Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Santo Peringkat Ketiga dan ke Atas, Bahagian 2 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Contohnya, jika kamu sudah berada di tahap tertinggi Peringkat Kedua tetapi pergi menginisiasi orang dan rasa kamulah yang melakukannya kerana orang memuji kamu, sayangi kamu atau buat sesuatu, sembah kamu, beri tawaran kpd kamu, kemudian kamu terlalu banyak nikmati kemewahan tawaran orang, maka kamu tersesat! Kamu bukan sahaja tersesat dalam itu, kamu tak dapat menaik ke atas. Kamu turun dari 5 hingga 10 darjah, malah sebanyak 20 darjah ke bawah. Kamu menjadi 50 darjah atau 40 darjah, iaitu Peringkat Astral. Atau kamu marah dengan orang, kamu rasa kamu di tahap tertinggi dan mereka lebih rendah. Kamu tidak lihat. Kamu tidak hormati mereka. Orang yang lebih rendah pun, jika kamu tidak hormati mereka, kamu akan mendapat susah.

Sekarang saya beritahu kamu, meskipun di Peringkat Ketiga, jika kamu tidak hormati orang dan terlalu banyak menikmati hidup, kamu akan mendapat susah juga. Kesusahannya ialah karma yang kamu wujudkan perlu dihapuskan dengan serta-merta. Tetapi apa yang baik ialah Raja Karma hanya boleh menghukum kamu. Dia tak boleh mengikat kamu di dunia ini lagi. Dia tak boleh tarik peringkat kamu ke bawah lagi seperti sediakala. Mungkin kamu berhenti di sana sikit tapi kamu akan sentiasa menaik ke atas, lambat atau cepat, atau berhenti seketika tetapi sentiasa menaik ke atas. Kamu takkan turun ke bawah dari Peringkat Ketiga lagi. Itu apa yang baiknya.

Tetapi kamu akan mendapat hukuman jika kamu buat perkara secara keterlaluan jika kamu terlebih berbelanja di dunia ini kerana segala-galanya di dunia ini adalah milik Raja Karma. Kamu tak boleh kata kamu ialah santo, datang ke sini dan nikmati benda secara percuma, kemudian naik ke atas saja. Tidak, sebab itulah kamu tetap perlu berkhidmat supaya sama dengan benda yang kamu belanjakan.

Meskipun Raja Karma tak nak menghukum kamu, kamu akan perlu melalui neraka, api neraka dalam hidup untuk bakar semua sampah ini. Kerana jika kamu ingin berada di Peringkat Ketiga atau ke atas, kamu perlu menjadi kurang material. Lagi materialnya dalam diri kamu, atau lagi tercemarnya jiwa dan minda kamu dan segalanya, lagi berat. Benda berat sentiasa tenggelam ke bawah. Jadi bukanlah... Meskipun Raja Karma tidak mengira apa-apa yg kamu makan, belanjakan, buat apa-apa pun di sini, kamu tercemar dengan benda material. Sebab itulah – hidup sederhana. Hidup sederhana dan kerendahan diri toleran. Jangan belajar, seperti saya menegur orang dan kamu buat begitu juga. Jangan, jangan. Saya buat begitu demi kebaikan mereka. Saya tak suka buat begitu dan tak nak. Itu bukan sifat saya.

Jadi jangan berfikir kamu seorang santo, kemudian boleh buat apa-apa saja yang kamu mahu. Kesederhanaan dalam setiap jenis. Ingat, setiap kali kamu beri perhatian kepada orang lain, sama ada kemarahan, perdambaan atau cinta kasih, apa-apa pun, itu kesusahan, menyusahkan kamu. Kamu hilangkan, tangguhkan atau hentikan kemajuan kamu. Segalanya yang kamu berikan kepada orang lain, kamu kehilangannya. Segalanya soal kamu. Segalanya soal kamu, bukan soal orang lain.

Jadi mulai hari ini, ingatlah itu. Segala-galanya, setiap kali kamu beri perhatian kepada sesiapa pun, sama ada kemarahan atau sesuatu yang tidak munasabah atau perdambaan, kamu kehilangan – kamu kehilangan masa yang diperuntukkan kepada kamu untuk menaik ke atas. Dah tentu, kamu akan menaik ke atas tetapi kehilangan tempoh… Kamu seharusnya dah menaik ke atas sini tetapi kamu tidak. Kamu berada di sana. Kemudian kamu perlu mulakan dari sana semula.

