Paderi Amerika, Valerie Carter berkongsi pengalaman keluar dari badannya dan kakaknya yang bawa mereka ke Syurga dan neraka, dibimbing oleh malaikat dan Nabi Isa (vegetarian). Pada 1981, Valerie yg berusia enam tahun dan kakaknya Heather yang berusia sembilan tahun bermalam di pangsapuri mereka di Bay Area (Amerika). Dua orang budak perempuan ini didisiplinkan kerana mengganggu di gereja pada hari Ahad itu. Berasa insaf, mereka masuk tidur dengan hati yang berat. Pada malam itu, Valerie rasai tepukan pada dadanya dan nampak rohnya menaik dari badannya, memerhatikan bentuk fizikalnya di bawah. Dia dapati Heather menaik ke atas juga. Suatu cahaya yang terang menurun dan satu malaikat besar setinggi lapan kaki mengiringi mereka apabila mereka menaik secara perlahan-lahan ke Syurga, macam di atas eskalator. Mereka sampai di pintu gerbang Syurga – pintu gerbang mutiara yang besar, terbuka ke dalam, dijaga oleh dua malaikat yang mencuar tinggi, ada pedang berapi yang terapung. Malaikat memimpin dua budak itu menyusuri jalan keemasan yang lut sinar ke Air Pancut Hidup putih di mana orang-ikan koi berenang, mengalir ke dalam Sungai Hidup. Malaikat mengarahkan mereka supaya menunggu Nabi Isa. Sementara beri makan kepada orang-ikan, Valerie rasa sangat gembira, tenang dan selamat. Nabi Isa muncul. Valerie dan Heather memeluk Dia dengan rasa teruja. Mereka dibawa ke bilik takhta TUHAN di mana Nabi Isa duduk dengan relaks di atas takhta putih, kaki kanan-Nya disilangkan di atas kaki kiri-Nya, dengan warna-warna pelangi di latar belakang. Para malaikat nyanyikan ‘El Shaddai’. Valerie, sangat terharu, menangis di kaki Nabi Isa, membelai parut penyaliban di kaki-Nya dan mengelapnya dengan rambutnya. Dia nyanyikan lagu puja termasuk yang ditulis oleh ibunya. Nabi Isa mengangkat dia ke atas lutut kiri-Nya. Dia rapatkan telinga kanan ke dada-Nya dan dengar denyutan jantung-Nya. ‘Ba-bum, ba-bum’. Denyutan jantung saya dan denyutan jantung TUHAN mula berdenyut secara segerak. Pada saat itu, saya memahami Kasih Sayang besar yang Dia ada terhadap umat manusia, mengapa Dia membuat pengorbanan dan bahawa Dia akan lakukannya sekali lagi jika perlu. [...] Itu seolah-olah kami bersatu. Kemudian Valerie berjalan berpegangan tangan dengan Nabi Isa melalui syurga subur yang menyerupai Lembah Hayden di Taman Negara Yellowstone, penuh dengan tumbuhan hijau, bunga ungu dan merah jambu, rama-rama, lebah, orang-singa, -helang dan mungkin unikorn atau makhluk seperti Pegasus. Pemandangan berubah apabila Valerie dan Heather menunggang orang-kuda putih yg megah bersama Nabi Isa, terbang di atas landskap Syurga yang menarik. Kemudian mereka masuki sebuah bilik yang tidak berdinding, mengandungi Buku Hidup berdaun emas yang besar, dgn perkataan ditulis dari kanan ke kiri dalam bahasa kuno. Valerie, walaupun ada disleksia dan kebolehan membaca yang terhad di darjah satu, dapat cam namanya dan nama orang lain, meraikan kewujudannya. Nabi Isa jelaskan bahawa nama-nama ini boleh dipadamkan kerana menentang atau menolak Dia, mendemonstrasikannya dengan membuang satu nama yang Valerie terima sebagai adil. Pengalaman ini menjadi gelap apabila mereka turun secara perlahan-lahan ke neraka, dilindungi oleh kubah pelindung yang sembunyikan kehadiran Nabi Isa. Suasana neraka gelap-gelita, penuh dengan bau busuk sulfur, pereputan dan badan yang tidak dicuci. Valerie terdengar “bunyi tangisan dan kertak gigi”, bunyi rasa sesal yang menyeksakan dan fikiran “bagaimana jika” yg tiada penghujungnya, tiada taubat. Dia nampak gambaran Adam dan Hawa yang melambangkan pilihan manusia untuk menolak TUHAN. Dia berasa sedih tetapi tidak takut, selamat dengan kehadiran Nabi Isa, faham bahawa orang memilih neraka dengan menolak Christ. Dan lain-lain…
Jika tidak, jika hanya roh biasa pergi ke sana, anda akan disedut ke dalam mana-mana neraka ini, dan bergantung kepada graviti neraka itu, anda akan menderita, tidak kira anda berada di neraka yang berapa teruk. Sesetengah neraka, jika anda kebetulan melalui pintu neraka itu, anda tidak akan sesekali kembali ke sini lagi. Oh, ada perangkap dan neraka yang tiada penghujungnya di dunia ini kerana manusia telah lama wujud dan telah wujudkan begitu banyak neraka dengan keinginan sendiri, perbuatan sendiri yang tak begitu baik, sikap sendiri tidak percaya kpd TUHAN dan menolak TUHAN, menolak Anak TUHAN, Nabi Isa contohnya, menolak Buddha yang dapat bantu mereka dan menaikkan status standard spiritual, peringkat spiritual mrk. Sekarang anda faham mengapa banyak makhluk di planet-planet yang berlainan cuba bersungguh-sungguh utk bantu kita. Oleh sebab mereka telah berevolusi dgn Rahmat TUHAN ke tahap kesedaran yang lebih tinggi, jadi mereka tahu akan penderitaan yang anda alami. Mereka pernah berada di sana, lebih atau kurang. Jadi sekarang mereka lihat kita ialah satu-satunya bahagian rancangan spiritual yang besar ini yang masih lembap di tahap kesedaran yang lebih rendah, jadi mereka cuba bersungguh-sungguh utk bantu kita. TUHAN begitu Berbelas Kasihan, mengutus Guru Spiritual, Santo dan Orang Suci yang bermakrifat untuk bantu kita dengan setiap cara berlainan yg mungkin, tetapi kita, maksud saya bangsa manusia, begitu sarat dengan karma dan racun buruk sejak zaman dahulukala lagi, jadi sangat sukar bagi mereka faham bahawa Guru hanya ingin bantu mereka dan kasihi mereka tanpa syarat, bahawa ini peluang terakhir bagi mereka mengambil langkah pertama di jalan perjalanan pulang ke Rumah, bahawa mereka boleh mengambil langkah pertama di jalan Kebebasan untuk pergi ke Rumah sebenar mereka, nikmati kebahagiaan dan kegembiraan. Dan tidak memilih untuk ketinggalan selama sangat banyak eon yang akan datang, dan begitu pun, jika mereka dapat bertemu dengan Guru Bermakrifat yg benar-benar agung untuk menaikkan mereka ke atas dan bawa mereka pulang ke Rumah sebenar di mana mereka boleh menjadi tenang, bahagia, seronok, bebas tanpa runsing, gembira selama-lamanya, gembira dalam pelukan TUHAN, dalam Rahmat TUHAN, anda tidak rasa apa-apa lebih baik daripada itu dan tidak akan mahu kembali ke domain fizikal yang rendah, berat ini lagi. Anda tidak memikirkannya pun. Anda hanya nikmati alam baharu yang berada di jalan pulang ke Rumah. Kita boleh berlutut selama-lamanya, bersujud kepada TUHAN, Ibu Bapa kita, satu-satunya Ibu Bapa kita, MAPA kita untuk bersyukur selama-lamanya, selama-lamanya kerana ini Anugerah paling baik yang boleh anda dapat dalam hidup anda. Kita tak dapat bersyukur kepada TUHAN dengan secukupnya. Kita tak dapat membalas budi TUHAN dengan secukupnya. Kita tak dapat memuji TUHAN dengan secukupnya. Kita tak dapat cintai TUHAN dengan secukupnya. Hanya TUHAN yang kasihi kita dan kita hanya nikmatinya. Hidup di Syurga adalah berasaskan itu – hidup dengan Kasih Sayang TUHAN, Belas Kasihan TUHAN, Rahmat TUHAN Kebijaksanaan TUHAN. Tiada apa-apa yang lain yang boleh kita bandingkan dan katakan. Dongeng pari-pari terbaik yang anda baca pun – tidak seberapa saja. Itu macam sebutir habuk berbanding apa yang akan anda tahu jika anda mengenali TUHAN. Saya harap anda semua capai matlamat itu sekarang dalam hidup fizikal anda sebelum terlambat – anda boleh mengenali TUHAN, cintai TUHAN, memuji TUHAN, percaya kepada TUHAN. Maka anda akan tahu bhw hidup di sini hanya sekelip mata saja berbanding dgn apa yg akan anda nikmati selama-lamanya di Kerajaan yang lebih tinggi. Saya sendiri bersyukur kepada TUHAN setiap hari, setiap kali saya dapat ingat. Ketika makan hidangan, ketika tidur, ketika bermeditasi, ketika bekerja – apa-apa saja, setiap saat dalam sehari. Seperkara lagi, saya tidak benar-benar tidur. Seperkara lagi, orang-haiwan, sebabnya mereka dapat beritahu saya ramalan ini dan itu atau berita untuk penenangan adalah kerana mereka sentiasa menerimanya daripada TUHAN. Kerana pintu mereka sentiasa terbuka untuk TUHAN. Mrk hanya perlu hidup sepanjang hidup sebagaimana yang