Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • اردو
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • اردو
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perjalanan Penuh Perasaan: Ihamkan Amalan Spiritual Melalui Seni, Bahagian 7 Siri Multibahagian

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Di mana-mana pun Guru diami, persekitarannya menjadi harmoni dan tenang, seolah-olah tersentuh oleh angin sepoi-sepoi musim bunga. Di bawah matahari keemasan, kudup yang terlentok bersedia untuk berkembang ke arah cahaya, manakala kaktus bergembira dalam kepanasan, seolah-olah membisikkan kisah penuh kasih sayang dan saling berkongsi fikiran terdalam mereka.

Lukisan agung ialah khazanah yang dihargai di dunia. Setiap coretan berus mengabadikan sejarah, budaya, ekspresi, malah berkat, memperkaya pengalaman masa lalu, masa sekarang dan masa depan orang tanpa mengalaminya secara fizikal. Sebagai seorang guru spiritual dan artis yang terkenal di dunia, Mahaguru Ching Hai (vegan) memupuk keimanan bukan sahaja melalui bimbingan spiritual-Nya tetapi juga melalui karya seni-Nya yang luar biasa.

Hari ini, kita akan berjalan melalui Galeri Seni Syurga yang dicipta oleh Mahaguru Ching Hai (vegan). Karya seni Guru mempersembahkan kecantikan Syurga sepenuhnya, membawa berkat kepada dunia dan mengingatkan kita tentang ciptaan firdausi alam Syurga.

Master: Dan mungkin, apabila melalui lukisan saya untuk seketika, orang yang lihatnya teringat akan sedikit kerohanian di dalam diri sendiri. Itulah aura yang dibawa oleh lukisan atau ciptaan seni saya. Tetapi kita mesti ingat bahawa jenis seni firdausi ini tetap hanyalah salinan ciptaan firdausi alam Syurga yang sebenar.

f1: Karya seni ini melangkaui nilai menggambarkan perilaku artis yang biasa. Kreativiti dalam lukisan-Nya bangkitkan kecantikan asli dalam roh kita dan memahat dlm hati kita mesej kehidupan vegan, gaya hidup untuk keamanan.

f2: Saya tak tahu sama ada hanya saya saja tetapi apabila saya hadiri meditasi berkumpulan di pusat meditasi Brighton, saya dapat… saya nampak Guru duduk bersila di depan bilik dan saya tahu Guru sentiasa ada di sana bersama kami. (Ya.) Di setiap meditasi berkumpulan, Guru berada di depan. Ada sebuah lukisan tetapi saya tahu itu bukan lukisan saja. (Bukan.) Saya dapat lihat Guru di sana juga. (Kamu nampak badan jelmaan.) Saya nak ucapkan terima kasih kpd Guru atas Guru sentiasa berada di sana.

Hari ini, mari kita mulakan perjalanan spiritual untuk menemui kecantikan dan cahaya roh kita yang tersembunyi. Kita mulakan dengan ‘Kaktus Tien Shan’ yang luar biasa, suatu lambang ketahanan hidup yang besar yang membawa kita kepada keharmonian anggun ‘Lembut dan Keras’. Karya-karya ini dedahkan daya hidup tak terhad yang hidup biak dalam setiap situasi. Dalam ‘Bunga Gurun’, kita lihat jantung hijau bertenaga yang menampung hidup. Akhirnya, melalui ‘Bertumbuh Bersama-sama’, kita jumpai jalan kita, meraikan kekentalan dan kekuatan dalaman yang menyatukan kita semua.

Lukisan ‘Kaktus Tien Shan’ dihasilkan ketika Guru menginap di Ashram Santin di Hong Kong pada 1993.

Di mana-mana pun Guru diami, persekitarannya menjadi harmoni dan tenang, seolah-olah tersentuh oleh angin sepoi-sepoi musim bunga. Di bawah matahari keemasan, kudup yang terlentok bersedia untuk berkembang ke arah cahaya, manakala kaktus bergembira dalam kepanasan, seolah-olah membisikkan kisah penuh kasih sayang dan saling berkongsi fikiran terdalam mereka.

