Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Neste episódio, Suprema Mestre Ching Hai explica como podemos entrar em contato com DEUS, que habita em nós.Dengan mengenali TUHAN, kita akan menjadi orang Kristian, menjadi Santo secara senyap dalam perjalanan hidup kita. Kita akan berkati orang secara senyap juga. Tiada sesiapa yang akan ketahuinya pun. Oleh sebab banyak daripada kita sudah ada tanggungjawab terhadap keluarga rakan, kita akan terus menjaga mereka dan melaksanakan tugas kita tanpa perlu meninggalkan mana-mana orang tersayang. Jadi kita boleh amalkan pengetahuan TUHAN, berkati dunia, berkati diri sendiri tetapi jalani kehidupan yg sangat senyap, biasa.Nabi Isa telah janji kepada kita bahawa apa yg dilakukan-Nya, kita dapat lakukan. Itu ada dalam Bible. Itu bukan kata-kata saya. Baginda bersabda, “Apa-apa yang dapat saya lakukan, kamu dapat lakukan juga.” Baginda malah bersabda, “Kamu dapat lakukan dengan lebih baik.” Jadi saya akan tunjukkan caranya. Kerana Ajaran Nabi Isa masih kekal wujud di dunia ini – Ajaran yang tidak dinyatakan. Saya akan tunjukkan kepada kalian cara menjumpai semula Ajaran itu.Saya akan tunjukkan kepada kalian cara cakap secara langsung dgn Nabi Isa kita kerana sejak kebangkitan-Nya, Baginda tidak pernah tinggalkan kita. Kita masih boleh bercakap dgn Baginda. Baginda masih boleh membimbing kita. Tetapi oleh sebab Baginda telah meninggalkan getaran fizikal ini, tenaga fizikal planet ini, dan berada dalam frekuensi kewujudan yang lebih tinggi, kita sendiri perlu menaik lebih tinggi sikit supaya dapat bertemu dengan Nabi di alam yang berbeza. Kemudian kita akan mengetahui Ajaran Sebenar daripada Baginda secara langsung. Kita juga boleh mengikut jalan-Nya dan bawa kasih sayang dan kemurahan ke dalam dunia ini.Saya juga akan tunjukkan kepada kalian cara berhubung dengan Firman yang disebut dalam Bible yang nyatakan, “Firman bersama dengan TUHAN dan Firman sebenarnya ialah TUHAN.” Ia nyatakan bahawa segalanya yang tercipta dicipta daripada, oleh Firman ini. Jadi jika kita dicipta oleh Firman ini atau oleh TUHAN ini, dengan berhubung dengan-Nya, dengan bersatu semula dengan-Nya, kita akan menjadi satu dengan TUHAN. Mendengar Firman (Syurga dalaman) adalah dengar kata-kata TUHAN. Melihat Cahaya (Syurga dalaman) adalah melihat TUHAN. Melihat Nabi Isa di dalam adalah melihat TUHAN juga. Semua pengalaman ini boleh kita alami sekarang juga sementara hidup di planet ini. Kita dapat lihat Syurga dan boleh hidup di dunia ini pada masa yang sama, mengetahui ke mana akan kita pergi lepas meninggal. Kalian sudah tahu sangat tentang Bible, dapat hafalnya, jadi saya tak perlu ingatkan kalian tentang Bible. Saya di sini hanya untuk menawarkan pengalaman praktikal yang dijanjikan oleh Bible.Apa-apa pun, sebarang pengalaman Santo masa dahulu yang dinyatakan dalam Bible, kita dapat alami. Kita dapat rasainya dan dapat terus alaminya setiap hari sementara melakukan kerja setiausaha kita, memandu teksi atau menghidangkan kopi, apa-apa pun. Mudah – dengan meninggalkan rumah ibadat badan ini dan masuk ke dalam, berhubung dgn Pemilik sebenar di dalam. Ada cara untuk melakukannya, seperti ada cara untuk membuat segalanya yang lain. Kita hanya pelajari caranya, maka boleh.Mengenali TUHAN ialah perkara paling senang yang boleh saya bayangkan – perkara paling senang yang pernah berlaku kepada mana-mana drpd kita dalam hayat ini dan seterusnya. Dan setakat ini itu pengalaman paling penuh misteri, paling mengagumkan, paling menakjubkan yang boleh kita tahu. Itu begitu mudah. Sebab itulah kita tak tahu akannya. Kita tak dapat bayangkan macam itu. Sebab itulah Bible sentiasa nyatakan: kita hanyalah rumah ibadat, badan ini hanyalah rumah ibadat dan TUHAN tinggal di dalam diri kita tetapi kita tidak percayainya. Kita ingat TUHAN berada di sesuatu tempat yang lain. Ada dinyatakan begitu dengan jelas dalam Bible bahawa, “Kamu ialah rumah ibadat TUHAN dan Roh Kudus tinggal di dalam dirimu.” Begitu mudah, begitu langsung, begitu jelas tetapi banyak daripada kita tak tahu di mana Roh itu. Kita terus menjalani kehidupan yang memuramkan, kehidupan seperti pengemis, meminta keajaiban, meminta berkat, meminta apa-apa saja. Tetapi TUHAN wujud sepanjang masa. Kita boleh mendapat sebarang berkat yang kita mahukan jika kita tahu di mana DIA. Jika kita berhubung dengan DIA, kita mendapat apa-apa saja yg kita mahu. Tak perlu berdoa, tak perlu meminta pun kerana kita ada TUHAN di dalam diri kita. Kita ialah TUHAN.Tetapi begitu pelupalah kita. Apabila Nabi Isa datang ke sini untuk ingatkan kita bahawa kita ialah anak TUHAN, kita bunuh Baginda. Apabila Baginda umumkan bahawa Baginda ialah Anak TUHAN – itu kebenaran 100% – mereka bunuh Baginda. Mereka panggil Baginda kufur.Jadi sebenarnya orang di dunia ini – kita sendiri – sukar dipercayai. Kita lebih suka percaya bahawa kita berdosa, datang daripada syaitan, daripada percaya bahawa kita datang daripada Rahmat, Kasih Sayang, TUHAN. Meskipun kita tiada sebarang bukti bahawa kita ialah anak TUHAN, kita juga tiada sebarang bukti bahawa kita ialah anak syaitan. Jadi mengapa percayai yang ini tetapi tidak percayai yang itu? Meskipun Nabi Isa tiada sebarang bukti bahawa Baginda ialah Anak TUHAN, mereka tiada bukti bahawa Baginda ialah anak syaitan. Jadi mengapa bunuh Baginda? Saya tidak memahami manusia.Tetapi Baginda telah buktikan bahawa Baginda ialah Anak TUHAN. Baginda tidak pedulikan kerajaan di Bumi. Baginda tidak bersaing dengan kerajaan pada masa itu untuk sebarang jawatan, kemasyhuran atau wang pun. Baginda hanya mengajar orang cara mencari kemegahan sendiri, cara mencari TUHAN sendiri supaya mereka boleh gembira, diberkati sementara berada di Bumi. Sesiapa yang datang kepada-Nya, Baginda akan mengajar mereka cara mengenali TUHAN. Baginda akan segera berikan bukti kepada mereka. Jika Baginda membakar kek dan minta kita merasanya tetapi kita tidak merasanya, hanya berdiri di sana, meminta bukti, menanyakan kualiti, dan rasa kek itu tetapi kita tidak makannya pun, mana dapat Baginda buktikan bahawa kek itu sedap?Tetapi buktinya dah sangat jelas kerana Nabi Isa hanya ajarkan kebaikan, kedamaian, kasih sayang dan kemurahan. Mana dapat anak syaitan atau sesiapa yang jahat mengajarkan perkara macam ini dan menahan segala penghinaan ini dgn penuh kasih sayang, malah minta TUHAN supaya ampuni kononnya musuh-Nya? Ini hanya boleh datang daripada Sifat TUHAN itu sendiri, hanya boleh datang daripada Anak TUHAN. Ini sudah pun bukti yang mencukupi tetapi manusia ialah bangsa yang ganjil. Tidak lama lagi kalian akan meraikan 1,700 tahun agama Kristian sebagai agama rasmi di Armenia. Saya dijemput ke sana untuk majlis itu tetapi saya takkan ada masa, jadi saya pergi ke sana lebih awal pada minggu lalu Saya lihat lembing yang digunakan oleh mereka untuk mencederakan Nabi dan saya menangis teresak-esak.Photo Caption: “Senyum dan Menerangi Dunia di Sekeliling”











