Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Santo Peringkat Ketiga dan ke Atas, Bahagian 4 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Setiap kali kamu naik marah, cubalah tarik nafas dalam-dalam, tiga, empat hingga tujuh kali baru bercakap, atau berkata, “Tunggu sekejap.” Masuk ke dalam bilik air, cuci. “Ya, ya, ya, tunggulah sekejap, saya perlu pergi.” Kemudian masuk ke dalam bilik air, mencuci diri, percikkan air sejuk, lafazkan Lima Nama Suci, berdoa kepada Guru, keluar dan bercakap semula.

(Tetapi bukan bagi kami kerana sesetengah orang hancurkan kerja Guru. Dalam keadaan itu, kami marah disebabkan situasi itu.) Hancurkan? (Contohnya, kami mahu kerja dibuat dengan cara ini, cara yang baik, (Ya.) tetapi mereka buatnya dengan cara yang mereka suka.) Saya tahu. (Misalnya. Kemudian apabila kami dapatinya, dah terlambat.) Oh! Saya tahu. (Kemudian…) Dah terlalu teruk. (Terlalu teruk.) Jika dah terlambat, lupakannya saja. Apa yang nak dibuat? Dah terlambat. (Tetapi contohnya, saya berada di tengah-tengahnya.) Masih boleh ubahnya? (Masih boleh ubahnya.) Maka cakap dengan mereka secara munasabah, berkata, “Jadi tolonglah, dah pun macam ini, tidak baik.” Jelaskan kepada mereka mengapa ia tidak baik dan jelaskan kepada mereka mengapa caramu adalah baik. Buatnya logik, sebanyak yang boleh, kerana bukanlah kamu keluar, kemudian semua orang berkata, “Oh, Tong datang ini, wau! Ya, ya, biar kita dengar kata-katanya.” Dah tentu tidak.

Ada maya di mana-mana saja. Mereka di sebelah tumit saya. Mereka di atas bahu kamu. Mereka ada di mana-mana saja. Mereka di sana, menunggu secara khas. Sebelum kamu dilahirkan, mereka sudah duduk di sana, menunggu kamu datang. Jadi bersedialah untuk yg paling buruk. Ingatlah, akan sentiasa ada halangan. Ini bukanlah pemikiran negatif tetapi pemikiran logik. Dunia ini dunia negatif. Apa yang kamu harapkan? Mereka semua bekerja untuk syaitan. Mereka bekerja untuk maya. Mereka tidak bekerja untuk saya. Mereka bekerja menentang saya kerana mereka jahil. Sebab itulah saya perlu datang ke sini. Sebab itulah kamu perlu keluar untuk melawannya sebanyak yang boleh. Kadangkala kamu menang, kadangkala kamu kalah, tak mengapa. Tak mengapa. Kadangkala kerja Guru lancar dan berjaya, kadangkala orang menghalang dan hancurkannya. Kita tak sentiasa berjaya. Saya akan duduk-duduk saja jika saya sentiasa berjaya.

Sesetengah daripada mereka (orang luar) malah di bawah Peringkat Astral. Anak murid kita pun, sesetengah daripada mereka di Peringkat Astral. Sesetengah daripada mereka malah di bawah standard manusia, percayalah, di atas neraka sikit saja. Bukanlah saya tak dapat selamatkan mereka tetapi kerja yang begitu susah. Tahap kesedaran sesetengah anak murid lebih rendah daripada orang-anjing dan -burung saya, lebih rendah daripada yg paling rendah, orang-burung atau -anjing saya yang paling rendah, atau malah orang-anjing, -kucing atau -burung luar. Mereka di peringkat neraka, di atasnya sikit, peringkat orang-singa dan -harimau, binatang ganas. Mereka baru datang dari sana. Mereka baru lahir semula daripada orang-singa, -ular jahat atau -harimau. Apa yang kamu mahu mereka buat? Entah bagaimana, mereka mendapat pahala, menjadi manusia. Mereka berevolusi dengan cepat sekali menjadi manusia tetapi mereka masih di sana. Kemudian mereka ada hubungan dengan masa lampau dengan sesetengah anak murid, jadi mereka masuk. Sebab itulah kita kata lima generasi menaik ke atas. Dari neraka pun, kita bawa mereka ke atas kerana mereka ada hubungan. Faham? Lima, tujuh, sembilan. Lima hanyalah suatu angka.

Jadi saya sendiri pun perlu bekerja bersama anak murid yang hampir dari neraka. Boleh kamu bayangkan bagaimana kamu tidak? Mereka ada di mana-mana saja. Mereka buat sedikit kerja, hancurkan separuh daripadanya pun, dan bantu separuh daripadanya, mereka tetap boleh naik ke atas kemudiannya. Kamu tak dapat ada semua orang di peringkat yang sama dengan kamu. Tidak. Malangnya. Jadi cubalah sedaya upaya, berhujah dengan dia, bermanis jika dia perlukan sikap manis, bertegas jika dia perlukan sikap tegas. Bukanlah jika kamu marahi seseorang, kamu buruk atau apa-apa. Tidak, seseorang perlukan itu. Kamu perlu rasainya, berdoa kepada Guru, “Apa yang saya nak buat dengan orang ini?” Dapatkan jawapan dan lakukannya. Jika dia perlukan sikap manis. Sesetengah orang perlukan sikap manis. Sesetengah orang perlukan sedikit teguran keras dan mereka sedar atau mereka... biarkan kamu. Jadi kamu lihat situasi yang mana.

Semasa kamu keluar, cubalah jalani kehidupan sederhana, jangan tidur di atas katil orang. Saya dah beritahu kamu. Saya beritahu kamu sekali lagi. (Ya.) Makan sekadar cukup untuk hidup. Itu saja. Meskipun mereka tawarkan banyak makanan, makan sebanyak yg kamu perlukan saja, dan beberapa jenis makanan saja, tidak terlalu banyak. Sekali-sekala tak apa tetapi bukanlah setiap hari kamu makan seratus jenis makanan seperti raja. Tidak baik. Terlalu banyak karma yang mengelirukan di dalamnya. Terlalu banyak tahap kesedaran yang mengelirukan di dalam badanmu. Itu tidak baik untuk pemerolehan spiritual kamu, tidak baik untuk kesihatan kamu juga.

Ahli sains pun akan beritahu kamu itu. Kita makan terlalu banyak makanan bercampur, badan tak dapat menyelaras. Mereka kata makan item ringkas lebih baik untuk kamu. Saya bukan menyekat itu tetapi apa-apa yg kamu buat, kamu langsaikan. Ingatlah bahawa meskipun kamu santo Peringkat Ketiga, kamu langsaikannya. Kamu langsaikan dengan cara-cara yang berlainan. Sekurangnya kamu tidak turun ke bawah. Itu saja. Itu dah bagus. Raja Karma – “Selamat tinggal.” Dia mendongak ke atas dan banyak terliur, “Aku kehilangannya.” Itu saja yang boleh dibuat-Nya.

Ada soalan lain? Jangan takut. (Guru, di Taiwan (Formosa), saya diberitahu bhw banyak orang tanya sama ada buku Guru boleh diedarkan atau dibeli oleh orang luar. Jadi kami sedang cari pengedar yang baik.) Ya, ya, ya. (Kami jumpai satunya baru-baru ini.) Okey. (Kami merancang untuk membuat buku Guru boleh dibeli (Okey, okey.) oleh orang luar. Boleh tak itu?) Boleh. (Kami memikirkan ini.) Ya, kerana hanya orang yang ada afiniti akan belinya, (Okey.) jadi jangan risau. Jika mereka tidak belinya, tak apa. Ia berada di sana, tidak buat apa-apa pun. (Okey.) Tidak memudaratkan. Meskipun ia berada di sana tetapi orang tiada afiniti, mereka tak beli juga, jadi jangan risau. Ya, apa lagi? (Ada dikatakan bahawa kedai buku yang terbesar di Taiwan (Formosa) ingin menjual buku Guru.) Okey, baiklah. (Itu bagus.) Mereka sendiri mintanya, datang minta? (Pengedar datang minta.) Oh, maka boleh! Boleh. (Okey. Terima kasih, Guru.)