Jadi segalanya adalah milikmu. Segalanya yang diharga adalah milikmu. Jadi jagalah khazanahmu dgn hati-hati. Ia mudah hilang. Ia baharu.

Meskipun kamu pergi ke Peringkat Kelima, kamu tetap perlu berhati-hati. Tapi dah tentu, kamu dapat bersihkan dgn lebih senang. Jika kamu seorang Guru, kamu bertanggungjawab untuk bersihkan anak murid. Jika mereka buruk, jika mereka kotor di sesuatu tempat, kamu perlu lakukannya dengan banyak cara yang berlainan. Tetapi jika kamu bukan seorang Guru, berhati-hati agar kamu tidak lakukannya. Okey? Kerana kamu akan menderita tanpa mendapat apa-apa dan kehilangan pahalamu. Siapa mahukan itu? Adakah kamu sejuk? Duduklah di sini. (Tidak.) Tidak? Lantai tidak sejuk ke? (Tidak, tidak...) (Tidak.) Tidak? Okey. Kamu seharusnya bawa bantalmu.

Baiklah, ini rahsia saya. Kerana saya tak sentiasa ingat akan perkara yang saya tahu, hanya apabila saya nak kongsinya dengan kamu. Jika saya tidak tulisnya, saya lupa juga. Kerana saya ada banyak perkara lain yang datang. Maklumat tak sentiasanya datang pada bila-bila saya mahu. Ia datang apabila saya perlukannya, dah tentu, tetapi bukanlah apabila saya nak berikannya kpd kamu, ia kembali semula. Kerana saya ada perkara lain yg datang. Ini seperti komputer. Kita tidak terlebih membebaninya. Jadi saya tulisnya kali ini. Jadi pastikan kamu baik-baik saja. Ada sesetengah perkara yang saya tulis, sesetengahnya tidak, bergantunglah.

Macam mana pun, sekarang kamu faham semua itu? Merendah diri, manis, baik, lemah lembut. Itu lebih baik untuk kamu. Jangan lihat apa yang saya buat. Hanya buat apa yang harus kamu buat. Buat apa yang saya suruh kamu buat, bukan apa yang saya buat. Saya ada kerja yang berlainan. Contohnya, di dalam bilik darjah, guru menegur semua orang di dalam kelas tetapi barangkali dia memilih beberapa orang pelajar yang baik untuk cuba mengajar sikit. Sesetengah hari, dia menugaskan, “Okey, hari ini kamu ajarkan topik ini, topik itu.” Tetapi ini tak bermakna pelajar itu berhak atau boleh memarahi seluruh kelas. Hanya guru boleh buat begitu kerana dia tahu apa yang dilakukannya. Pelajar hanya menyampaikan satu atau dua pelajaran beberapa hari saja. Dia langsung tiada status guru untuk melakukannya. Meskipun kamu boleh ajarkan Kaedah Quan Yin, kamu bukan guru. Kamu bukan Orang Terpilih. Apabila Orang Terpilih datang, saya akan biar kamu tahu. Okey? Saya akan buat begitu. Akan ada banyak berita menguja yang akan datang tetapi saya takkan beritahu kamu. Dan belum tiba masanya untuk kamu tahu. Kamu akan tahu kemudiannya, mungkin. Ada masanya untuk mengetahui sesuatu. Kerana jika kamu makan terlalu banyak, kamu tak dapat cernakannya.

Apa lagi yang saya nak beritahu kamu? Saya rasa itu saja. Seronok berjumpa dengan kamu. Gembira dengan kamu menaik ke atas dan orang lain akan menaik ke atas lebih banyak sikit lagi. Banyak daripada kamu telah hampir sampai ke sana, sudah hampir sampai ke sana tetapi jatuh, boop. Oh, saya lihat dan berkata, “Oh, tidak! Oh, tidak!” Banyak daripada kamu, banyak drpd mereka telah berada di sana. Sudah 60 (darjah) di sana, sudah berada di sempadan Peringkat Ketiga tetapi naik marah, marahi orang, berpindah keluar, marah dengan saya, mengkritik saya, mengkritik orang, malas, tidak buat kerja yang ditugaskan.

