorang ahli sains dan buat kajian di sini tentang penyakit mental.) Dalam penyakit mental, ya. (Ada banyak soalan yang masih perlu dijawab, seperti mengapa ada keluarga yang ada skizofrenia yang diwarisi dalam keluarga dan bagaimana itu dijelaskan oleh tindakan karma?

Soalan kedua adalah: Adakah ahli sains boleh tanya, selepas makrifat, kerana ada jawapan yang lebih pantas dari sesuatu tempat di atas kepada soalan-soalan ini? Atau adakah mereka masih perlu teruskan dengan kaedah saintifik dan cuba jawab soalan-soalan ini?) Ada jawapan yang lebih pantas daripada kajian saintifik. (Itu dijangkakan berlaku? Atau mereka boleh jangkakan…?)

Ya, intuitif langsung. Kita ada otak yang kita gunakan 5% saja. Itu semua orang tahu, termasuk ahli sains. Jadi ada 95% lagi yang dorman dengan banyak daya, maklumat dan keupayaan. Jadi apabila kamu bangkitkan daya otak sepenuh ini, kamu mendapat semua jawapan yang perlu kamu buat kajian selama banyak tahun untuk mendapatnya dan mungkin tidak betul pun kadangkala, selepas kajian selama banyak tahun.

Oleh itu, kadangkala ahli sains buktikan macam itu dan berkata itu betul, kemudian pada tahun berikutnya, mereka buktikannya secara berbeza, dan tahun seterusnya, satu lagi cara berbeza, kerana kita gunakan daya yang terhad dan bukan gunakan seluruh daya. Jadi kaedah makrifat bukanlah apa-apa yang baharu dan penuh misteri. Itu hanya untuk bangkitkan kebolehan sepenuh, daya kecerdasan sepenuh kamu. 95 peratus masih di sana, jadi kamu mendapat jawapan dgn pantas daripada meditasi.

(Ya. Soalan lain yang saya tanya ialah kita tahu bahawa terdapat penyakit yang boleh diwarisi. Bagaimanakah itu dijelaskan oleh hukum balasan?) Oh! Ya, ya, ya. Orang yang mewarisi penyakit ini saling ada hubungan keluarga dalam hayat lampau melalui matlamat bersama, perbuatan bersama, kebersamaan: bersama-sama melakukan sesuatu, bersama-sama memikirkan sesuatu dan bersama-sama mewarisi sesuatu. Disebabkan oleh keghairahan sesama mereka, mereka juga bersama dan kembali sebagai anak lelaki dan anak perempuan. Mereka juga mewarisi kesan masa lalu. Ini berlaku melalui percintaan, keterikatan sesama mereka dan juga daripada hayat lampau mereka lakukan perkara bersama-sama, perkara sama yang datangkan kesan yang sama. Segala-galanya adalah melalui karma, tiada kekecualian. Ya?

(Saya tak pasti sama ada saya faham apa yang Guru katakan. Guru baru datang dari dua buah negara di Amerika Latin: Brazil dan Argentina.) Ah, tidak! Saya akan pergi ke sana. (Tidak, Beliau akan pergi.) (Oh, Guru akan pergi!) (Dari Bandaraya New York.) (Minta maaf.) Saya pergi ke sana enam bulan yang lalu. (Bulan Mei…) (Pada bulan Jun, ya.) Itu lama dahulu dan sekarang saya akan pergi. (Oh! Okey.) Jadi apa kaitannya dengannya?

(Soalan saya adalah: terdapat kekayaan besar dan kemiskinan besar di Brazil dan Argentina. Adakah saya faham dengan betul bahawa apa yang kita katakan adalah jika seseorang hidup dalam kemiskinan besar, ia berkaitan dengan karma mereka daripada hayat lampau?) Ya, dah tentu. Apa lagi yang boleh kamu jelaskan? Adakah TUHAN begitu berat sebelah? Tidak, kita wujudkan keadaan kita sendiri tetapi suatu hari nanti apabila kita dah jemu dengan segalanya, kita akan sedar. Kita akan pulang ke tempat yang tiada kemiskinan, tiada kekayaan, apa-apa pun – hanya kebahagiaan dan kegembiraan – dan kita ada apa-apa saja yg kita mahukan tetapi bukan macam itu dalam erti kata kebendaan. Apa yang saya beritahu kamu tentang Alam Amitabha hanyalah untuk mereka yang belum bermakrifat sepenuhnya. Mereka yang bermakrifat sepenuhnya ialah Guru kepada dewa-dewi dan manusia, kepada Syurga dan manusia. Mereka telah melangkaui segala jenis persoalan ini: sama ada gembira atau tidak gembira, sama ada kaya atau miskin.

Tetapi mereka yang belum bermakrifat perlu menderita di bawah Hukum Karma. Apa-apa kemiskinan yang mereka alami adalah disebabkan dalam hayat lampau mereka tidak memberi sedekah. Kebajikan material orang bergantung kepada sedekah mereka semasa hidup di Bumi, di dunia. Jika mereka sentiasa memberi sedekah… Ini tak bermakna kita perlu berikan banyak. Contohnya dalam kitab Buddha, ada kisah tentang seorang biksu. Dia dilahirkan dengan muka keemasan, berseri-seri dan dilahirkan dalam keluarga kaya kerana dalam hayat lampau-Nya – banyak hayat sebelumnya, seratus hayat, 900 tahun sebelumnya – Dia berikan derma satu sen kepada Buddha, kepada Guru Hidup pada masa itu, dan selama 99 hayat, Dia nikmati kekayaan, kedudukan yg dihormati dan kecerdikan, dan dalam 99 hayat yang terakhir, Dia menemui Buddha lain, mendapat makrifat dan sendiri menjadi Buddha.

Disebabkan oleh kejahilan, orang perlu dilahirkan dalam kemiskinan dan penderitaan. Jika semua orang tahu bagaimana wujudkan kehidupan sendiri, itu akan jauh lebih baik untuk dunia. Tapi adakah mereka percaya kepada kita? Akan tiba masanya mereka perlu percaya. Apabila mereka dah jemu dengan segala keadaan drastik, mereka akan kembali kepada Sifat Buddha, akan percaya kepada TUHAN, akan mencari Guru bermakrifat. Tiada remedi lain. Kita perlu tunggu.

Ada apa-apa soalan lain? (Saya?) Ya, kamu. (Saya rasa sukar nak percaya bahawa seluruh negara menjadi miskin disebabkan kelakuan hayat lampau mereka.) Ya, betul tu. (Adakah Guru faham?) Saya faham. (Tapi itu apa yang saya maksudkan. Saya berkata dari segi kebendaan.) Ya. (Itu apa yang Guru katakan?) Ya. (Jadi orang yang tinggal di negara ini, Amerika Syarikat yang merupakan negara yang paling kaya di dunia, jalani kehidupan yang sangat bermakrifat pada masa lalu manakala orang yang...) Kehidupan yang sangat pemurah pada masa lalu. Tidak, tak semestinya bermakrifat.

Kekayaan dan makrifat ialah perkara yang berbeza sama sekali. Mungkin kamu kaya tetapi tak bermakrifat; mungkin kamu miskin tetapi bermakrifat. Benar tu. Tetapi ini, kamu boleh percaya apabila nampaknya, selepas amalkan untuk seketika meditasi atau sesuatu jenis, tak semestinya jenis saya, kemudian kamu akan dapat ingat kembali hayat lampau. Kamu akan sendiri nampak seluruh struktur karma dunia dan mengapa sesetengah tempat miskin, mengapa sesetengah orang kaya. Kamu akan lihat dengan jelas, seperti baca buku atau saksikan filem. Semuanya direkodkan dalam sejarah masa dan ruang. Tiada apa-apa yang musnah, tiada apa-apa yang hilang. Segala-galanya terjelma dan tertumpu dalam bentuk tenaga dan direkodkan di tahap-tahap kesedaran yang berlainan. Kita dapat sendiri lihat itu, maka kita takkan ada keraguan lagi. Sekarang jika kamu bertikai dengan saya hingga esok, kamu akan masih ada keraguan kerana kamu tak nampaknya. Jadi cadangan saya ialah: Saya jemput kamu masuk ke dalam Kerajaan Syurga dan Kerajaan Pengetahuan Tak Nampak, sendiri mendapat tahu.

