Cari
Bahasa Melayu
 

Kemenangan Menentang Alam Ganggu Keamanan, Bahagian 7 daripada 11

Butiran
Baca Lebih Lanjut
Jadi Beliau (Presiden Trump) berkuasa. Beliau dalam kedudukan menang dan kedudukan amat berkuasa. Jadi mungkin Beliau terlupa sikit, kurang mempertimbangkan rasa Presiden Zelenskyy yang sudah lesu selama tiga tahun. Rambutnya tiba-tiba menjadi beruban dan mukanya, segalanya telah berubah disebabkan sakit kepala peperangan, terlalu banyak tanggungjawab, terlalu banyak penderitaan, terlalu banyak diganasi, segala-galanya, dan nyawanya tak pernah selamat sejak itu, sejak peperangan.

Apabila orang sudah rebah ke atas lantai, kita tak harus tendang mereka lagi. Tetapi situasi politik tidaklah senang bagi sesiapa pun. Saya bayangkan jika itu saya. Jika saya ialah Presiden Zelenskyy, saya takkan tahu apa yang nak dibuat. Saya tak rasa sesiapa akan lebih bijak jika mereka berada dalam situasinya, tertekan dari semua belah, sudah kehilangan terlalu banyak benda, kehilangan terlalu banyak dan malah risau tentang kehilangan negara sendiri. Pemenang harus sentiasa lebih bertimbang rasa, lebih memahami.

Dulu kami ada permainan kecil di Ashram Hsihu kami. Kadangkala jika saya tiada benda lagi untuk diberikan, contohnya, kami makan bersama-sama dan kegemaran semua orang ialah aiskrim vegan tetapi kadangkala mereka tak beli dengan secukupnya. Setiap orang dah ada satu, cuma kadangkala saya biar mereka mendapat lebih banyak. Kemudian apabila tak cukup untuk setiap orang mendapat yang kedua, tiada aiskrim (vegan) yang kedua kerana tak cukup, hanya satu aiskrim (vegan) yang tertinggal untuk dua orang terakhir, contohnya, maka saya beritahu mereka bahawa mereka perlu main permainan ini, macam satu, dua, tiga, batu, kertas, gunting. Kemudian satu orang, dah tentu, perlu kalah. Dalam permainan ini, sentiasa satu orang perlu kalah.

Jadi selepas salah seorang biksuni kalah, saya beritahu pemenang, “Okey, yang kalah boleh mendapat aiskrim (vegan).” Semua orang terkejut. “Tapi mengapa? Pemenang seharusnya mengambil aiskrim (vegan), aiskrim (vegan) terakhir.” Saya kata, “Tidak. Orang yang kalah sudah berasa terlalu tak sedap hati, berasa sangat tak sedap hati, dah jatuh air muka, jadi sekarang dia mesti mendapat aiskrim (vegan) untuk menenangkan keadaan kalahnya.” Jadi semua orang ketawa dan mengalah, tetapi suka atau tidak, saya berikannya kpd orang yang kalah. Itu hanya permainan kami. Dalam perang politik, barangkali berbeza dengan hanya aiskrim (vegan). Sekurang-kurangnya itu suatu jenaka untuk anda. Terima kasih.

Jadi jika Presiden Zelenskyy ada konsep yang berbeza, pemikiran yang berbeza atau persepsi yang berbeza, ini kerana beliau telah alami banyak dengan orang senegaranya. Jadi beliau seharusnya mungkin diperlakukan dengan lebih lembut, lebih berhati-hati sikit. Orang sudah datang ke pintu-Mu, bukan sebagai orang superior tetapi dalam kedudukan kurang superior, lebih rendah, maka kita harus lebih bertimbang rasa terhadap orang itu. Saya minta maaf jika saya menyinggung perasaan Anda, Presiden Trump agung. Saya peminat Anda. Anda tahu akan itu. Saya menyokong Anda dengan cara-cara yang berlainan, apa-apa saja cara yang boleh, secara langsung dan tak langsung. Jadi maafkanlah saya jika saya menyinggung perasaan Anda tetapi saya terkenal dengan kelantangan bercakap.

Saya bukan menyebelahi Presiden Zelenskyy. Saya hanya memahami beliau dan bersimpati dengan kedudukan dan orang senegaranya. Saya harap negara itu sejahtera dan mengecap keamanan secepat mungkin. Pasti ada penyelesaian kepada salah faham atau kekusutan antara dua pihak sebelum seluruh dunia harus tahu. Negaranya sudah berada dalam kekacauan besar dan kedukaan. Beliau tidak berada dalam kedudukan berkuasa besar. Beliau meminta dari pintu ke pintu, negara-negara yang berlainan supaya bantu negaranya. Jadi barangkali kita harus lebih bersimpati. Apabila seseorang sudah berada dalam kedudukan yang lebih buruk, kita tak harus menyakitkan dia lagi. Beliau bukanlah seorang diri saja. Beliau mewakili negaranya. Jadi jika Anda tahu lebih, Anda harus jelaskan kepada beliau dgn perlahan-lahan. Itu apa yg saya rasa. Maafkan pemikiran wanita tua ini.

Apabila kita dah menang, kita ada jenis keyakinan yang terlalu besar ini, jadi mungkin kita tidak dapat memahami orang lain yang kurang bernasib baik. Itu saja. Anda tidak bermaksud apa-apa, Presiden Trump, Anda tidak bermaksud buruk. Anda rasa cara Anda sudah pun yang terbaik. Mungkin itu yang terbaik, cuma Anda mesti jelaskan dgn perlahan-lahan kepada seseorang yang bukan Anda, yang tidak berada dalam kedudukan berkuasa Anda, yg alami terlalu banyak sakit kepala, terlalu banyak kekeliruan, terlalu banyak tekanan daripada semua pihak, barangkali yang tak tahu telah berapa lama tidak berjumpa dgn isteri dan anaknya.

Ketika peperangan baru bermula, isterinya ditemu ramah di televisyen. Beliau berkata kepada juruacara, “Disebabkan kamu hari ini saya dapat jumpa dgn suami saya Saya tidak berjumpa dengan dia sejak perang bermula hingga sekarang.” Itu masa yang panjang. Anaknya juga tak berjumpa dgn beliau. Anaknya pun dah nak menjadi askar, pergi bertempur. Mereka masih kanak-kanak.

Media Report from The Telegraph – May 23, 2022, Olena Zelenska: Keluarga kami, seperti semua keluarga Ukraine, sekarang terpisah.

Olena Frolyak: Adakah peperangan boleh dikatakan merampas suami puan?

Olena Zelenska: Tiada sesiapa yang akan merampas suami saya, peperangan pun tidak, tapi ya, dia tinggal di tempat kerja. Kami jarang berjumpa dengan dia. Dah dua bulan setengah kami tidak saling berjumpa. Kami hanya bercakap di telefon. Sekarang kami ada beberapa peluang untuk saling berjumpa. Saya juga berterima kasih atas peluang ini untuk habiskan masa bersama.

His Excellency Volodymyr Zelenskyy: Janji temu dalam siaran.

Olena Zelenska: Janji temu dalam siaran, terima kasih banyak-banyak. Ini peluang yang sangat baik untuk minum teh bersama-sama. Saya terjaga dengan bunyi ganjil di luar tingkap. Suasana gelap, hampir waktu malam pada masa itu. Saya tak nampak Volodymyr di sekeliling. Saya pergi ke bilik sebelah dan mendapati dia memakai sut tetapi tanpa tali leher. Dah tentu, saya memahami segalanya tetapi tanya apa yang berlaku. Dia hanya kata, “Ia telah bermula.” Emosi tak dapat disampaikan kerana itu ialah kegerunan dan perasaan kaku. Dia beritahu saya ini dan pergi dari situ. Saya tak boleh kata kami saling berjumpa sejak itu. Secara terus terang, saya faham betapa cemasnya dia pada ketika itu. Kita semua segera menyedari bahawa kehidupan telah berubah selama-lamanya Sekarang saya hidup untuk hari akhirnya dia berkata, “Sudah tamat.”

Media Report from NBC’s TODAY – July 21, 2022, Peter Alexander: Selepas lima bulan pencerobohan ganas Rusia ke atas Ukraine, Wanita Pertama Olena Zelenska beritahu kita bahawa beliau khuatiri keselamatan rakyat dan keluarganya termasuk anak perempuannya yang berusia 18 tahun, Oleksandra, dan anak lelaki berusia 9 tahun, Kyrylo. Apakah yang anak puan impikan? Dia nak menjadi apa?

Olena Zelenska: Jelasnya, dia nak menjadi askar.

Peter Alexander: Dia nak menjadi askar.

Olena Zelenska: Jelasnya.

Peter Alexander: Apa yang itu buat puan berfikir sebagai seorang ibu?

Olena Zelenska: Saya memang nak memastikan bahawa zaman kanak-kanak anak saya dikembalikan kepada dia dan dia nikmati hidupnya sepenuhnya.

Peter Alexander: Tetapi beliau telah belajar cara menghadapi risiko tanpa henti yang suaminya Presiden Volodymyr Zelenskyy hadapi sekarang.

Jadi dari segi emosi, secara peribadi dan di khalayak ramai, beliau berada di bawah tekanan yang amat besar. Jadi meskipun beliau fikirkan sesuatu dgn tidak betul, kita seharusnya dapat memahami dan membantu beliau kerana itu membantu berjuta-juta orang, rakyat negaranya. Saya sebak sekarang sementara bercakap tentang itu. Saya tiada kuasa untuk membantu. Maksud saya, secara fizikal tidak. Saya buat banyak perkara tetapi kelihatan macam saya tak dapat menentukan nasib negaranya, tidak dengan ketara seperti Anda.

Presiden Zelenskyy juga ada tekanan yang besar di dadanya kerana apa-apa yang Anda desak beliau tandatangani atau apa-apa yang diputuskannya untuk tandatangani, beliau tak dapat pasti sama ada rakyatnya akan menerimanya atau tidak, sama ada mereka akan menyokongnya di dalam atau di luar dalam keputusannya. Walaupun beliau ada niat terbaik untuk menamatkan peperangan, menamatkan segala penderitaan dan pembunuhan, beliau sendiri mungkin alami kesan yang sangat tidak baik daripada keputusannya dan reaksi rakyatnya. Jadi adalah sukar bagi beliau juga.

Jadi Presiden Trump, Anda orang yang agung, tolonglah minta beliau kembali dan berbincang bersama di dalam bilik peribadi. Tak perlu menyiarkan segala kelemahan di depan dunia macam itu. Beliau dah cukup dihukum. Meskipun beliau telah membuat apa-apa yang salah, beliau sudah dihukum siang dan malam selama tiga tahun.

Photo Caption: Tuhan Mencipta Kecantikan untuk Semua Makhluk Nikmati
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (7/11)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-15
2610 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-16
2078 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-17
1855 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-18
1793 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-19
1872 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-20
1257 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-21
866 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-22
320 Tontonan