Kerja tidak memudaratkan kamu. Ia hanya membantu kamu. Kamu harus berasa kesal dengan kamu tiada kerja yg mencukupi untuk dibuat bagi hapuskan karmamu. Bukanlah saya perlukan kamu bekerja. Tetapi kamu makan, minum, bernafas di dunia ini. Kamu perlu membalasnya. Jika tidak, kamu akan kehilangan pahala dalam bank spiritual. Pahala bank spiritual begitu sukar untuk diperoleh. Setiap kerja, wang, segalanya dapat kamu peroleh, tetapi spiritual – sangat sukar. Ya Tuhan, bukanlah hanya duduk sepanjang hari, kemudian kamu menjadi santo. Bukan, bukan. Itu tanggapan yang salah. Udara yang kamu sedut pun, adakah percuma? Tidak. Air yang kamu minum adalah percuma? Tidak. Bumi yang kamu pijak, percuma? Tidak. Semasa kamu tak makan apa-apa pun, tak minum apa-apa pun, asalkan kamu bernafas, kamu perlu melangsaikannya dengan sesuatu bentuk. Jadi banyak daripada kamu gagal.

Salah satu daripada kamu, saya lihat dia ada begitu banyak karma dan beban. Saya bawa dia ke sini. Dia dah hampir sampai ke sana. Kemudian tak tahulah, dia marah dengan saya lalu tinggalkan sini. Sekarang dia kehilangan lima (darjah). Dia bukan sahaja tidak menaik ke atas malah kehilangan lima darjah. Jika saya tidak campur tangan, dia akan kehilangan lebih banyak. Jika saya tidak cuba bersungguh-sungguh untuk berdamai dengan dia sebelum dia tinggalkan sini, dia akan kehilangan lebih banyak daripada itu. Begitu sukar, begitu sukar untuk bantu kamu. Bukanlah saya tidak mahu. Dah tentu, saya telah beritahu kamu ini banyak kali tetapi kamu tak faham. Ini tidak baharu, kan? Bukan apa-apa yang baharu, kan? Adakah saya beritahu kamu ini sebelumnya? (Ada.) Ada. Tetapi kamu dengar di sini, ia keluar di sana. Kamu tak memahami apa-apa pun. Kemudian apabila tiba masanya untuk ujian, kamu berfikir, “Oh, teruknya Guru! Oh, teruknya santo itu! Apa jenis santo dia ini? Dia pasti di Peringkat Pertama, bukan Peringkat Ketiga. Teruknya dia.”

Kamu berdua akan gagal. Sentiasa ada ujian kerana kamu semua berbeza-beza. Kamu semua berbeza-beza. Kamu mengambil ujian peribadi dan kamu semua ada karma yang berbeza-beza. Bukan sahaja karma yang kamu dah ada tetapi kamu juga wujudkan karma baharu setiap hari dengan rakan sekerja, dengan penetap seashram, dengan anak murid lain atau malah dengan orang luar. Kamu keluar, naik marah dengan orang lain. Kamu pulang ke rumah, kehilangan darjah. Sebab itu banyak daripada kamu merosot kembali dan tidak menaik ke atas. Pada asalnya kamu boleh. Sesetengah daripada kamu kehilangan banyak darjah, di sini dan penetap di Miaoli.

Orang yang tinggal bersama Tong, orang Âu Lạc (Vietnam) itu sepatutnya menaik ke atas tetapi oleh sebab berpindah keluar... Dia marah dengan orang lain. Dia seharusnya bersabar dan menahan penghinaan. Kemudian dia akan menaik ke atas bersama kamu. Kamu kekal berada di sini, tak kata apa-apa pun. Kamu baik-baik saja. Dia berkemas dan tinggalkan sini kerana marah dengan penetap yang lebih rendah. Maka mereka berdua kehilangan darjah. Seseorang boleh berundur, macam menjadi ‘mangsa’, tetapi kehilangan darjah juga kerana tidak berterima kasih atas orang lain, tidak berterima kasih atas Guru gunakan seseorang untuk marahi kamu atau menyusahkan kamu. Ini ujian untuk kamu menaik ke atas kerana saya tiada di sana. Jadi siapa lagi yg boleh menguji kamu?

