Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tiga Kuasa yang Diperlukan bagi Seorang Buddha atau Guru Bermakrifat Penuh, Bahagian 4 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi jika kita memberi kepada orang dalam hati kita tetapi hati kita tidak murni, maka kita tak mendapat apa-apa pun. Tetapi apa yang lebih teruk, kita akan berintegrasi dengan karma dunia orang-orang ini. Contohnya, jika anda berikan sesuatu kepada pengemis tanpa kasih sayang dalam hati anda dan jika pengemis itu benar-benar tidak suci, tak perlukannya secara ikhlas, maka anda akan masuki alam pengemis. Mungkin anda menjadi pengemis pada sesuatu masa dalam hayat ini atau hayat seterusnya, hayat lain. Macam itulah.

Jadi segalanya yang kita buat di dunia ini memang berbahaya kepada kesejahteraan dan kemajuan spiritual kita. Jadi pastikan apa-apa pun yg anda buat, sentiasa berhati murni. Sekurang-kurangnya jika anda suci, anda takkan diheret ke dalam alam karma individu atau kumpulan yang anda nak bantu itu. Jadi kononnya guru spiritual, jika tidak memahami karma ini, maka mereka sudah terlaknat sebelum mati. Mereka pasti akan pergi ke tempat mereka, iaitu neraka di mana semua orang palsu serta makhluk kuasa palsu dan negatif diami, saling membinasakan dengan karma yang wujudkan neraka itu.

Di dunia ini, kita ialah dunia bercampur dengan sekolah-sekolah yang berlainan untuk belajar bagi menjadi manusia dan makhluk yang lebih baik, sama ada di Bumi atau di Syurga. Jadi ada banyak alam berlainan yang bercampur di dunia ini: alam orang tak berumah, alam pengemis, alam mangsa bencana, alam mangsa pemerdagangan manusia, alam penagih dadah, alam penipu, alam perompak, alam pencuri, alam penghasut perang, alam orang-haiwan, segala jenis alam bercampur di planet ini untuk membentuk dunia ini. Jadi kita berjalan, bernafas bersama di alam-alam yang berlainan.

Orang, penduduk yang berlainan ada pewujudan dan balasan karma yang berlainan. Jadi jika kita tiada Guru yang benar-benar bermakrifat penuh, berkuasa untuk menaikkan kita, melindungi kita, membersihkan karma kita, maka kita sudah terlaknat. Sebarang pahala lain yang anda buat hanya akan beri anda kemasyhuran atau lebih banyak kekayaan di dunia ini tetapi bukan di alam selepas mati. Apabila anda meninggalkan badan, segala-galanya meninggalkan anda dan anda akan diadili mengikut karma, perkara buruk atau baik yang anda buat semasa hidup.

Jika kita bercampur dengan karma lain, maka kita juga akan mengambil sebahagian daripada karma orang lain. Sesetengah orang memang perlukan bantuan dalam situasi terdesak. Jika hati anda tersentuh disebabkan oleh situasi itu, maka anda perlu berdoa kepada Tuhan semasa memberi dan memuji Tuhan atas pemberian yang anda berikan kepada orang lain dgn kekayaan sendiri, dengan hati murni anda. Anda sentiasa perlu bersyukur kepada Tuhan selepas itu kerana anda tidak berikan apa-apa pun. Anda datang ke dunia ini tanpa apa-apa pun. Ingatlah itu. TUHAN satu-satunya Pemberi sebenar apa-apa saja yang kita ada atau/dan kita kongsi.

Jadi sekurang-kurangnya itu, anda sentiasa ingat: kita tiada apa-apa yang hebat, kita hanyalah wadah. Kita masih bergantung kpd Belas Kasihan, Ampun dan Rahmat Tuhan. Maka karma anda akan dibersihkan dan anda tak perlu bercampur dengan karma alam lain. Jika tidak, selain karma anda sendiri, anda perlu tanggung karma alam lain. Anda akan jalani kehidupan yang banyak bergolak, naik turun, naik turun, bergantung kepada semua karma yang telah anda kumpulkan dengan perbuatan sendiri dan dengan bercampur dengan hal atau hubungan orang lain.

Pada zaman dahulu, apabila orang ingin berkahwin dengan wanita, mereka memeriksa dengan teliti sama ada wanita itu akan masuk, lebih dapat membantu mereka atau mereka berdua dan tidak heret mereka ke bawah. Itu bukan kepercayaan karut. Itu cara yang baik utk lakukannya juga tetapi itu pada zaman dahulu. Biasanya pada zaman moden kita, anak memilih pasangan sendiri. Mereka tak dengar kata-kata ibu bapa. Mereka tak dengar kata-kata ahli nujum atau ahli feng syui pun. Masalahnya, oleh sebab kuasa karma antara dua orang kekasih terlalu kuat, mereka tak dapat putuskan, terlalu kuat, taakulan dan logik mereka tak dapat campur tangan dalam hubungan cinta mereka. Biasanya, terutama dalam kes musuh, anda perlu kembali dan langsaikan hutang sesama anda. Orang yang bersumpah untuk saling bersama lagi dalam hayat seterusnya pula, jika mereka berdua ikhlas dan ada pahala yang mencukupi untuk hubungan itu lagi, maka mereka ada hubungan yang baik sekali lagi. Tetapi jika tidak, mereka ada jenis hubungan yang bermasalah, susah atau sangat buruk. Kesiannya itu.

