Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mengapakah kita dinasihati supaya tutup tingkap dan pintu selepas Matahari terbenam? Adakah ‘pintu gerbang mutiara’ yang tersebut dalam Bible Suci benar?
Dari Australia, salah seorang ahli persatuan kami ingin berkongsi dengan anda pandangan dan visi dalaman yang dialaminya di jalan Quan Yin dengan Mahaguru Ching Hai Tersayang kita.VO: Saya ingin dedahkan suatu pengalaman meditasi yang agak dramatik. Itu semasa tempoh amaran Mahaguru Ching Hai kepada dunia, Jun hingga November 2025, supaya warga dunia menjadi mulia dan vegan.Master: Saya tanya TUHAN Yang Maha Berkuasa “Bagaimana aku boleh jelaskan kepada orang bahawa veganisme akan menyelamatkan planet ini?” Anda semua masih berharap, menunggu Penyelamat datang. […] Jangan tunggu Penyelamat datang tetapi anda menjadi penyelamat. Anda semua boleh menjadi penyelamat. Setiap daripada anda ada kuasa Penyelamat untuk selamatkan planet ini, menyelamatkan berbilion-bilion orang, belum kata lagi berbilion-bilion, bertrilion-trilion orang-haiwan juga.VO: Guru juga menekankan kepada saudara seguru supaya tutup tingkap pada waktu malam dan buka lampu jika boleh untuk menghalang entiti negatif terutama selepas tengah malam.Master: Saya juga nak ingatkan anda sekali lagi bahawa pada waktu malam, jika tidak benar-benar perlu, jangan keluar, terutama berseorangan dalam kegelapan kerana waktu malam ialah masa makhluk negatif seperti syaitan ghairah, hantu ghairah. Mereka malah dapat masuk melalui tingkap dan pintu anda yang terbuka. Maka pasang lampu di dalam jika perlu. Jika tidak, tutup pintu sebelum matahari hilang di ufuk. Bukanya pada waktu pagi, pada siang hari apabila dah cukup terang untuk anda lihat segalanya dengan jelas. Mereka dapat masuk melalui celah yang sangat kecil pun, apalagi tingkap dan pintu besar yang terbuka.VO: Bahagian tingkap saya tahu daripada pengalaman ketika saya berusia 18 tahun. Saya telah pelajari kaedah meditasi tetapi terlupa membaca doa perlindungan sebelumnya. Dalam pengalaman meditasi pada lewat malam itu, saya tertidur. Kemudian ‘mata ketiga’ saya ternampak entiti hantu hitam yang masuk melalui tingkap dan menyelubungi saya dengan ketakutan. Saya jeritkan nama Nabi Isa. Segalanya menjadi putih terang dan entiti itu hilang. Tapi selama bertahun-tahun, saya tertanya mengapa ia datang melalui tingkap jika ia tiada badan fizikal. Apabila Guru berikan amaran ini, saya tahu itu benar.Syukurlah, ahli persatuan kami dapat menjauhkan makhluk halus negatif itu dengan memanggil nama suci Nabi Isa (vegetarian). Pengalamannya mengesahkan kepentingan mengendahkan nasihat peringatan Mahaguru Ching Hai dan juga mengesahkan Kuasa perlindungan nama Anak TUHAN.Seterusnya, ahli persatuan kami mengingat kembali visi dalaman yang dialaminya ketika berkhemah di Pulau Stradbroke Utara di Teluk Moreton, Queensland, Australia. Dikenali sebagai pulau pasir yang kedua terbesar di dunia, Stradbroke tempat pelancongan popular untuk bersantai dan memulihkan tenaga. Namun begitu, pulau seperti syurga yang secara tradisi dikenali sbg Minjerribah ini mempunyai masa lalu yang rumit. Sebelum ketibaan peneroka Eropah pada sekitar awal tahun 1800-an, orang Bangsa Pertama Quandamooka telah mendiami pulau ini selama berpuluh-puluh ribu tahun. Orang yang lemah lembut ini hidup secara harmoni dengan tanah dan laut sehingga gaya hidup tenang mereka diganggu dengan ganas. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit yang dibawa masuk dan lebih byk orang lagi terpaksa berpindah. Walaupun pada 2011 Mahkamah Persekutuan Australia secara sah mengakui hak asasi orang Bangsa Pertama Quandamooka ke atas tanah dan kawasan perairan Minjerribah, banyak penyembuhan masih perlu dilakukan dalam hati orang Bangsa Pertama yang terluka ini.Di pulau yang indah inilah ahli persatuan kami merancangkan perkhemahan tetapi sesuatu yang tidak dijangkakan berlaku.VO: Pada malam itu, saya berkhemah pada tempoh ini, pertengahan tahun 2025 di hartanah Bangsa Pertama generasi keempat atau kelima yang dijelaskan kepada saya oleh pemilik tanah sekarang tentang keturunan keluarganya dalam bentuk gambar rajah salasilah keluarga ketika mendirikan khemah. Pada pukul 11 malam, saya mulakan Meditasi Doa Vegan Sedunia di dalam khemah. Saya masih ingat melihat jam tangan sekejap untuk rujukan masa dan itu kira-kira 10 minit sebelum tengah malam. Terus bermeditasi, saya tahu sudah sekitar tengah malam. Pada masa itu, dari pokok di sekitar, kira-kira lima orang lelaki hampiri saya. Seorang memakai jersi merah moden daripada liga ragbi. Dua orang lelaki yang lain juga memakai uniform liga ragbi tetapi daripada era lama. Kemudian satu atau dua orang lelaki lagi adalah daripada era yang jauh lebih lama, dengan seorang memakai lap-lap (pakaian tradisional) yang dibuat daripada kulit orang-haiwan.Liga ragbi ialah sejenis sukan yang orang Australia di Queensland biasanya rujuk sebagai bola sepak, suatu permainan yang popular dalam kalangan populasi Orang Asli turun-temurun. Pulau ini menjadi tuan rumah kepada Perlawanan Pengiktirafan Orang Asli tahunan dan tempat letak kelab komuniti Straddie Sharks. Mengapakah makhluk ini muncul kepada pekhemah secara tiba-tiba pada tengah malam?VO: Nampaknya mereka sangat susah hati dengan saya berada di hartanah mereka dan seorang menyambar saya. Saya terasa diri saya dihimpit secara fizikal dan tidak dapat bernafas. Sementara dia terus menghimpit saya, rakan anjing saya berada di dalam khemah sebelah dan dia benar-benar menjadi histeria, menyalak hingga tahap saya dapat dengar suaranya menjadi serak, tidak pernah saya dengar sebelumnya. Dengan segala kepercayaan, saya memanggil Mahaguru Ching Hai dan dengan serta-merta saya terbang bersama Guru ke suatu destinasi. Saya tidak dapat dengar suara rakan anjing saya lagi. Tiba-tiba kami bergerak di sepanjang pagar keemasan terang yang terbentang untuk jarak yang jauh. Pinggir atas pagar itu ada kuasa elektrik tak tertembus yang tidak dapat dicerobohi oleh mana-mana makhluk tak diundang. Semasa kami bergerak di sepanjang pagar, saya melihat dari bahagian atasnya dan berasa gembira ternampak taman yang paling menarik dengan warna yang sangat terang dan memancarkan tenaga gembira tulen. Rumput hijau terang dan bukit-bukau yang beralun berliku-liku merentas taman yang menakjubkan ini, memenuhi diri saya dengan kegembiraan besar.Apabila saya lihat ke depan pada Guru, Dia menyatakan Misi-Nya untuk membebaskan nenek moyang pemilik tanah ke Syurga dan bahawa mereka telah terperangkap selama banyak tahun, tidak tahu bagaimana melepaskan diri daripada situasi astral mereka. Saya begitu gembira menyertai Guru membawa nenek moyangnya ke alam Syurga yang ada ketenangan, kegembiraan dan kemegahan sepenuh ini. Membuka mata di dalam khemah saya, rakan anjing saya senyap dan tenang sepenuhnya. Saya asyik memikirkan pengalaman itu dalam fikiran, cuba menggambarkannya dengan perbendaharaan kata duniawi. Saya tahu bahawa nenek moyangnya tidak marah dengan saya berada di sana tetapi cuma terdesak dan kecewa, seperti begitu banyak roh hidup di planet ini sekarang yang rasa mereka tiada tempat untuk pergi. Saya berkata kepada diri sendiri bahawa pagar yang mengelilingi taman itu mempunyai keajaiban seperti mutiara. Saya mengulang ‘pagar mutiara’ kemudian ‘Pintu Mutiara’. Itu ‘Pintu Mutiara’ yang digambarkan dalam kisah Bible.Dalam Bible Suci, Wahyu 21:21, Santo John (vegetarian) menggambarkan visi-Nya tentang kota suci dalam kenyataan yang berikut.VO: “Dua belas pintu itu ialah dua belas mutiara: setiap pintu ialah satu mutiara. Jalan di kota itu dibuat daripada emas tulen, seperti kaca lut sinar. Tetapi saya tidak nampak rumah ibadat di dalamnya kerana TUHAN Yang Maha Berkuasa dan Anak Biri-biri ialah rumah ibadatnya. Kota itu tidak perlukan Matahari atau Bulan untuk memancar di dalamnya kerana kegemilangan TUHAN teranginya. Anak Biri-biri ialah cahayanya. Dan bangsa-bangsa yang diselamatkan akan berjalan dalam cahayanya, dan raja-raja di Bumi bawa kemuliaan dan kehormatan mereka ke dalamnya. Pintunya tidak akan ditutup sama sekali pada siang hari (tidak akan ada malam hari di sana).”VO: Air mata kegembiraan mengalir menuruni muka saya daripada pengalaman yang begitu berharga, bukan sahaja alami Pintu Mutiara dan Taman Syurga tetapi juga menjadi saksi nenek moyang yang mendapat pembebasan yang hanya dapat diberikan oleh Guru Sebenar. Terima kasih, Guru, atas pengalaman yang menakjubkan ini dan juga segala keajaiban yang saya alami setiap hari. Saya tahu saya menerima berkat tambahan kerana membuat kerja Supreme Master Television tetapi memang datangkan kepuasan juga kerana mendapat begitu banyak pengetahuan semasa mengkaji topik yang membantu saya dengan isu kesihatan dan buat fikiran saya kekal tertumpu pada aspirasi mulia dan perasaan serendipiti dalam perjalanan hidup saya dengan setiap saat menjadi semakin baik. Saya berdoa agar Guru capai Misi-Nya dengan Kepenuhan Mutlak sementara juga ceria dan sihat. Terima kasih, Guru! Terima kasih kepada Santo dan Triniti Suci Yang Maha Berkuasa!Apabila mengikut Guru Bermakrifat, Pintu Mutiara Syurga boleh dijangkau bukan sahaja bagi mereka yang telah menerima inisiasi tetapi juga bagi mereka yang berhubung dengan Kuasa Guru melalui mereka. Belas Kasihan TUHAN memang tidak terbatas! Banyak ahli persatuan kami juga telah menyaksikan Kuasa Berkat Guru menaikkan persekitaran dan rakan mereka. Guru telah menjelaskan fenomena ini dalam suatu persidangan dengan anggota pasukan Supreme Master Television kami.Master: Baru-baru ini kita baca bahawa beberapa anak murid Mongolia pergi ke gunung di mana Genghis Khan (Chinggis Khaan) dilahirkan. (Ya.) Semua pelindung di sana tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dah tentu, tetapi apabila mereka bermeditasi, apabila mereka pergi ke sana, mereka dapat lihat mereka keluar, menyambut mereka dan rasa gembira melihat mereka. (Wau!)VO: Selepas saya pulang ke Mongolia, dengan serta-merta saya pergi ke Gunung Burkhan Khaldun, tempat lahir Chinggis Khaan (Genghis Khan) di mana, menurut legenda, Beliau duduk bermeditasi selama berhari-hari sebelum meneruskan perjalanan jauh yang seterusnya. Selepas saya memanjat Gunung Burkhan Khaldun, saya menemui pelindung spiritual. Mereka ialah askar Mongolia silam yang memakai uniform yang megah. Mereka mengekspresikan bahawa mereka telah menunggu Khan Agung mereka selama beratus-ratus tahun. Kami saling memeluk dan dengan serta-merta saya rasai Kasih Sayang Guru Chinggis Khaan (Genghis Khan) dan mesej spiritual disampaikan melalui saya kepada mereka yang telah menunggu Khan Agung mereka selama beratus-ratus tahun dan sekarang menyedari bahawa Beliau telah kembali sebagai Guru kami.Master: Kerana mereka membawa Cahaya bersama mereka. Mereka membawa Berkat dan Kasih Sayang Guru bersama mereka. Tapi mereka perlu menjadi alat yang baik baru dapat berbuat demikian. (Ya, Guru.) Lagi suci, lagi banyak kamu mempercayai Guru lagi banyak kamu bersatu dengan Kuasa Guru. Kuasa Guru ialah Kuasa Alam Semesta, sedia untuk digunakan oleh sesiapa saja. Kamu bersatu dengan Guru, maka kamu akan bersatu dengan Alam Semesta, dgn segala kuasa kamu boleh gunakan pada bila-bila saja. Adakah kamu faham atau tidak? (Ya, Guru.) (Faham, Guru.) (Faham.) Jadi kamu ialah satu-satunya orang yang boleh menghalang dirimu daripada mengagihkan segala kuasa yang besar ini untuk bantu diri sendiri dan orang lain. Jika kamu percaya kepada Guru dan beramal dengan baik, kamu akan bersatu dengan Guru. Kemudian apa-apa yang dapat Guru buat, kamu dapat juga, sampai tahap tertentu.Sebab itulah Nabi Isa bersabda, “Apa-apa yg saya buat, kamu boleh buat atau boleh buat dengan lagi baik.” Masih ingat itu? (Ya, Guru.) Bukan lagi baik tetapi mungkin kerana ada lebih banyak orang dan mereka pergi ke sudut-sudut yang berlainan, boleh buat lebih banyak perkara daripada Nabi Isa di satu tempat. (Ya.) Tetapi Nabi Isa rendah diri juga. Baginda beri galakan kpd anak murid-Nya Tetapi boleh macam itu juga kerana kamu boleh jangkau lebih banyak orang. Kamu boleh ada lebih banyak orang yang ada afiniti dengan kamu dan bantu mereka dengan Kuasa Guru kerana kamu telah bersatu dengan Guru. (Ya, Guru.) Jika kamu cukup rendah diri untuk menjadi wadah suci, maka Kuasa Guru boleh mengalir kepada kamu, kemudian kamu boleh bantu sesiapa saja yang ada afiniti dengan kamu atau yang Guru perlukan kamu bantu mereka kerana kamu ada di sana. Faham? (Ya.) Di dunia fizikal ini, kita perlukan alat fizikal. Kuasa Guru juga memerlukan anak murid untuk memberkati dunia, buat kerja untuk membantu dunia, sama seperti saya perlukan kamu bekerja untuk Supreme Master Television.Betapa luar biasanya bagi ahli persatuan kami semasa hidup berpeluang untuk menjadi wadah Kuasa Guru! Semoga semua orang beraspirasi untuk menjadi lebih suci, lebih tidak mementingkan diri dan lebih bertumpu di dalam pada TUHAN untuk bawa lebih banyak Berkat Syurga kepada dunia.Untuk maklumat lanjut tentang Meditasi Quan Yin, sila kunjungi SupremeMasterTV.com /Meditation