Saya tidak memaksa kamu percayai apa yang kamu tak nampak. Saya hanya berikan peluang kepada kamu untuk sendiri buktikannya, tetapi kamu perlukan kepercayaan dan amalan. Kamu tak dapat mengetahui segalanya semalaman. Seperti mana-mana sains, kamu tak dapat belajar untuk jadi doktor dalam satu atau dua malam saja. Kamu perlu benar-benar mahu menjadi doktor dan belajar dengan doktor lain di sekolah perubatan, kemudian lepas beberapa tahun, kamu akan menjadi doktor. Tetapi dengan serta-merta kamu akan mengetahui sesuatu tentang perubatan pd hari-hari pertama atau minggu pertama Itu dah pasti. Sama seperti kamu datang kepada Guru bermakrifat, kamu nampak sekali imbas makrifat, sekelumitnya, sebahagiannya, kemudian kamu berkembang lagi.

Saya mohon maaf. Kami akan tinggalkan sini. Semoga kalian bahagia.

Photo Caption: “Hati-hati dengan Apa yang Anda Kejar, Mungkin Ia Kelihatan Baik tetapi Tak Benar-benar Baik”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (15/15)
1
Kata-kata Hikmah
2026-06-08
3652 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-06-09
3010 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-06-10
2989 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-06-11
2795 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-06-12
2755 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-06-13
2826 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-06-15
2411 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-06-16
2337 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-06-17
2097 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2026-06-18
2129 Tontonan
11
Kata-kata Hikmah
2026-06-19
1808 Tontonan
12
Kata-kata Hikmah
2026-06-20
1719 Tontonan
13
Kata-kata Hikmah
2026-06-22
1358 Tontonan
14
Kata-kata Hikmah
2026-06-23
1107 Tontonan
15
Kata-kata Hikmah
2026-06-24
866 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Kata-kata Hikmah - Khutbah Mahaguru Ching Hai (1/100)
1
Kata-kata Hikmah
2026-06-24
866 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-06-23
1107 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-06-22
1358 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-06-20
1719 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-06-19
1808 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-06-18
2129 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-06-17
2097 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-06-16
2337 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-06-15
2411 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2026-06-13
2826 Tontonan
11
Kata-kata Hikmah
2026-06-12
2755 Tontonan
12
Kata-kata Hikmah
2026-06-11
2795 Tontonan
13
Kata-kata Hikmah
2026-06-10
2989 Tontonan
14
Kata-kata Hikmah
2026-06-09
3010 Tontonan
15
Kata-kata Hikmah
2026-06-08
3652 Tontonan
16
Kata-kata Hikmah
2026-05-02
3028 Tontonan
17
Kata-kata Hikmah
2026-05-01
2533 Tontonan
18
Kata-kata Hikmah
2026-04-30
2422 Tontonan
19
Kata-kata Hikmah
2026-04-29
2787 Tontonan
20
Kata-kata Hikmah
2026-04-28
2920 Tontonan
21
Kata-kata Hikmah
2026-04-27
3176 Tontonan
22
Kata-kata Hikmah
2026-04-25
3318 Tontonan
23
Kata-kata Hikmah
2026-04-24
3347 Tontonan
24
Kata-kata Hikmah
2026-04-23
3097 Tontonan
25
Kata-kata Hikmah
2026-04-22
3009 Tontonan
26
Kata-kata Hikmah
2026-04-21
2995 Tontonan
27
Kata-kata Hikmah
2026-04-20
3077 Tontonan
28
Kata-kata Hikmah
2026-04-18
3048 Tontonan
29
Kata-kata Hikmah
2026-04-17
3104 Tontonan
30
Kata-kata Hikmah
2026-04-16
3161 Tontonan
31
Kata-kata Hikmah
2026-04-15
3091 Tontonan
32
Kata-kata Hikmah
2026-04-14