Sesiapa saja yang dekat akan digunakan oleh Guru untuk menguji kamu. Tetapi oleh sebab dia melakukannya dengan ego, seorang lagi berfikir, “Orang itu marahi saya, mana boleh?” Kemudian berpindah keluar, kemudian kedua-duanya kehilangan darjah. Sesetengahnya kehilangan lebih banyak, sesetengahnya kurang tapi tetap kehilangannya. Ini sangat buruk

Jadi macam itulah. Kali ini ialah ujian besar. Oleh sebab banyak orang dah menaik ke atas, ke sempadan Peringkat Ketiga, jadi ini ujian besar. Oh, ujian besar! Oh! Banyak orang tinggalkan sini. Banyak daripada kamu gagal. Jantung saya sentiasa berdegup-degup. Ya, saya berdegup-degup sepanjang masa Jadi hanya beberapa orang yg tertinggal. Jadi lain kali kamu semua berhati-hatilah. Kamu semua. Orang yang tidak lulus ujian, berhati-hatilah. Tiada apa-apa adalah benar. Seluruh dunia pun tidak benar, apalagi perbuatan memarahi, ‘memukul’, mengapa, sebarang... tiada apa-apa adalah benar. Segalanya ialah mimpi di sini. Adalah sukar untuk menyedarinya. Hanya apabila kamu menaik tinggi baru kamu nampak, “Apa…? Apa yang telah saya buat? Saya anggap musuh sebagai kawan. Saya anggap kawan sebagai musuh. Saya anggap yang baik sebagai yg buruk. Saya anggap yang buruk sebagai yg baik. Saya anggap mimpi sebagai realiti, dan anggap realiti sebagai mimpi.”

Tapi dah tentu, macam itulah… Macam itulah di dunia ini. Dari Alam Kedua ke Astral, ke dunia fizikal, semua orang begitu seronok menikmati dunia ini. Tiada sesiapa yang berfikir nak menaik ke mana-mana. Tiada sesiapa yg dibenarkan utk ketahui apa-apa di alam yang lebih tinggi kerana jika mereka tahu, semua orang akan berhijrah, seperti pelarian. Semua orang lari. Tiada sesiapa yang peduli pun. Mereka akan buang semua roti, jus dan buah-buahan, segala-galanya, buangnya, kemudian lari saja. Sebab itulah kamu tak dibenarkan untuk tahu.

Juga, bukan kerana kamu tak dibenarkan untuk tahu, cuma orang di dunia ini terlalu banyak dikaburi oleh benda fizikal. Mereka tidak jelas. Mereka tak dapat menjadi jelas. Macam itulah. Walaupun mereka mahu, mereka tak tahu. Mereka tak dapat berdoa dengan khusyuk pun kecuali untuk benda material, “Tolonglah aku supaya aku sihat.” “Tolonglah aku menangi loto.” “Tolonglah anak perempuanku mendapat seorang suami yang baik.” Blah-blah... Mereka hampir tak dapat berdoa kepada Tuhan untuk Tuhan. Mereka tidak mendoakan Berkat agar menjadi lebih tinggi. Mereka doakan untung material. Sebab itulah sukar untuk mengajar mereka. Sebab itulah satu orang Guru dah cukup. Tiada sesiapa yang dengar. Buat apa ada lebih banyak lagi?

Satu pun, mereka bunuh Dia, menyalib Dia, melontar batu pada Dia, menggoreng Dia hidup-hidup atau membakar Dia, apa-apa saja. Di dunia fizikal ini, kita tak boleh bercakap. Kebanyakan orang adalah pekak, bisu dan buta. Mereka hanya memikirkan untung dan benda material. Meskipun mereka berdoa kepada Tuhan, mereka hanya doakan faedah material kebanyakan masanya. Oleh itu, jika kamu dapat menjauhinya, itu dah bagus. Itu sangat bagus. Itu bagus.

Sangat sukar, meskipun kamu datang dari Alam Ketiga. Banyak orang yang amalkan kaedah-kaedah yang berlainan dapat datang ke Peringkat Ketiga, kemudian tetap tak dapat menaik lebih tinggi, kemudian perlu turun ke sini semula. Hanya Kaedah Quan Yin dapat bawa kamu ke atas.

Photo Caption: Bersyukur kepada Tuhan atas Segalanya yang Dikurniakan-Nya

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/5)
1
2024-12-31
2662 Tontonan
2
2025-01-01
2322 Tontonan
3
2025-01-02
1622 Tontonan
4
2025-01-03
909 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android