Dalam banyak budaya, kaktus melambangkan ketahanan dan perlindungan. Ia gunakan sumber yang minimum untuk menyimpan air yang beri hidup, membolehkannya hidup biak dalam sebarang keadaan. Komuniti orang asli malah hormatinya sebagai “pembantu roh” atau pelindung yang membimbing dan melindungi roh.

Melalui coretan pantas pen pastel, persekitaran yang penuh kepayahan dan hidup bertenaga kaktus tergambar. Karya ini mencerminkan perlambangan spiritual seorang pertapa yang beramal sendirian secara senyap. Melalui menahan keadaan penuh kepayahan, akhirnya ia mekar dengan bunga kebijaksanaan yang jarang dan berharga.

Lukisan seterusnya terus menerokai tema ‘Lembut dan Keras’ yang dalam melalui bentuk elegan anggerik.

Mahaguru Ching Hai (vegan) mengambil masa tiga puluh minit saja untuk menyiapkan lukisan anggerik yang bertumbuh di depan kediaman-Nya ini. Apa yang menarik, ranggi sejenis anggerik pada asalnya separuh putih dan separuh merah tetapi Beliau memutuskan untuk melukisnya merah sepenuhnya, mewujudkan keseimbangan kelembutan dan kekuatan yang lebih kuat. Mahaguru Ching Hai (vegan) berkata bahawa setiap kali Beliau menyiapkan suatu lukisan, Beliau tak pernah rasa Beliaulah yang melukisnya. Ini kerana ketika masih muda, Beliau tak dapat melukis gambar seseorang yang ada kesan tiga dimensi atau ekspresi yang jelas tetapi sekarang anggerik yang dilukis-Nya pun ada ekspresi dan sifat yang jelas. Lihatlah! Anggerik ini kelihatan macam saling berbisik, seolah-olah mereka sedang berkongsi rahsia!

Dalam lukisan ini, dua batang anggerik yang halus bertumbuh dari rekahan batu keras. Siapa boleh bayangkan hidupan yang begitu rapuh dapat menembusi kekerasan batu dan mendapatkan khasiat daripada batu? Berbanding dengan kelembutan bunga ini, batu keras itu sendiri kelihatan anggun, menjaga dan menyokong mereka. Anggerik yang bertumbuh dari batu menunjukkan kevitalan yg mengagumkan mengilhami kita supaya mencari keazaman untuk mengatasi sebarang kesusahan yang kita hadapi dalam hidup. Inilah inti pati ‘Lembut dan Keras’.

Sebuah lukisan yang terkenal mungkin mempunyai gaya atau kreativiti yang unik tetapi nilai sebenarnya terletak pada mesej yang disampaikannya. Kami percaya lukisan seterusnya ini berikan impak yang mendalam kepada amalan spiritual kita terutama apabila kita mendapati diri berada dalam musim sejuk perjalanan spiritual kita. Ia menguatkan diri dalaman kita, menukar tekanan menjadi motivasi untuk amalan dalam kesusahan.

Kita dapat rasai keinginan spiritual ini dalam puisi daripada koleksi Air Mata Cinta Terpendam karangan Mahaguru Ching Hai (vegan):

Sementara aku dahaga di gurun hidup, Engkau minum Nektar di sesuatu tempat di kediaman syurga! Hanya jika aku tahu akan jalannya, aku akan menaik ke atas sana dan menyambarnya dengan serta-merta. Wahai Guru, Yang Paling Megah daripada Segala Kemegahan! Takkankah Engkau anggapnya adil Menuang beberapa titis saja ke bawah Untuk aku?

Keinginan spiritual yang mendalam di gurun hidup dihidupkan dalam lukisan luar biasa ‘Bunga Gurun’. Orang mulia jumpai kecantikan dalam segala-galanya – bunga sederhana ini pun dapat bawa kegembiraan dan penenangan.

Penggunaan warna dalam karya ini adalah luar biasa. Keharmonian warna coklat tua dan muda, kuning, biru dan hijaunya penuh dengan tenaga. Lukisan Guru tidak gambarkan permukaan saja. Ia dedahkan kebenaran yang tersirat. Walaupun ranggi ini kelihatan kering disebabkan warna merah karatnya, ini hanyalah ilusi. Di dalam, ia bertenaga dan menghijau.