ditetapkan untuk hidup sepanjang hidup tapi mereka begitu suci, begitu sederhana sehingga TUHAN sentiasa dapat masuk ke dalam diri mereka, tidak kira berapa kecil atau berapa besarnya mereka, dan memberi mereka sebarang berita, apa-apa saja yang mereka boleh tahu, manakala yang selebihnya, contohnya bangsa manusia, tidak dapat tahu. Walaupun TUHAN berikan yang sama kepada semuanya, kasihi semuanya secara sama, namun manusia adalah yang paling sukar untuk berhubung dengan TUHAN. Bukanlah TUHAN tidak mahukannya, cuma manusia tidak mahukannya. Manusia begitu banyak dibebani oleh kerja, oleh kerisauan tentang hidangan, pakaian, rumah yang didiami, bumbung di atas kepala mereka dan banyak perkembangan kemajuan teknologi baharu dan lebih baharu yang lain. Kemajuan teknologi adalah begitu baik. Ia buat kehidupan manusia menjadi lebih selesa, lebih mudah tetapi ia ada kesan sampingan: ia buat manusia atau mana-mana makhluk yang berhubung dengannya menjadi buta dan pekak dengan kuasa spiritual sebenar dan Rumah sebenar mereka. Baiklah, rasanya saya dah cukup berkata untuk hari ini. Jika ada lebih banyak perkembangan tentang isu keamanan atau kerohanian, saya akan senang hati utk maklumi anda apa-apa saja yang saya dibenarkan untuk maklumkan. Tapi jauh lebih baik sekarang saya perlu kata. Saya boleh bercakap secara terus terang dan katakan hampir semuanya yang Tuhan kurniakan kepada saya atau biar saya tahu atau izinkan saya maklumi dunia. Saya gembira dengan saya boleh lebih terbuka tentang hal saya berkaitan kerohanian. Saya sentiasa amat bersyukur kepada TUHAN. Saya harap anda syukur kpd TUHAN juga meskipun anda tak nampak TUHAN atau tidak rasai Kasih Sayang-Nya. Dalam Bible, ia nyatakan bahawa “Adalah diberkati mereka yang tidak nampak tetapi percaya,” dan, “Kecuali kamu menjadi seperti kanak-kanak semula, kamu tidak dapat masuki Kerajaan TUHAN.” Jadilah seperti kanak-kanak dalam pemikiran anda, perbuatan anda, dalam apa-apa saja yang ingin anda buat – bermakna suci sepenuhnya, tidak berdosa dan percaya kpd TUHAN, maka anda akan berhubung dengan TUHAN, sama ada anda akan mengetahuinya atau tidak tetapi anda akan tahu dengan segala berkat setiap hari, dengan keajaiban yang berlaku kpd anda, dengan perlindungan yang akan anda dapat pada bila-bila saja anda dalam kesusahan. Anda mesti seribu peratus percaya kepada Kasih Sayang TUHAN. Buatlah ini sebagai matlamat anda. Apa-apa yg lain hanyalah sementara saja. Seperkara lagi, saya ulang sekali lagi: Jangan risau tentang saya. Apa-apa pun yang saya alami, saya perlu demi kebaikan anda dan ia akan berlalu. Segalanya akan berlalu macam mana pun. Saya begitu kasihi anda. TUHAN izinkan saya ada begitu banyak Kasih Sayang supaya saya boleh kongsinya dgn anda. Ingatlah akan TUHAN, cintai TUHAN, memuji TUHAN dan perlakukan makhluk lain sebagaimana anda ingin diperlakukan. Itu saja. Adalah sangat mudah untuk mengecap kehidupan yang tenang di domain fizikal ini. Apa-apa lagi, anda perlu cuba cari seorang Guru Bermakrifat agung untuk tunjukkan kepada anda, bantu anda, berkongsi pahala Mereka untuk semakin menaikkan anda lagi di jalan pulang ke Rumah. Saya begitu kasihi anda. Kita amat bersyukur kepada TUHAN, selama-lamanya. Syukur kepada Engkau, TUHANKU. Photo Caption: “Bertumbuh Bersama-sama untuk Tujuan Menaik Tinggi yang Sama”Keadaan Planet Kita Sekarang dalam Rancangan Spiritual Besar, Bahagian 4 daripada 4
2026-07-09
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya memang harap anda semua dapat alami sebahagian daripadanya (Syurga), sekurang-kurangnya kadangkala, supaya anda tahu bahawa Syurga benar-benar wujud. Saya tidak harap anda pergi ke neraka baru tahu bahawa neraka benar-benar wujud juga. Ah, ini Rahmat TUHAN! Jika sesiapa boleh alami pengalaman hampir mati dan pergi ke Syurga atau malah neraka dengan perlindungan Nabi Isa, anda dapat lihat neraka, lihat penderitaan di sekeliling anda tetapi anda tidak akan terpengaruh.











