Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tiga Kuasa yang Diperlukan bagi Seorang Buddha atau Guru Bermakrifat Penuh, Bahagian 8 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Guru spiritual palsu, paus biksu, biksuni dan paderi palsu ini dan apa-apa saja yang lain yang anda panggil mereka dalam jubah dan kedudukan agama mereka, mereka hidup dengan peluh dan air mata, darah dan air mata orang. Anda hidup dengan orang yg menderita hanya kerana mereka perlu ada pahala untuk memperbaik kehidupan mereka, atau hanya kerana mereka percaya bahawa orang palsu ini ialah wakil Buddha, wakil Tuhan, wakil Nabi Isa. Jadi mereka hormati mrk dan dermakan apa-apa saja yang boleh kepada mereka. Jika mereka dianiayai dari segi fizikal, mereka juga tak tahu ke mana nak pergi. Biasanya di mana mereka pergi, orang tak peduli juga. Orang tidak beri keadilan dan bantuan kepada mereka. Sangat jarang, sesetengah kes terbongkar dan diadili, hukuman sebenar yang setimpal di penjara atau apa-apa saja.

“Kerana christ palsu dan nabi palsu akan muncul dan membuat isyarat dan keajaiban besar untuk menyesatkan, jika boleh, malah golongan terpilih.” ~ Matthew 24:24, Kitab Suci Injil

“Tetapi nabi palsu juga muncul dalam kalangan orang, sama seperti akan ada guru palsu dalam kalangan kamu, yang akan secara diam-diam bawa masuk bidaah yg membinasakan.” ~ Peter 2:1, Kitab Suci Injil

“Kerana orang sebegini ialah hawari palsu, pekerja yang suka menipu, menyamarkan diri sebagai hawari Nabi Isa. Tidak menghairankan kerana Iblis pun menyamarkan diri sebagai malaikat cahaya. Maka tidak menghairankan jika hambanya juga menyamarkan diri sebagai hamba yang berakhlak. Kesudahan mereka akan sepadan dengan perbuatan mereka.” ~ Orang Corinth 11:13-15, Kitab Suci Injil

“Tiada seorang pun yang dapat berbakti kepada dua orang tuan kerana sama ada dia akan membenci satunya dan menyukai satu lagi, atau dia akan berbakti kepada satunya dan membenci satu lagi. Kamu tidak dapat berbakti kepada Tuhan dan wang.” ~ Matthew 6:24, Kitab Suci Injil

Jadi saya rasa bersimpati dengan orang yg mudah terpengaruh ini. Jangan minta saya spy rasa bersimpati dengan orang palsu ini kerana mereka hidup dengan penderitaan, darah dan air mata orang. Apa-apa yang boleh mereka ambil, mereka ambil. Mereka tiada apa-apa pun utk diberikan. Mereka merampas usaha spiritual, kepercayaan, wang, malah maruah fizikal mereka – apa-apa saja yang boleh mereka buat. Mereka lebih buruk daripada syaitan kerana buat perkara yang lebih jahat daripada syaitan.

Jadi pada Tahun Baharu ini, Tahun Baharu yang akan datang, saya harap banyak orang, sebanyak mungkin, menjauhi guru spiritual, guru, paderi, biksu dan biksuni palsu ini. Anda perlu lihat dengan intuisi anda, dengan doa. Anda perlu bersyukur kepada Tuhan kerana membawa anda ke arah yang betul. Tiga puluh peratus daripada orang di dunia ini kelihatan banyak, berbilion-bilion orang tetapi tak cukup untuk kepuasan hati saya. Saya nak selamatkan lebih banyak roh. Saya nak mencegah mereka daripada jatuh ke dalam neraka.

Tetapi pertama sekali, mereka perlu mencegah diri daripada jatuh ke dalam tangan penjahat seperti paus palsu, biksuni, biksu, paderi, guru spiritual, guru, satguru palsu itu, apa-apa saja. Mereka yang mendakwa diri dulu. Tuhan tidak beri gelaran ini kpd mereka. Begitulah. Memang, jika Tuhan berikan gelaran ini kepada mereka, mereka akan berkelakuan berbeza. Mrk akan puja Tuhan selama-lamanya. Mereka akan bersyukur kepada Tuhan selama-lamanya. Mereka akan memuji Tuhan dengan setiap nafas yang mereka ada. Mereka akan takut akan neraka. Mereka akan bantu orang sebanyak yang pengetahuan spiritual mereka mampu berikan. Tetapi tidak, mereka menuju ke arah yang bertentangan dengan orang suci.

Jadi saya berharap, berdoa kpd Tuhan, tolong singkirkan semua orang jahat ini dan biar orang ada lebih banyak kemahuan bebas, lebih banyak ruang, lebih banyak masa untuk memilih guru spiritual yang baik, wakil Tuhan yang baik supaya mereka boleh kembali kepada Dia, dlm Rahmat, Belas Kasihan dan Kebahagiaan selama-lamanya. Amin. Semoga Tuhan Berbelas Kasihan terhadap manusia dan makhluk lain di planet ini dan planet-planet lain, dan menyelamatkan mereka daripada perangkap maya supaya mereka tidak perlu pergi ke neraka dan menderita dengan dahsyatnya, dalam kesakitan dan seksaan yang tak terbayangkan di neraka. Semoga semua orang yang mudah terpengaruh menjadi sedar dan mengikut Arah Tuhan, Bimbingan Tuhan, Kasih Sayang Tuhan untuk kembali kepada Dia. Semoga anda semua selamat sejahtera, dengan Nama Tuhan. Amin. Kasihi anda selama-lamanya. Semoga anda sentiasa ingati dan cintai Tuhan. Kasihi anda, kasihi anda, kasihi anda.

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android