Sama seperti orang yang dibesarkan dalam persekitaran yang berlainan mengembangkan personaliti dan tabiat yang berlainan. Sifat luaran kita mungkin kelihatan berbeza atau malah telah lama wujud tetapi roh dalaman – sifat abadi yang tidak dapat dimusnahkan itu – kekal cantik, seperti bunga gurun. Seperti yang digambarkan oleh Guru:

Ini dipanggil Bunga Gurun. Ia sangat jarang. Kita perlu pergi ke gurun untuk lihatnya. Bukan semua gurun ada jenis bunga ini. Gurun-gurun yang berlainan ada bunga yang berlainan. Kebanyakan gurun ada satu jenis bunga saja. Itu jenis bunga biru. Hanya satu tempat ada bunga merah karat ini. Ia cantik. Ia kelihatan macam yang sebenar yang kita ada di rumah. Bunga ini kelihatan sangat kering tetapi ia tidak. Hanya warnanya kelihatan kering tetapi ia tidak kering. Tumbuhan ini masih sangat hijau di dalam. Apabila kamu patahkannya, ia masih hijau. Macam itulah sesetengah bunga gurun. Semua bunga, apabila berada dalam keadaan yang berlainan, ada warna yang berlainan dan bentuk yang berlainan. Kita serupa juga. Semua orang dalam situasi dan keadaan yang berlainan kelihatan berbeza dari luar dan kadangkala dari dalam. Saya tidak maksudkan roh dalaman atau orang yang asal, abadi. Saya maksudkan sifat orang: personaliti dan tabiat yang diperolehnya melalui hubungan dengan persekitaran atau latar belakangnya. Tetapi mereka tetap cantik, sama seperti bunga gurun. Jadi pada bila-bila saya melukis, saya tidak hanya melukis gambaran objek atau pemandangan. Terdapat makna di sebaliknya. Jadi bunga gurun adalah seperti benda dalam persekitaran yang berlainan itu, seperti orang yang kelihatan ganjil, kelihatan pelik sikit, tidak kelihatan seperti kita, atau mungkin kelihatan seperti saya. Ini serupa dengan bunga gurun.

Pengertian mendalam Guru tentang kecantikan dalaman bunga gurun mengingatkan kita bahawa sifat abadi kita sentiasa cantik. Kesedaran tentang inti pati kita yang sama ini membawa kita kepada satu lagi karya yg mengharukan, ‘Bertumbuh Bersama-sama’ di mana kecantikan ini mekar dalam perpaduan.

Yang ini dilukis selepas ‘Lembut dan Keras’. Pada masa itu, Mahaguru Ching Hai (vegan) sangat ghairah dan menyiapkan beberapa lukisan pastel secara berturut-turut. Ini sesuatu yang menyeronokkan bagi orang di sekeliling. Gambar ini menggambarkan serumpun bunga liar di depan pentas khutbah Guru. Warna-warna bunga dalam gambar ini adalah harmoni dan halus. Mereka kelihatan begitu manis, seolah-olah cuba menyampaikan rasa sayang yang besar sesama mereka. Coretan berus Mahaguru Ching Hai (vegan) begitu lancar, manis dan cantik sehingga hubungan penuh kasih sayang antara semua makhluk dalam seluruh Ciptaan digambarkan dengan baik dengan cara bersahaja.

Seluruh lukisan ini dilukis pada latar belakang kuning muda dengan tanah coklat muda beralih secara beransur-ansur melalui teknik cat air ubah ansur. Coretan berus Guru adalah lancar, manis dan cantik.

Dengan cara bersahaja ini, hubungan penuh kasih sayang dalam kalangan semua makhluk dalam Ciptaan digambarkan dengan baik. Pokok bunga ini kelihatan bertumbuh dan bermeditasi bersama-sama, menguatkan diri di dalam dan di luar.