Ya, kamu sentiasa kelihatan muda. Hanya saya kelihatan tua, sudah beruban. Saya tahu kamu cuba sedaya upaya. Cuma kadangkala karmamu mengaburkan penglihatanmu, mengaburkan penilaianmu dan kamu tak tahu apa yang nak dibuat. Bukanlah kamu tidak cuba. Jadi lain kali cuba ingat lagi dan lagi, sentiasa ada kerendahan diri dan doa. Itu saja yang akan selamatkan kamu. Kerendahan diri, doa dan kerja. Dah tentu, meditasi. Ya. (Saya tahu langkah terakhir bagi cara membantu adalah berdoa kepada Guru.) Ya, sekurang-kurangnya kamu ada kerendahan diri itu. Ya, maka baguslah. Bagus. Itu ubat yang paling baik. (Harus melepaskan kemegahan diri dan (Ya.) merendah diri untuk berdoa kepada Guru, (Bagus.) “Oh, saya tak tahan lagi dan perlukan bantuan Guru!”) Oh! Okey, ya. Doa tidak memudaratkan kamu.

Jadi berapa banyak daripada kamu telah capai 70 peratus, tahap tinggi? Okey, berdirilah, biar kami lihat kamu. Tak mengapa. Jika kamu tak kisah, berdirilah saja. Cepat. (Oh! Kami?) Ya! Ini empat orang juara! Bagus, bagus. Tempat pertama. (Segalanya Guru berikan. Terima kasih.) Okey. Ya, bagus, bagus. Baguslah. Saya tahu kamu tidak megah diri, jadi tak apa. Jika kamu megah diri, kamu takkan sampai ke sana. Okey? Sangat bagus. Dalam masa yang singkat, kamu lompat tinggi sekali. Ya, lompat begitu tinggi. Dua bulan yang lalu, kamu hanya di tahap tinggi Peringkat Kedua, dua bulan atau satu bulan setengah yang lalu.

Saya tinjau kamu setiap bulan. Tahulah, semasa saya bersuluk di sini, bilakah itu? Hujung bulan Disember, kan? Sekarang hujung bulan Februari. Dua bulan. Tetapi sewaktu saya umumkannya, itu, katakan, hampir dua bulan. Kamu lompat tinggi sekali. Hebatnya itu. Sesetengah daripada kamu lompat tinggi sekali juga. Banyak orang. Bagus, sangat bagus.

Apa yang telah kamu buat? Beritahulah semua orang, mungkin pengalaman kamu akan membantu. (Guru yang lakukannya. Guru lakukan semuanya.) (Dalam dua bulan ini, dua bulan ini.) Apa yang telah kamu buat dalam dua bulan ini? Kamu lompat dengan cepat sekali. (Lompat dengan cepat sekali.) (Ini disebabkan oleh Guru.) (Paling senang jika kami berdoa kepada Guru.) (Saya berkata bahawa ini paling senang bagi saya. Semuanya dilakukan oleh Guru. Saya sering berdoa dan Guru akan lakukannya.) (Kerap berdoa.) Kerap melakukan apa? (Berdoa.) Oh! Dia kata bagi dia, sangat mudah. Segalanya yang dibuatnya, dia berfikir Guru yang lakukan, dan dia berdoa sepanjang hari, berdoa sepanjang masa. Dia kata, “Guru, lakukanlah.” Itu rahsianya. Dia kata, bagi dia, sangat mudah, “Guru buat segala-galanya.” Ya, itu saja. Dan berdoa.

Bagaimana dengan kamu? Kamu 70 juga, kan? Ya, tahap tinggi. Apakah rahsiamu? (Rahsia saya adalah saya baca… Saya membuat rekod (Ya, ya.) setiap hari.) Setiap hari, apa yang kamu… Rekod apa? (Lima tahun ini, saya rekodkan setiap makrifat dalam…) Diari, kamu membuat diari, ya. (Saya memeriksa, dan kerana Guru berkata bahawa selepas suluk, banyak orang meningkat maju dengan cepat sekali.) Ya. (Jadi saya memeriksa rekod saya. Dua bulan ini, memang, saya mendapat banyak makrifat yang sangat baik.) Ya. (Jadi membuat rekod adalah sangat baik.) Ya, membuat rekod adalah baik juga. (Ia ingatkan saya sepanjang masa (Ya.) tentang apa yang saya dapat semasa makrifat (Ya.) kerana…) Beri galakan kepada diri sendiri. (Ya, ya. Kerana mendapat makrifat kadangkala taklah begitu susah tetapi mengekalkan makrifat adalah susah sikit.) Ya. Jadi jika kamu lihat berapa banyak yang kamu dapat, kamu mahu mendapat lebih banyak lagi. (Ya.) Ah, idea yang baik!

Tong. (Oleh sebab saya membuat kerja Guru, membalas surat sepanjang masa, semasa melakukannya, saya sentiasa berfikir, “Jika Guru mahu saya melakukan ini dan itu, maka Guru perlu berikan kuasa dan kebijaksanaan kepada saya, dan hati penyayang. Jika tidak, saya tak dapat terus melakukannya. Saya nak buat sebaik yang boleh.”) Okey. Kamu berdoa macam itu. (Saya tiada masa untuk membuat rekod.) Sangat sibuk. (Dan saya tidak begitu banyak bermeditasi.) (Namun begitu...) Okey. (Saya sentiasa berdoa kepada Guru.) Okey. Dia kata rahsianya tak banyak juga kerana dia tiada banyak masa. Dia perlu buat banyak kerja Guru. Jadi setiap kali membuat apa-apa, dia kata, “Tolonglah, berikan kuasa, kasih sayang yang secukupnya kpd saya utk buatnya. Jika tidak, saya tak dapat lakukannya lagi. Saya tak cukup kuasa. Saya tak cukup sabar untuk melakukannya.” Jadi setiap kali dia asyik berdoa. Oleh sebab dia bekerja, dia perlu berdoa. Jadi itu bagaimana ia berhasil. Juga, dia tak benar-benar bermeditasi dengan rajin sekali, tambahan atau apa-apa, hanya kerana dia perlu buat banyak kerja saya dan berdoa setiap kali. Jika tidak, dia tak dapat lakukannya. Macam itulah.

Ya, siapa lagi? Bagaimana dengan kamu? (Saya juga. Saya memikirkan Guru dan ajaran Guru, kemudian berdoa kepada Guru dengan ikhlas.) Dia juga berdoa kepada Guru dengan ikhlas sepanjang masa, itu saja, untuk membuat kerja yang dibuatnya, dan berdoa kepada Guru supaya bantu. (Kebanyakan daripada kami ada banyak kerja, jadi… Kebanyakan daripada penetap ashram ada banyak kerja.) Oh! (Ya.) Banyak kerja Guru. (Ya, ya.)

Dia kata kebanyakan orang dalam kumpulan ini ialah orang yang bekerja keras, biasanya untuk kerja Guru atau kerja awam untuk kita. Ini, kebanyakan orang ialah kumpulan yang bekerja keras. Ya.

(Betul tu. Saya juga, ya, kerana… (Ya.) Kerana setiap kali mereka kata mereka perlukan orang untuk pergi ke sana selepas dan semasa pameran buku, atau seseorang perlukan bantuan, “Kamu pergilah cakap dengan mereka.”) Ini dan itu. (Saya pergi, “Tiada sesiapa yang nak pergi, jadi saya saja.” Semasa kami membuat kerja awam ini, kami amat memerlukan Kuasa Berkat Guru.) Ya. (Jadi setiap kali saya berdoa kpd Guru, kemudian (Ya.) apabila saya bercakap, mereka sukanya. Jadi setiap kali saya kumpulkan begitu banyak pengalaman. Jadi kadangkala saya pergi ke penjara untuk berceramah, kadangkala saya pergi ke sesuatu tempat. Jadi setiap kali apabila saya bercakap, saya kumpulkan sangat banyak pengalaman.) Ya, ya.

(Sekurang-kurangnya perlu faham dan mulakan dengan lebih banyak ajaran Guru dan kitab Suci. Jadi ini…) Ya. Itu lebih banyak melibatkan kamu dalam ajaran Guru dan sebagainya. (Ya, ya.) Ya. (Kemudian memanfaatkannya.) Ya, buat kamu melakukannya, memanfaatkannya. (Memanfaatkannya.) Ya, ya. Itu bagus. Kamu sentiasa diingatkan kerana kamu membuat kerja. (Ya.) Kamu perlu, kamu ‘terpaksa’ (Ya.) dan ‘terpaksa’ berdoa. Okey. Maka kamu lebih berhubungan dengan Guru. Faham.

Photo Caption: Jangan Tidak Hargai Benda Kecil Biasa. Ia Bukan Rupa Luaran Saja!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/5)
1
2024-12-31
3400 Tontonan
2
2025-01-01
2940 Tontonan
3
2025-01-02
2381 Tontonan
4
2025-01-03
1876 Tontonan
5
2025-01-04
1352 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android