3167 Tontonan
33
Kata-kata Hikmah
2026-04-13
3370 Tontonan
34
Kata-kata Hikmah
2026-02-19
3274 Tontonan
35
Kata-kata Hikmah
2026-02-18
3101 Tontonan
36
Kata-kata Hikmah
2026-02-17
2995 Tontonan
37
Kata-kata Hikmah
2026-02-16
3066 Tontonan
38
Kata-kata Hikmah
2026-02-14
3419 Tontonan
39
Kata-kata Hikmah
2026-02-13
3196 Tontonan
40
Kata-kata Hikmah
2026-02-12
3200 Tontonan
41
Kata-kata Hikmah
2026-02-11
3411 Tontonan
42
Kata-kata Hikmah
2026-02-10
3437 Tontonan
43
Kata-kata Hikmah
2026-02-09
3941 Tontonan
44
Kata-kata Hikmah
2025-12-04
3751 Tontonan
45
Kata-kata Hikmah
2025-12-03
3584 Tontonan
46
Kata-kata Hikmah
2025-12-02
3782 Tontonan
47
Kata-kata Hikmah
2025-12-01
3216 Tontonan
48
Kata-kata Hikmah
2025-11-29
3464 Tontonan
49
Kata-kata Hikmah
2025-11-28
3862 Tontonan
50
Kata-kata Hikmah
2025-11-27
3680 Tontonan
51
Kata-kata Hikmah
2025-11-26
3626 Tontonan
52
Kata-kata Hikmah
2025-11-25
3659 Tontonan
53
Kata-kata Hikmah
2025-11-24
4341 Tontonan
54
Kata-kata Hikmah
2025-10-06
3970 Tontonan
55
Kata-kata Hikmah
2025-10-04
4025 Tontonan
56
Kata-kata Hikmah
2025-10-03
3194 Tontonan
57
Kata-kata Hikmah
2025-10-02
4958 Tontonan
58
Kata-kata Hikmah
2025-10-01
3550 Tontonan
59
Kata-kata Hikmah
2025-09-30
3816 Tontonan
60
Kata-kata Hikmah
2025-09-29
3807 Tontonan
61
Kata-kata Hikmah
2025-08-09
3547 Tontonan
62
Kata-kata Hikmah
2025-08-08
3167 Tontonan
63
Kata-kata Hikmah
2025-08-07
3029 Tontonan
64
Kata-kata Hikmah
2025-08-06
3695 Tontonan
65
Kata-kata Hikmah
2025-08-05
3381 Tontonan
66
Kata-kata Hikmah
2025-08-04
3394 Tontonan
67
Kata-kata Hikmah
2025-08-02
3312 Tontonan
68
Kata-kata Hikmah
2025-08-01
3365 Tontonan
69
Kata-kata Hikmah
2025-07-31
3468 Tontonan
70
Kata-kata Hikmah
2025-07-30
3460 Tontonan
71
Kata-kata Hikmah
2025-07-29
3548 Tontonan
72
Kata-kata Hikmah
2025-07-28
4034 Tontonan
73
Kata-kata Hikmah
2025-06-04
2793 Tontonan
74
Kata-kata Hikmah
2025-06-03
2667 Tontonan
75
Kata-kata Hikmah
2025-06-02
2651 Tontonan
76
Kata-kata Hikmah
2025-05-31
3240 Tontonan
77
Kata-kata Hikmah
2025-05-30
2529 Tontonan
78
Kata-kata Hikmah
2025-05-29
2758 Tontonan
79
Kata-kata Hikmah
2025-05-28
2684 Tontonan
80
Kata-kata Hikmah
2025-05-27
2731 Tontonan
81
Kata-kata Hikmah
2025-05-26
2706 Tontonan
82
Kata-kata Hikmah
2025-05-24
2851 Tontonan
83
Kata-kata Hikmah
2025-05-23
2809 Tontonan
84
Kata-kata Hikmah
2025-05-22
2817 Tontonan
85
Kata-kata Hikmah
2025-05-21
3000 Tontonan
86
Kata-kata Hikmah
2025-05-20
2767 Tontonan
87
Kata-kata Hikmah
2025-05-19
2874 Tontonan
88
Kata-kata Hikmah
2025-05-17
2881 Tontonan
89
Kata-kata Hikmah
2025-05-16
2839 Tontonan
90
Kata-kata Hikmah
2025-05-15
2621 Tontonan
91
Kata-kata Hikmah
2025-05-14
2995 Tontonan
92
Kata-kata Hikmah
2025-05-13
2870 Tontonan
93
Kata-kata Hikmah
2025-05-12
3434 Tontonan
94
Kata-kata Hikmah
2025-03-10
3612 Tontonan
95
Kata-kata Hikmah
2025-03-08
3972 Tontonan
96
Kata-kata Hikmah
2025-03-07
3627 Tontonan
97
Kata-kata Hikmah
2025-03-06
3577 Tontonan
98
Kata-kata Hikmah
2025-03-05
3497 Tontonan
99
Kata-kata Hikmah
2025-03-04
3541 Tontonan
100
Kata-kata Hikmah
2025-03-03
4137 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-26
4572 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-26
664 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-25
203 Tontonan
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-06-25
688 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-25
1163 Tontonan
Filem Pendek
2026-06-25
498 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-24
967 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun