Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pertemuan Mesra Guru dengan Orang-Musang & Persidangan-Nya dengan MAPA dan Raja-Raja Buddha, Bahagian 3 daripada 11

Butiran
Baca Lebih Lanjut
Jadi saya tanya dia: Cik Musang, mengapa engkau berbunyi macam orang-itik kali ini? ‘Kuek, kuek, kuek, kuek’ macam itu. Pada kali yang lain engkau membuat suara yang berbeza. Beberapa kali engkau membuat suaramu berbeza. Jadi orang-musang itu berkata, “Aku sengaja memalsukannya atas sesuatu sebab, seperti salah satu daripadanya adalah untuk keselamatanku supaya tiada sesiapa yg dapat jejaki aku.” Saya kata, “Wau, engkau sangat, sangat cerdik!” Dalam legenda Âu Lạc (Vietnam), mereka berkata bahawa orang-musang sangat cerdik, sangat bijak tetapi aku tak tahu bahawa engkau secerdik ini! Ya, dah tentu, engkau juga amalkan sesuatu jenis amalan sihir, spiritual, jadi engkau tahu cara membuat perkara. Kadangkala engkau juga ada kuasa untuk menukar diri menjadi orang lain. Syabas! Teruslah melindungi diri kerana engkau bersendirian di dalam hutan yang gelap. Kasihi engkau, kasihi engkau.

Oh! Ada satu lagi perkara. Saya masih alami sakit kepala, ringan dan bukan tak boleh tahan tetapi masih terasa, sakit kepala selepas jatuh. Jadi saya risau sikit tentang konkusi atau sesuatu. Jadi saya tanya TUHAN sama ada itu serius atau tidak dan mengapa saya masih sakit kepala. Itu hampir seperti migrain, bukan seluruh kepala tetapi di bawah ialah leher, masih terasa, terganggu, dan di atas kepala, separuh daripada kepala, bahagian atas, juga ada sejenis kesakitan yang masih terasa, mengganggu. Jadi TUHAN berfirman, “Tidak, kerana 40% masih belum sembuh, kerana Engkau harus lebih banyak berehat tetapi Engkau tidak. Dan juga tidak harus benarkan cahaya tetapi Engkau perlu bekerja dgn cahaya. Itu sebabnya.” Ya Tuhan. Harap-harap saya dapat terus bekerja.

Hari ini 14 September. Jadi saya buat rakaman tentang lawatan orang-musang malam semalam dan juga tentang kesakitan yang masih terasa, berlarutan pada kepala. Jadi saya tanya TUHAN mengapa penyembuhan selama banyak jam masih tak dapat membuat saya sembuh sepenuhnya daripada jatuh yang teruk. Jadi DIA berfirman bahawa ini kerana ia tak dapat disembuhkan sepenuhnya dengan segala kuasa sekali gus kerana itu akan keterlaluan bagi badan menahan. Yang selebihnya, 40%, saya harus sendiri berehat dan memakai cermin mata hitam dan sebagainya. Tapi bagaimana saya berbuat demikian kerana saya tak dapat berehat. Kadangkala saya tak cukup masa untuk menyiapkan kerja pun. Kadangkala ada banyak dokumen untuk dilihat – satu hari malah 14, 15, 20 dokumen dan rancangan.

Selain Supreme Master TV, saya dah ada segala perniagaan untuk diuruskan, kesihatan anggota pasukan dan segala jenis perkara. Sekarang ini, tak begitu senang. Kita perlukan visa utk pergi ke sini, sana dan perlu menunjukkan diri, bukti bagi apa-apa saja yg mereka minta. Jadi saya juga tahu sebelumnya bahawa jika kita jatuh dengan teruk, kita harus berehat, pakai cermin mata hitam apabila keluar dan tidak terlalu banyak berada di bawah cahaya terang tetapi saya perlu bekerja. Saya perlukan cahaya yang terang. Siang hari, saya perlukan Matahari untuk lihat kerja saya. Pada waktu malam, saya juga perlukan cahaya untuk lihat kerja saya. Jadi tak dapat elakkannya. Saya cuma harap kesakitan yg berlarutan akan segera hilang. Jadi ini untuk jawab soalanmu tentang sakit kepala saya. Terima kasih.

Kuek, kuek! Kuek! Kuek, kuek! Adakah engkau baik-baik saja? Engkau baik-baik saja, Cik Musang? Musang tak bernama, aku kasihi engkau. Ada sesuatu yg engkau nak beritahu aku? Aku sedang dengar ini. Terima kasih! Terima kasih, aku telah mendapatnya. Semoga engkau begitu juga. Semoga engkau sihat, selamat, dilindungi oleh Syurga dan MAPA, Ibu Bapa kita. Terima kasih kerana melawat. Terima kasih banyak-banyak. Setiap hari engkau datang, engkau menyentuh hatiku, buat aku rasa begitu seronok, gembira. Terima kasih atas itu. Semoga TUHAN berkati engkau, makin hari makin banyak. Semoga engkau capai matlamatmu untuk menjadi manusia semula dan semoga engkau bertemu dengan seorang Guru Bermakrifat kali ini, menaikkan engkau ke Syurga Tinggi. Ya, yang tak bernama? Aku kasihi engkau. Aku begitu kasihi engkau. Mungkin suatu hari nanti aku akan dapat lihat engkau. Dlm kegelapan, aku tak dapat pergi jauh. Engkau datang dari mana? Maksudku, berapa jauh dari sini? Memandangkan engkau tahu aku di sini, berapa jauh itu? Berapa jauh itu? Engkau tahu tak ukuran manusia? Seperti satu meter, sepuluh meter, seratus meter, seribu meter adalah satu kilometer. Berapa jauh engkau dari sini? Wau! Sembilan kilometer lebih? Wau, oh! Aku begitu tersentuh dengan engkau datang sejauh ini ke sini. Sekarang nampaknya engkau telah menetap di sesuatu tempat sekitar sini, setiap malam datang berjumpa dengan aku macam ini. Aku memang tersentuh dan berterima kasih kepada engkau dari lubuk hatiku. Aku bersyukur kepada TUHAN kerana melindungi engkau hingga kini.

Aku rasai begitu banyak kasih sayang kepada engkau, dan drpd engkau juga. Adakah engkau kasihi aku? Ya? Oh, wau! Ya, terima kasih. Terima kasih banyak-banyak. Aku memang rasainya. Mungkin suatu hari nanti aku boleh keluar untuk lihat engkau tetapi jika aku keluar dari khemah, aku perlu pasang lampu suluh untuk lihat ke mana aku pergi kerana tiada jalan di sekitar sini, tiada denai hutan pun, tetapi engkau datang dari arah-arah yang berlainan. Semalam di sebelah kiriku dan hari ini di sebelah kananku. Aku khuatir jika aku keluar dengan lampu suluh yang begitu terang, menyilaukan, mungkin itu menakutkan engkau. Tetapi aku memang rasai kasih sayangmu dan aku begitu kasihi engkau. Walaupun aku tidak nampak engkau, namun aku tahu engkau orang-musang, dan mungkin orang-musang yang cantik. Jadi aku panggil engkau Cik Musang kerana engkau adalah yang betina. Itu tidak rasmi. Engkau tak boleh bernama, kan? Hayat seterusnya engkau akan ada. Cepatlah beramal dengan baik supaya engkau boleh jadi manusia semula dan menuturkan bahasa kami. Aku memahami engkau. Aku tidak perlukan itu. Kita ada telepati tetapi untuk engkau mengekspresikan diri di dunia manusia, apabila engkau menjadi manusia semula, engkau mesti menuturkan bahasa manusia

Aku begitu kasihi engkau. Aku harap dapat memeluk engkau, membelai bulumu dan mencium dahimu. Begitu banyaklah aku rasai kasih sayang kepada engkau. Tetapi kita spesies yang berbeza sekarang dan banyak perkara memisahkan kita. Tetapi kasih sayang kita tidak terpisah. Okey, Cik Musang? Jika engkau ada masa, tak terlalu berisiko dan tak terlalu meletihkan, engkau boleh datang melawat dan beritahu aku sesuatu seperti itu lagi. Aku begitu gembira dengan engkau bercakap dengan aku macam itu supaya aku tahu engkau ada di sini dan aku boleh dengar kata-katamu dan bercakap dengan engkau. Malam semalam, engkau bercakap dengan panjang lebar, Aku meraba-raba hendak merakamkan engkau tetapi tak dapat, kemudian engkau dah berhenti. Tak mengapa, tak apa, tak apa. Aku suka dengar suaramu, suara yang begitu gembira di tepi khemahku. Aku rasanya sangat dekat. Engkau makhluk yang menawan. Engkau tahu tak? Jadi cepatlah. Aku akan menyokong engkau dengan apa-apa saja cara yang boleh sehingga mungkin bantu engkau menjadi manusia semula. Aku akan tanya MAPA tentang itu. Aku akan beritahu engkau lain kali engkau datang. Begitu kasihi engkau, Cik Musang Semoga TUHAN berkati engkau, kasihi engkau, kurniai rohmu dengan segala inti pati yang diperlukan supaya engkau boleh menjadi manusia, kemudian bersama TUHAN semula, boleh pulang ke Rumah, Rumah Agam TUHAN. Sentiasa ingatlah akan TUHAN. Kasih, kasih.

Itu wanita musang yang datang dengan suara yang sangat merdu dan suara gembira di… Wau! Hari ini hari apa? Hari ini hari apa? Saya perlu mendapat tahu. O ya! Saya tahu. Saya rasa hari ini… Saya akan lihat komputer, maka saya akan tahu. Hari ini hari apa? Oh! Komputer tak nak menjadi senang. Saya telah mendapatnya. Hari ini 16 September. O ya! Saya mesti ingat supaya beri ucapan utk Ketua Phil Lane. Bukanlah saya tak dapat menulis. Saya dapat, cuma kadangkala saya perlukan ilham untuk menulis perkara benar, membuat orang rasa benar dan mendapat manfaat daripadanya, bukan hanya menulis dgn berbunga-bunga

Syukur kepada TUHAN atas saya masih dapat bekerja. Oh! Saya masih bekerja keras sekali setiap hari, sekurang-kurangnya lebih 10 jam setiap hari. Sepuluh jam adalah sangat jarang. Biasanya banyak, mungkin 18 jam, kadangkala kurang, dari 10 hingga 18. Tetapi 10 ialah hari yg jarang, hari bertuah Kemudian selepas itu, saya buat perkara lain. Seperti yg saya dah kata, saya telah jumpai cara untuk mengurangkan sakit hati TUHAN dengan anak-anak-NYA yang jatuh ke dalam neraka. Bukan sahaja saya cuba pergi ke sana untuk menyelamatkan mereka, menaikkan mereka ke Syurga tetapi juga dengan cara lain, gunakan alat dari dunia ini untuk melakukannya, dapatkan lebih banyak orang menyertai kumpulan berpengetahuan untuk mengetahui TUHAN, maksud saya sekurangnya tahu bahawa TUHAN wujud. Mengenali TUHAN dengan inisiasi ke dalam Kaedah Meditasi Quan Yin adalah berbeza sepenuhnya. Itu bermakna seseorang mengenali TUHAN sepenuhnya. Tetapi mengetahui TUHAN, menyedari atau percaya bahawa TUHAN wujud, itu berbeza. Tapi dah tentu, mereka tetap boleh dibebaskan, bukan ke alam tinggi, dah tentu, tetapi tetap dibebaskan – sekurang-kurangnya tidak pergi ke neraka. Ini bergantung kepada kategori mereka: paling ikhlas, sangat ikhlas, keikhlasan biasa, atau mahu menjadi ikhlas.

Photo Caption: “Sapaan Lembut Penuh Kasih Sayang daripada SUARA Seperti Firdaus yang Dapat Didengari Tanpa Telinga Fizikal”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/11)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Kata-kata Hikmah
2026-10-31
597 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-31
3320 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-30
260 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-10-30
859 Tontonan
Keindahan Alam Semula Jadi
2026-10-30
280 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-29
7708 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun