Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Makan Mengikut Karma Anda, Bahagian 5 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Ada seorang wanita yang pergi ke gunung seorang diri. Ketika di gunung, dia tak perlu makan apa-apa pun. Dia tidak berasa lapar dan tinggal di sana selama banyak bulan, jadi untuk suatu tempoh masa, dia baik-baik saja dgn jadi breatharian. Tetapi sebaik saja dia turun semula ke bandar di mana letaknya pangsapuri atau rumahnya, dia tak dapat lakukannya lagi. Dia dapati itu sangat sukar. Ini disebabkan oleh karma kolektif yang mewujudkan tenaga yang membuat kita berasa hampir seperti bercampur dan mengidentifikasikan diri dengan semua orang di sekeliling kita yang juga makan tiga, empat kali sehari. […]

Bukan semua orang dapat makan dengan baik dalam satu hidangan. Sesetengah orang makan dengan sangat sedikit beberapa kali sehari kerana tak dapat makan dengan banyak dalam satu kali, Sesetengah orang dapat menumpukannya dan makan dengan banyak dlm satu kali. Jadi terpulang kepada badan serta kekuatan spiritual dan mental anda untuk mengikut diet satu hidangan sehari. Juga kerana anda hidup di dunia, mungkin ada jumlah tenaga karma yang agak besar mengelilingi anda, atau ke mana-mana pun anda pergi di dunia.

Ada seorang wanita yang pergi ke gunung seorang diri. Ketika di gunung, dia tak perlu makan apa-apa pun. Dia tidak berasa lapar dan tinggal di sana selama banyak bulan, jadi untuk suatu tempoh masa, dia baik-baik saja dgn jadi breatharian. Tetapi sebaik saja dia turun semula ke bandar di mana letaknya pangsapuri atau rumahnya, dia tak dapat lakukannya lagi. Dia dapati itu sangat sukar. Ini disebabkan oleh karma kolektif yang mewujudkan tenaga yang membuat kita berasa hampir seperti bercampur dan mengidentifikasikan diri dengan semua orang di sekeliling kita yang juga makan tiga, empat kali sehari.

Ada seorang wanita yang lakukannya dgn penuh bersemangat di tengah-tengah dunia. Dia berjalan di jalanan. Sementara dia ialah breatharian, dia mengawasi badannya untuk melihat bagaimana keadaannya atau bagaimana ia terima breatharianisme sebelum dan pada masa itu. Tetapi dia dilanggar oleh sebuah kereta. Bukanlah dia memandu – seseorang yang lain memandu dan bunuh dia. Pada asalnya dia boleh menjadi mata arah harapan dan ilham kepada banyak orang yang lain untuk mengikut caranya. Tetapi macam itulah. Nampaknya karma dunia tidak benarkan itu berlaku. Jadi kita buat segalanya dengan sederhana. Itu lebih baik.

Jika anda nampak saya makan sedikit selepas satu hidangan, janganlah fikir terlalu banyak. Barangkali saya perlu. Terlalu banyak karma – saya perlu bekerja mengikut itu, mengikut Kehendak Tuhan, mengikut karma yang perlu saya tanggung disebabkan tenaga kolektif dunia. Anda juga: jika anda makan satu hidangan sehari dan rasa tak tahan lepas seketika, maka anda tahu: mungkin anda tak tahan dengan beban karma – karma anda dan karma kolektif dunia. Jangan terlalu banyak fikirkan apa-apa. Hanya sentiasa berada dlm Kasih Sayang Tuhan, sentiasa ingat akan Tuhan dan berterima kasih kepada semua Guru yang menaikkan anda, menyokong anda dan melindungi anda. Hanya makanan, pakaian dan kerja komputer saja yang anda ada sekarang. Janganlah terlalu tegas dgn diri sendiri! Anda ada kasih sayang saya selamanya!

Jika anda berasa lapar, makanlah. Jika anda letih, tidurlah. Dan buat apa yang anda boleh – yang terbaik untuk dunia melalui Supreme Master Television. Okey? Kemudian anda akan ada kehidupan yang lebih relaks sementara bekerja kadangkala dengan sangat tergesa-gesa, sangat sibuk dalam jadual kita. Kadangkala kita tiada jadual biasa. Kita perlu buat apa yang perlu kita buat. Jangan risau. Jangan rasa tidak senang hati jika anda makan lebih banyak drpd sehari sekali. Tak mengapa. Atau jika anda boleh makan sehari sekali dan sendiri buat jus pada waktu petang dengan sayuran, buah-buahan dan sebagainya, itu dah sangat berkhasiat, senang dicernakan dan juga mengenyangkan bagi anda, membuat anda kurang menderita akibat tusukan rasa lapar. Okey? Anda perlu buat mengikut kehendakmu, karmamu juga. Anda tak boleh terlalu banyak memaksakannya.

Dan juga, banyak orang jalankan amalan spiritual dengan segala cara yang berlainan dan berasa bangga dengan diri sendiri atau rasa itu efisien tetapi bukan macam itu. Di sesetengah negara, mereka amalkan banyak jenis kaedah spiritual yang ganjil seperti memuja orang-tikus atau ingin menjadi orang-tikus, ingin lahir semula sebagai orang-tikus atau memuja orang-ular, malah secara rasmi dan terbuka dan berasa bangga dengannya, malah beribu-ribu orang mengikut itu. Seperti yang saya dah kata dan anda tahu, saya sangat sayangi orang-haiwan dan semua orang-haiwan boleh membantu kita dengan sesuatu cara atau pada sesuatu masa, orang-ular pun. Mereka dapat bantu kita capai hasrat kita atau bantu kita elakkan kemalangan dan melindungi kita dgn sesuatu cara, apa-apa saja yang boleh mengikut keupayaan mereka.

Tetapi orang-haiwan bukanlah Tuhan. Jadi jangan cuba memuja mana-mana orang-haiwan dan bukan Tuhan. Kita boleh sayangi mrk, berterima kasih kepada mereka, hargai mereka jika mereka bantu kita dgn sebarang cara, jika anda tahu akannya. Meskipun anda tidak tahu akannya, sayangilah org-haiwan kesayangan anda. Sayangi mana-mana orang-haiwan yang anda dapat lihat atau dapat bantu tetapi jangan memuja mereka seperti Tuhan.

Pujalah Tuhan saja, puja Guru. Patuh kepada Guru yang anda ikut kerana Dia dapat berkati anda dan bantu anda dengan sebarang cara kerana Dia dapat berhubung dengan seluruh Alam Semesta. Jika Dia ialah Guru sebenar dan yang paling berkuasa, maka anda paling bertuah dalam banyak eon di banyak alam semesta. Anda perlu rasainya melalui amalan spiritual, melalui pengalaman Syurga dalaman, sama ada Guru itu wajar untuk anda ikut atau tidak. Kemudian meskipun hanya ada Guru itu saja, itu dah cukup. Anda tak perlukan apa-apa lagi. Tuhan pun akan kasihi anda jika anda kasihi Guru itu patuhi arahan Guru itu. Tuhan akan kasihi anda juga.

Itu saja yang Tuhan hendaki: anda mengikut ajaran Guru kerana itu daripada Tuhan secara langsung jika Guru itu telah bersatu dgn Tuhan, sebenarnya, seperti Nabi Isa, Buddha, banyak Guru seperti Nabi Mahavira, Guru Nanak Dev Ji dan sebagainya. Begitu banyak Guru. Saya boleh habiskan masa sepanjang hayat utk lafazkan semua nama Mereka. Itu takkan cukup.

Jadi sekarang anda tahu: Bukanlah kerana saya makan sehari sekali atau malah makan makanan tanpa kesakitan, ini bermakna saya mengesyorkan cara hidup ini. Tidak. Anda tolonglah hidup dengan baik. Semasa kita bersuluk, sukar untuk dapatkan semua makanan yang kita mahukan dan kita tidak mahu diganggu jika orang sentiasa datang, bawa makanan kepada kita. Maka kita hanya makan apa yang boleh didapati, apa yang masa kita benarkan, apa kedudukan, keadaan suluk kita, situasi dan tempat suluk kita.

Kadangkala ia sangat tak dapat didatangi. Orang tak dapat bawa makanan kpd kita dengan begitu senang. Sebab itulah banyak Guru, Santo dan Orang Suci pada masa dahulu hanya makan dengan sangat sederhana – makanan yg murah dan boleh disimpan, jadi Mereka tak perlu sentiasa menyusahkan pengikut untuk bawa makanan kpd Mereka dgn begitu kerap. Meskipun mereka (pengikut) sangat sanggup untuk melakukannya, kebanyakan Guru pada masa dahulu serta Santo dan Orang Suci ingin berada dalam kesenyapan, berseorangan untuk bersama Tuhan, menguatkan kuasa Mereka, tenaga Mereka supaya Mereka dapat berkati dunia juga mengikut Kehendak dan Rahmat Tuhan.

Jadi jangan terlalu asyik dengan kezahidan dan percaya bahawa itu jalan menuju pembebasan. Tidak. Mereka yang berbuat amal dan berbuat baik pun, sama ada terhadap manusia atau orang haiwan, orang-orang ini murni, mulia tetapi itu bukan kaedah untuk pembebasan atau capai pencapaian yang tinggi seperti peringkat Buddha.

Berbuat amal, membantu makhluk lain, berbuat baik ialah perkara yang harus kita buat. Ia akan mengurangkan sebahagian daripada karma kita, dah tentu, tetapi ia tidak seperti Kaedah Quan Yin yang bawa kita menuju pembebasan sepenuh dalam masa satu hayat. Ingatlah akan itu. Tetapi anda harus sentiasa berbuat baik. Saya buat begitu juga. Bukanlah kerana saya perlukan pahala, pujian atau ganjaran tetapi kerana kita hidup di sini bersama. Jika seseorang dalam kesusahan, manusia atau orang-haiwan dalam kesusahan, atau mana-mana makhluk dlm kesusahan, kita mesti bantu mereka. Itu perkara biasa yang perlu dibuat. Bukanlah kerana kita perlukan pahala atau mahukan ganjaran. Lebih baik tidak. Apa-apa yang kita buat, anggap semuanya dibuat oleh Tuhan, Syurga, Buddha.

Jika kita hanya berbuat baik, maka kita baik, mulia dan baik hati. Tetapi menurut Buddha pun, itu hanya untuk Syurga dan pahala duniawi. Kerana Syurga ada banyak kategori, banyak peringkat. Kita boleh mendapat Syurga di antara Tiga Alam, tiga alam yang boleh musnah. Kita boleh mendapat Syurga-syurga itu, tiga alam Syurga yang boleh musnah ini, atau berada di Bumi. Seperti jika kita orang yang sangat baik – murah hati, pemurah dan baik hati – maka kita boleh pergi ke Syurga di Tiga Alam ini dan/atau kembali kemudiannya dlm bentuk manusia dlm keluarga kaya, ada kejayaan, keistimewaan, penghormatan dan sebagainya, selepas kita habiskan suatu tempoh masa di Syurga tetapi bukan Syurga Tinggi.

Syurga Tinggi adalah dari Peringkat Keempat ke atas hingga, dah tentu, Alam Tim Qo Tu, dan malah di atasnya. Tetapi di atas itu, kita tak perlu, tak perlu pergi terlalu jauh. Terlalu jauh, tiada banyak di sana yang boleh kita mengerti atau boleh benar-benar faham atau nikmati. Tak perlu sebenarnya. Sama seperti selepas kolej, selepas universiti, itu dah cukup. Kita tak perlu hadiri sebuah lagi sekolah selepas universiti tetapi kita dapat kembangkan pengetahuan kita selepas universiti kerana kita akan tahu caranya. Kita akan tahu lebih.

Photo Caption: Menyuburkan dgn Kasih Sayang Tuhan, Alam Semula Jadi Buat Begitu!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/6)
1
2024-06-13
4542 Tontonan
2
2024-06-14
3696 Tontonan
3
2024-06-15
3423 Tontonan
4
2024-06-16
3187 Tontonan
5
2024-06-17
3316 Tontonan
6
2024-06-18
3058 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android