Ini memang karya seni agung yang ada daya ekspresi yang tiada bandingannya. Ia sampaikan mesej tak lapuk dek zaman dan hasrat ikhlas daripada Mahaguru Ching Hai (vegan): ia ingatkan kita spy saling menyayangi dan bertumbuh bersama-sama kerana kita semua ialah satu entiti.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (7/7)
1
Hiburan yang Memakrifatkan
2025-12-18
6355 Tontonan
2
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-01-22
4791 Tontonan
3
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-03-19
4163 Tontonan
4
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-04-02
4169 Tontonan
5
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-05-28
3521 Tontonan
6
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-06-25
3182 Tontonan
7
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-07-30
940 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Senarai Main (1/100)
1
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-07-30
940 Tontonan
2
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-06-25
3182 Tontonan
3
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-05-28
3521 Tontonan
4
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-04-02
4169 Tontonan
5
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-03-19
4163 Tontonan
6
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-01-22
4791 Tontonan
7
Hiburan yang Memakrifatkan
2025-12-18
6355 Tontonan
8
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-05-20
7938 Tontonan
9
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-05-17
6072 Tontonan
10
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-05-13
6084 Tontonan
11
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-05-10
5814 Tontonan
12
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-05-06
5588 Tontonan
13
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-05-03
5457 Tontonan
14
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-04-28
6253 Tontonan
15
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-04-21
6109 Tontonan
16
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-04-14
6383 Tontonan
17
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-04-07
6904 Tontonan
18
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-04-03
8560 Tontonan
19
Hiburan yang Memakrifatkan
2020-03-26
9288 Tontonan
20
Hiburan yang Memakrifatkan
2020-03-21
7830 Tontonan
21
Hiburan yang Memakrifatkan
2020-03-19
8516 Tontonan
22
Hiburan yang Memakrifatkan
2020-03-14
27820 Tontonan
23
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-10-08
5755 Tontonan
24
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-09-28
6980 Tontonan
25
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-07-20
8214 Tontonan
26
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-07-16
10277 Tontonan
27
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-04-21
10063 Tontonan
28
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-03-07
8884 Tontonan
29
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-03-02
8501 Tontonan
30
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-03-01
8572 Tontonan
31
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-28
8467 Tontonan
32
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-23
9712 Tontonan
33
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-22
8420 Tontonan
34
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-21
18524 Tontonan
35
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-15
7154 Tontonan
36
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-14
8170 Tontonan
37
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-12
9681 Tontonan
38
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-01-29
8957 Tontonan
39
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-01-22
9194 Tontonan
40
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-01-15
10562 Tontonan
41
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-01-03
7317 Tontonan
42
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-01-02
7599 Tontonan
50
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-12-06
6999 Tontonan
52
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-12-01
6254 Tontonan
53
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-11-29
6093 Tontonan
54
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-11-27
7419 Tontonan
55
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-11-24
5396 Tontonan
56
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-11-22
6526 Tontonan
57
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-11-01
6404 Tontonan
60
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-10-20
6478 Tontonan
61
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-10-13
6634 Tontonan
64
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-29
6551 Tontonan
65
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-25
6421 Tontonan
66
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-24
6676 Tontonan
67
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-22
6641 Tontonan
68
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-19
7198 Tontonan
69
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-15
6408 Tontonan
70
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-11
6090 Tontonan
71
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-07
6431 Tontonan
72
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-04
11367 Tontonan
73
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-01
7477 Tontonan
74
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-08-28
6921 Tontonan
75
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-08-25
6434 Tontonan
76
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-08-21
9409 Tontonan
77
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-24
6254 Tontonan
78
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-21
7678 Tontonan
79
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-17
6835 Tontonan
80
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-14
6305 Tontonan
81
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-10
6188 Tontonan
82
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-07
6240 Tontonan
83
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-03
6737 Tontonan
84
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-30
5992 Tontonan
85
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-26
6283 Tontonan
86
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-23
6267 Tontonan
87
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-19
6614 Tontonan
88
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-09
5948 Tontonan
89
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-08
6412 Tontonan
90
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-07
6165 Tontonan
91
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-03
5854 Tontonan
92
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-31
5947 Tontonan
93
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-30
5946 Tontonan
94
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-26
5791 Tontonan
95
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-24
6037 Tontonan
96
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-22
6193 Tontonan
97
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-17
6705 Tontonan
98
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-12
6239 Tontonan
99
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-08
5797 Tontonan
100
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-05
6130 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-08-02
1 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-08-02
2 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-01
5066 Tontonan
Filem Pendek
2026-08-01
322 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-01
754 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun