Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Membicarakan Sistem Penciptaan, Bahagian 1 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jika anda benar-benar berterima kasih kepada saya dan hargai usaha atau peringatan saya, maka buatlah begitu juga. Itu akan banyak membantu. Pertama sekali, diri sendiri, keluarga, negara anda dan apa-apa saja yang anda sukai, sesiapa saja yang anda sayangi, mana-mana kawan, orang-haiwan kesayangan, perniagaan, harta benda, kebahagiaan anda, segala-galanya yang anda hasratkan berpokok pada cara anda menjalani kehidupan. Tak banyak, hanya: Menjadi Vegan, Berdamai, Berbuat Baik, bermakna bantu orang lain dalam kesusahan.

Hei! Salam sejahtera, semua. Yang ini hanya untuk penonton dan semua orang yang berdoa, memuji dan berterima kasih kepada saya dengan kata-kata dan lagu fizikal yang saya malah dengar secara fizikal selepas saya keluar daripada samadhi. Saya nak ucapkan terima kasih kpd anda. Saya masih amat tersentuh. Itu beberapa hari yang lalu. Bilangan anda yang menyertainya yang besar memang mengejutkan saya. Terdapat… Jika maklumat adalah betul daripada Dewa-dewi yang menjaga populasi planet ini, bilangannya adalah lebih 3.8 bilion warga dunia. Saya harap seluruh warga dunia akan mengetahui itu, saksikan siaran kata-kata yg saya berikan dan disiarkan oleh mereka sebagai Berita Selitan terkini. Tetapi bilangannya yang besar memang mengejutkan saya. Ia memang mengejutkan saya. Saya masih terkial-kial mencari kata-kata untuk ucapkan terima kasih kepada anda serta untuk ungkapkan penghargaan, harapan dan kegembiraan saya.

Kita semua, anda, saya harus bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Benar-benar Berbelas Kasihan, Tuhan Yang Maha Pengasih atas sebarang ketenangan & kegembiraan yang berlaku dalam kehidupan kita. Setiap hari, saya bersyukur kepada Dia dan Dia ialah pelaku. Dia ialah segala-galanya. Saya harus kata ‘Hes’ ialah segalanya kerana ini bermakna ‘He’ dan ‘She’, kerana kita tak dapat pasti bahawa Tuhan hanyalah ‘He’. Tuhan ialah semuanya. Tuhan ialah segalanya – Tuhan sebenar. Kita juga perlu berterima kasih kepada semua Guru: masa lalu, sekarang dan mungkin masa depan kerana beri bantuan kepada kita juga. Kita juga berterima kasih kepada semua Santo dan Orang Suci pada zaman kita: di Syurga, Bumi dan tempat lain di Alam Semesta kerana bantu kita wujudkan keamanan dan dunia vegan, membuat dunia ini menjadi syurga untuk kita semua nikmati hidup tanpa kerunsingan, bebas dan gembira, sekarang dan di akhirat. Kita boleh menjadi manusia tapi tak harus berada dalam penderitaan, kesengsaraan, berperang sesama orang dan dengan makhluk lain. Kerana ini menyebabkan kita alami terlalu banyak beban, terlalu banyak kerisauan, terlalu banyak penderitaan yang kita tidak wajar alami.

Anda tak harus berterima kasih kpd saya atau memuji saya sama sekali. Saya hanyalah bahagian wadah kecil sekali yang memungkinkan keamanan atau dunia vegan. Jika boleh, saya masih berjuang, memperjuangkannya. Jika anda benar-benar berterima kasih kepada saya dan hargai usaha atau peringatan saya, maka buatlah begitu juga. Itu akan banyak membantu. Pertama sekali, diri sendiri, keluarga, negara anda dan apa-apa saja yang anda sukai, sesiapa saja yang anda sayangi, mana-mana kawan, orang-haiwan kesayangan, perniagaan, harta benda, kebahagiaan anda, segala-galanya yang anda hasratkan berpokok pada cara anda menjalani kehidupan. Tak banyak, hanya: Menjadi Vegan, Berdamai, Berbuat Baik, bermakna bantu orang lain dalam kesusahan. Itu saja yang perlu kita buat, memang. Kita tetap perlu bersyukur kepada Tuhan atas kita berupaya utk berbuat demikian, atas kita ada keistimewaan, penghormatan, kekuatan untuk melakukan semua itu.

Hanya tiga perkara: Menjadi Vegan, Berdamai, Berbuat Baik. Bersyukur kepada Tuhan dan memuji Syurga setiap hari. Kita juga perlu berterima kasih kepada Raja Keamanan. Jika ada keamanan atau kejayaan vegan untuk dunia kita, itu disebabkan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa, semua Dewa, Dewa-dewi baik di Syurga, semua Guru, semua Santo dan Orang Suci serta Raja Keamanan dan Raja Veganisme. Ucaplah terima kasih kpd Mereka semua utk saya. Saya ucapkan terima kasih kpd Mereka setiap hari. Saya masih menunggu hasilnya datang. Saya juga telah bercakap dengan tuhan dan beritahu tuhan bahawa manusia perlukan bantuan. Manusia tidak sendiri saja yang bersalah. Sesiapa yang mencipta dunia ini secara begitu kucar-kacir atau memudahkan segala kekacauan ini berlaku ialah orang yang harus disalahkan. Saya bertikai dengan tuhan tentang itu. Saya kata, “Jika sesiapa boleh mencipta benda tetapi tak dapat membaikinya, maka dia harus letak jawatan daripada susunan hierarki Syurga. Saya tak menerima semua dosa disalahkan pada manusia. Saya tak menerima…” Saya kata, “Saya tak menerima itu!” Saya menyalahkan orang yang mencipta segala kekacauan, godaan, perangkap dan penipuan ini untuk membuat manusia terjerumus. Kerana di dunia fizikal ini, sangat sukar untuk kekal suci dan tidak terjerumus. Saya gunakan segala kata-kata yg boleh untuk bertikai dengan tuhan. Saya mengaku bahawa saya memekik pada kononnya pencipta ini dan suruh dia supaya berambus. Jika tak dapat baikinya, maka berambus, tidak ganggu kita manusia. Saya tahu mungkin saya tak harus buat begitu tetapi saya buat begitu. Saya buat begitu bukan satu kali saja. Itu bukan kali pertama. Saya pernah buat begitu sebelumnya, beberapa kali, pada bila-bila saya penuh dengan kekecewaan, pada bila-bila saya tak tahan dengan penderitaan manusia dan orang-haiwan.

Jadi bantulah saya, bantulah saya dgn hanya Menjadi Vegan dan Berdamai. Jika anda boleh, bantulah makhluk lain. Makhluk lain tak bermakna manusia saja – orang-haiwan, pokok, tumbuhan – lindungi mereka. Pelihara mereka di mana-mana saja anda boleh kerana mereka baik utk dunia kita. Mereka baik untuk anda, baik untuk planet ini dan baik untuk saya. Bantulah saya. Saya akan lebih hargainya daripada anda nyanyikan lagu dan ucapkan terima kasih kepada saya yg malah sampai ke telinga fizikal saya. Saya begitu kagum dengan lagu manusia pun… Saya tak maksudkan saudara seamalan, anak murid saya sendiri atau kononnya ahli persatuan saya. Maksud saya anda, orang luar. Orang yang kebetulan dengar atau saksikan Berita Selitan yang mereka siarkan di Supreme Master Television tentang kata-kata saya kepada orang saya dan juga sebahagian daripadanya untuk anda, para penonton.

Maksud saya, di dunia fizikal ini adalah sukar bagi saya pun untuk dengar mesej dari Syurga. Walaupun saya dengar kata-kata mereka, menyalin, mencatatkan mesejnya setiap hari, hampir setiap hari, namun banyak mesej tetap hilang kerana saya terlalu sibuk. Saya ada terlalu banyak kerja utk dibuat, terlalu banyak kerja fizikal untuk dibuat dan juga kerja dalaman untuk dibuat. Saya ada kerja Syurga, kerja neraka dan kerja Bumi. Saya tak minta anda mengorbankan apa-apa, hanya melepaskan potongan daging itu. Itu tak banyak. Saling berdamai kerana itu caranya kita hidup. Jika kita mahukan kedamaian, kita perlu berdamai.

Saya akan beritahu anda sesuatu. Mungkin anda rasa saya bercakap besar tetapi tidak. Saya hanya nak beritahu anda bahawa saya juga buat pengorbanan. Jika anda panggil permintaan saya sebagai pengorbanan, maka saya juga banyak berkorban. Pertama sekali, anda tahu saya vegan. Saya telah kehilangan banyak aset kewangan dan tunai. Akaun bank saya telah disekat oleh entiti tertentu tanpa sebab sama sekali. Tetapi saya tak boleh keluar, pergi ke mahkamah, mendakwa mereka dan mengambil balik wang saya. Saya biarkannya saja. Maksud saya, wang saya sebanyak beberapa juta. Wang saya sepenuhnya, wang yang diperoleh dengan jujur. Saya mematuhi Lima Rukun. Salah satu daripadanya adalah tidak curi. Jadi semuanya wang saya. Saya memperoleh, membuatnya dengan cara-cara yang berlainan: mungkin karya seni atau menjual barang tapi tak usah kisah. Saya hanya nak beritahu anda supaya anda tahu.

Jadi sekarang saya hanya ada mungkin beberapa puluh ribu dalam tangan saya – hanya kalau-kalau saya perlu keluar. Tetapi saya tak dibenarkan untuk keluar pun. Saya perlu berada di satu tempat untuk bersuluk. Bukan sahaja tak dibenarkan untuk pergi beli-belah atau mana-mana malah tak dibenarkan untuk keluar ke jalan hanya untuk hirup udara segar. Sekali-sekala, saya menyelinap keluar, merisikokan ‘hukuman’ untuk mengambil gambar berdekatan saja. Saya tak boleh pergi jauh sangat, mungkin beberapa ratus meter, itu saja, hanya untuk mengambil gambar, tiada apa-apa lagi dan berlari balik ke rumah dengan cepat.

Apa-apa yang saya mahukan, keamanan dan vegan, bukan untuk saya tetapi untuk anda, saya tetap perlu menanggung kesannya. Wang saya dicuri juga. Semua wang simpanan saya dicuri, jadi sekrg saya ada sangat sedikit wang yg tertinggal. Saya tak dapat beli rumah. Saya tak dapat buat apa-apa pun. Saya tak boleh buat perjalanan. Saya tak boleh pergi ke restoran untuk nikmati satu hidangan tanpa kerja yang telah disediakan dan disajikan kepada saya. Saya tak boleh pergi membeli-belah pun utk beli apa yg saya perlukan, saya suka, perlu bergantung pada orang lain dalam talian. Saya tak boleh ada kononnya pembantu yg merupakan penetap ashram di sisi pun kerana mereka akan menjadi sejenis gangguan kepada kerja saya juga. Kemudian saya akan perlu menjaga angin mereka, angin manusia, perangai manusia, keinginan manusia, personaliti manusia, apa-apa saja. Anda tahu akannya. Anda ada keluarga, anda tahu. Anda ada kawan, anda tahu. Anda ada suami, isteri dan anak, anda tahu akannya.

Saya buat begitu seperti anda. Walaupun saya tidak berkahwin seperti anda atau beranak seperti anda tetapi saya perlu berurusan dengan banyak orang. Keluarga saya besar – masih besar. Dulu saya tinggal bersama mereka, semua penetap ashram. Itu seperti sebuah keluarga dan anda tahu macam mana rupanya. Berurusan dengan begitu banyak orang dan tinggal bersama mereka, malah setiap hari. Tetapi saya masih muda. Saya ada lebih banyak tenaga dan kurang kerja. Sekarang saya ada jauh lebih banyak kerja untuk dibuat di dalam dan di luar. Saya katakan apa-apa saja yang teringat. Mungkin tiada susunan jenis ini atau kategori itu atau apa-apa pun, jadi bersabarlah.

Apa lagi? Saya juga perlu banyak berkorban. Saya tak boleh bersama orang-burung saya yang begitu saya sayangi. Dah banyak tahun saya tak dapat berjumpa dengan mereka. Saya tak dapat berjumpa dengan orang-anjing saya yang begitu saya sayangi pun. Sekali-sekali saya boleh berkomunikasi dengan mereka melalui telepati, bukan sentiasanya. Saya begitu rindui mereka dan mereka rindui saya juga tetapi saya beritahu mereka bahawa saya tak dapat berjumpa dengan mereka dan mereka faham. Mereka faham. Tetapi ini tak bermakna kami tidak sangat saling merindui. Kadangkala saya menangis seorang diri. Saya menangis, bekerja seorang diri kerana saya tak rasa sesiapa di planet ini akan memahami apa yang saya buat, apa perasaan saya, apa-apa saja mengenai saya. Tetapi saya bukan untuk diri sendiri lagi. Saya tak bekerja untuk diri sendiri. Saya tak minta apa-apa untuk saya. Apa yang saya minta adalah saya boleh cukup kuat bagi bekerja untuk Kehendak Tuhan, untuk menyelamatkan sebanyak boleh roh yang terperangkap, telah diracun sehingga hilang akal, logik, pemahaman dan pembawaan suci mereka.

Saya rasa begitu bersimpati dgn anda semua, sebanyak saya rasa bersimpati atas segala penderitaan fizikal yang anda dan orang-haiwan alami tanpa penghujungnya. Setiap hari saya perlu bekerja dengannya. Saya perlu lihat manusia menderita dan penderitaan orang-haiwan di mana-mana saja dalam berita dan rancangan yang kami buat. Saya perlu bekalkan itu kepada mereka juga. Saya perlu bekalkan semua berita ini kepada mereka juga supaya mereka boleh masukkannya ke dalam rancangan utk anda dimaklumi tentang realiti peperangan, realiti penderitaan rumah sembelih orang-haiwan. Realiti semua itu mempengaruhi suhu planet kita dan menyebabkan begitu banyak kerosakan, penderitaan di merata tempat di dunia. Setiap hari anda buka berita, anda akan nampak sekurang-kurangnya sesuatu penderitaan daripada bencana, peperangan, kebuluran, dan daripada orang-haiwan yang terseksa di rumah sembelih atau tempat lain.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (1/2)
1
2023-08-26
9123 Tontonan
2
2023-08-27
6801 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android