Tetapi di dunia ini, jika kita tidak jalankan amalan spiritual, sukar nak elakkan jenis karma ini apabila ia datang kepada anda. Jika anda seorang pengamal Kaedah Quan Yin, anda tahu bahawa sejak inisiasi, karma anda telah menjadi sangat kurang. Hanya sedikit yang tertinggal supaya anda boleh terus hidup dalam hayat ini untuk melangsaikan sedikit hutang karma. Jika tidak, anda akan mati dengan serta-merta jika anda tiada karma di dunia ini lagi. Jadi Guru akan meninggalkan sedikit karma itu untuk anda terus hidup di sini untuk orang lain yang ada afiniti dengan anda bagi melangsaikan hutang karma. Baiklah, anda sudah tahu akan itu. Sebab itulah anda ada keajaiban hampir setiap hari dalam kehidupan anda atau pada bila-bila anda perlukannya. Guru sentiasa ada di sisi untuk bantu anda minimumkan impak karma anda atau karma berkaitan dengan orang lain.

Tetapi guru spiritual palsu atau biksu yang megah, angkuh, tiada pengetahuan atau apa-apa pun tentang ajaran Buddha, hanya mengulang seperti nuri atau perakam dan mengambil tawaran besar daripada pengikut. Sukar nak bantu mereka. Apa yang lagi teruk, mereka bukan sahaja tidak faham apa yang Buddha katakan atau apa yang Nabi Isa katakan malah menyalahtafsirkannya, melencongkannya atau memperdaya orang supaya percayai apa yang mereka mahu orang percayai. Itu akan bawa orang ke neraka juga jika mereka tersalah percaya dan tidak mengikut apa yang Tuhan mahu mereka percayai atau apa yang Guru ajarkan mengikut Perintah Tuhan.

Ada biksu, biksuni dan paderi tertinggi pun yang tidak terkira yang masih di neraka sekarang. Sangat sukar nak bantu orang-orang ini. Jika mereka di neraka yang lebih ringan dan ada karma yang lebih ringan, maka mungkin lepas seketika, mereka akan menjadi bebas. Atau jika Guru ada hubungan dengan mereka, Guru boleh bantu mereka lepas seketika untuk bawa mereka keluar dari neraka. Tetapi guru spiritual palsu yang berkata mereka ialah Buddha, berpura-pura sebagai Buddha dan sesuatu macam itu, tiada sesiapa yang dapat bantu mereka. Mereka akan berada di neraka selama-lamanya. Sebab itulah ia dipanggil neraka tanpa henti.

Selepas dunia ini diakhiri oleh kalpa Brahma dan penciptaan dunia yang seterusnya bermula semula pun, mereka akan masih dipindahkan ke neraka dunia baru dicipta yang lain. Mereka takkan dapat keluar. Setelah sesiapa masuk ke dalam jenis neraka tanpa henti itu, mereka takkan keluar. Meskipun mereka keluar, anda lihat berapa banyak bilion, zilion tahun yang tidak terkira, sehingga mereka keluar – berapa banyak penderitaan yang perlu mereka tahan agar api dapat habis membakar semua dosa yang paling kecil, amat kecil dalam diri mereka yang melekat pada diri mereka, yang menyelubungi roh, yang menghauskan semua kuasa roh, malah menyelubunginya. Jadi mereka tak dapat membantu diri dan tiada sesiapa yg dapat bantu mereka. Mereka tak dapat didatangi. Jenis neraka itu adalah seperti pintu ditutup selama-lamanya. Tiada sesiapa yang boleh masuk pun. Tiada sesiapa yang boleh keluar.

Janganlah ambil ringan kata-kata saya. Saya beritahu anda kebenaran. Saya memang harap anda dengar, jaga kelakuan, bertaubat dan bersyukur kepada Tuhan, memuji Tuhan agar bebaskan anda. Itu saja yang saya harapkan. Itu saja yang perlu anda buat. Saya tidak mahu apa-apa pun drpd anda. Anda tahu akan itu dari awal hingga akhir. Saya tak perlukan banyak benda. Saya gembira tinggal di dlm khemah pun dengan beberapa helai pakaian panas dan gunakan apa-apa saja yang mungkin untuk menjaga kesihatan diri, makan makanan sederhana dan tanpa kesakitan setiap hari.

Photo Caption: Kecantikan Sebenar Tidaklah Hanya di Mata Pemandang

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android