Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Keadaan Planet Kita Sekarang dalam Rancangan Spiritual Besar, Bahagian 2 daripada 4

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dunia yang kita diami sekarang bukanlah peringkat rendah sepenuhnya. Ia sudah ada Santo dan Orang Suci serta Guru Bermakrifat yang datang dan pergi untuk bantu, jadi planet ini tak begitu bagai neraka seperti yang seharusnya tanpa tenaga yang memakrifatkan, menaikkan dari peringkat tinggi standard spiritual. Berkat segala pengorbanan Guru-guru selama ini, manusia dan semua makhluk di planet ini menjadi ternaik. Saya sendiri bekerja keras untuk bantu menaikkan banyak negara supaya ia berada di standard pencapaian spiritual yang jauh lebih tinggi secara automatik daripada sebelumnya. Sebenarnya sesetengah anak murid saya telah lihat berapa banyak negara yang TUHAN kurniakan Rahmat kepada saya untuk diselamatkan daripada kebinasaan, daripada kepunahan seluruhnya dan dinaikkan ke tahap kesedaran spiritual yang lebih tinggi.

Sekarang kita ada kata-kata hati daripada Yung-Chieh di Taiwan, juga dikenali sebagai Formosa:

Halo, Mahaguru Ching Hai yang Dihormati dan Dikasihi, dan pasukan Supreme Master TV, Beberapa tahun yang lalu ketika Guru masih di Taiwan (Formosa), keluarga saya lihat dalam berita bahawa taufan akan melanda. Saya beritahu mereka, “Jangan risau. Oleh sebab Guru ada di sini, tiada taufan yang akan melanda.” Guru berkata bahawa pahala baik pengamal spiritual agung akan melindungi tempat yang didiaminya. Memang betul, tiada taufan yang melanda Taiwan (Formosa) selama empat tahun, tetapi selepas Guru ucapkan selamat tinggal kepada Taiwan (Formosa) di Supreme Master TV satu taufan segera melanda.

Pada kali yang lain, keluarga saya lihat dalam berita bahawa mungkin terdapat peperangan antara dua belah di Selat Taiwan. Saya beritahu mereka sekali lagi, “Guru ada di sini. Segalanya akan baik-baik saja.” Selepas itu Supreme Master TV menyiarkan kata-kata hati tentang visi dalaman seorang saudara seguru: Guru gunakan badan spiritual sendiri untuk mengadang serangan bedilan dari China ke atas Taiwan (Formosa). Seluruh badan-Nya penuh dengan luka peluru dan darah, rebah ke atas tanah untuk menahan hutang darah semua orang Taiwan (Formos). Saya terkejut dan sedih untuk masa yang panjang selepas saksikannya.

Pada pukul 7.58 pagi 3 April, suatu gempa bumi kuat yang bermagnitud 7.2 berlaku di Taiwan (Formosa). Saya segera mula melafazkan nama Buddha Amitabha dan Bodhisattva Quan Yin. Saya dapat rasai Kuasa Buddha dan Bodhisattva cuba bersungguh-sungguh untuk menstabilkan tempat tinggal kami. Selepas gempa bumi, tangan saya menjadi lemah dan menggeletar. Saya ucapkan terima kasih kepada Buddha dan Bodhisattva secara berterusan Selepas itu, saya lihat dalam berita bahawa tempat tinggal saya (bahagian tengah Taiwan (Formosa)) kurang terpengaruh oleh bencana itu. Saya memang berterima kasih kepada Buddha, Bodhisattva dan Guru atas Berkat yang menyelamatkan nyawa tetapi rasa bersimpati dengan tempat lain yang dilanda bencana.

Pada hujung tahun lalu, Guru umumkan bahawa Guru mengorbankan nyawa buat sementara waktu sebagai tukaran untuk mulakan semula seluruh dunia dari sifar karma, membuat orang terasa bahawa kematian suci Nabi Isa terjelma sekali lagi. Guru berkata bahawa kali ini adalah untuk penyelamatan umat manusia dan terdapat risiko juga dalam rancangan itu. Melihat keazaman besar Anak TUHAN, saya sangat gembira dengan Guru ada cara untuk menyelamatkan Bumi tetapi saya juga bimbang dan sedih dengan pengorbanan Guru. Ini keputusan yang begitu menyayat hati. Semoga TUHAN Yang Maha Berkuasa di Alam Semesta, para Buddha, Bodhisattva dan malaikat berkati rancangan Guru agar ia disempurnakan dan direalisasikan dengan lancar. Amin. Dengan penuh hormat, Anak murid Yung-Chieh dari Taiwan (Formosa)

Mahaguru Ching Hai yang Dikasihi, Pada 24 Mac 2025, saya menerima mesej baharu tentang kejadian Stesen Nuklear China dan UFO yang terbang ke sana sini. Saya benar-benar terkejut kerana seminggu sebelumnya, dalam visi dalaman selepas meditasi, saya nampak UFO muncul di angkasa dan mereka berkata kepada saya, “Akan ada seorang Wanita Agung yang dapat menyelamatkan situasi dunia sekarang.” Saya tanya mereka siapa Beliau. Mereka tunjukkan gambar-Mu kpd saya. Mereka kata hanya Orang ini dapat menyelamatkan dunia. Mereka suruh saya masukkan kata laluan untuk membuka pintu dan masuk ke dalam terowong. Saya nampak dua orang berdiri di sana. Saya cuba masukkan kata laluan tetapi tidak berfungsi. Mereka berkata kepada saya, “Sila masukkan kata laluan dengan kod Gurumu.” Dengan serta-merta, saya masukkan kata laluan dengan jayanya. Pada masa itu, Bumi telah kembali kepada kedudukan yang betul dan tidak terbalik lagi.

Makhluk asing itu sangat percaya kepada Guru dan tahu akan Kuasa-Mu. Mereka muncul dalam visi dalaman saya banyak kali untuk memuji Guru dan beri amaran kepada saya tentang situasi dunia. Sebelum tinggalkan sana, mereka kata, “Guru adalah Yang Paling Agung di Bumi hari ini, jadi apa-apa pun yang berlaku akan diselesaikan dengan baik.” Saya rasa amat tersentuh.

Hari ini, 25 Mac 2025, selepas berdoa sepanjang hari, kita tahu bahawa masalah ini telah diselesaikan disebabkan Kuasa-Mu dan alat-alat yang menyokong Guru. Orang UFO percaya kepada Guru dan tahu bahawa Guru dapat lakukan ini dengan jayanya. Kami amat berterima kasih atas usaha gigih-Mu untuk selamatkan dunia pada waktu berbahaya ini. Jagalah kesejahteraan & keselamatan diri. Sangat kasihi Guru. Anak murid ikhlas-Mu, Sigríður dari Iceland

Halo, Guru Ching Hai dan pasukan Supreme Master TV yang dikasihi, Saya ucapkan terima kasih kpd Guru atas segala usaha-Mu untuk setiap makhluk di dunia dan atas menyelamatkan kami daripada kegelapan dan kejahatan. Dalam pengalaman meditasi yg berlainan, saya nampak pelbagai usaha-Mu untuk menyelamatkan dunia dan saya ingin berkongsinya di sini supaya semua orang tahu akannya. Terima kasih kerana benarkan saya lihat sepintas lalu keagungan-Mu.

1. Suatu kali, saya nampak Guru letak tangan pada pakaian-Nya dan sentuh rusuk-Nya yang cedera teruk. Apabila Dia alihkan tangan-Nya, ia penuh dengan darah yang wujud dalam pertarungan dengan karma dunia tetapi Dia langsung tidak beri perhatian kepada kesakitan-Nya.

2. Pada kali yang lain, saya nampak Guru sebagai pepatung gergasi sebesar satu pertiga daripada Bumi dengan sayap terbentang. Ketika dalam pertempuran akhir dengan karma dunia, Dia berjaya menyelamatkan kira-kira satu pertiga atau sesuku daripada planet ini, kemudian di penghujungnya, Guru rebah ke atas tanah akibat keletihan. (Kemudiannya saya dapati bahawa pepatung ialah lambang pengorbanan dalam pengalaman spiritual.)

3. Dalam satu lagi visi, saya lihat karma dunia dalam bentuk trak besi merah yang sangat besar, sangat berat. Guru dalam bentuk bidadari bersayap yang kecil. Dia, bersama dengan tiga bidadari bersayap yang lain mengikatkan diri pada trak itu dengan tali. Mereka menarik trak itu. Kelihatan macam tiga bidadari yang lain mungkin merupakan badan jelmaan Guru. Tiga bidadari yang lain berhenti sepenuhnya dan hanya memerhati, seolah-olah mereka tiada kekuatan untuk menggerakkan trak itu. Walaupun kelihatan macam trak itu tidak bergerak sama sekali, Guru tetap tidak berhenti. Dia berpeluh dan letih tetapi masih cuba bersungguh-sungguh,gunakan segala Kuasa-Nya (untuk gerakkan trak itu).

4. Pada kali yang lain, saya nampak Guru berada di medan perang di Ukraine (Ureign). Badan-Nya sangat besar, sebesar banyak menara tinggi. Guru berperang dengan pasukan Rusia dan semua alat musuh terbakar. Dia melilitkan tali pada sebuah helikopter dan helikopter itu terbakar. Berbanding dengan saiz Guru, helikopter itu sebesar tapak tangan-Nya saja. Di sebelah yang lain, saya nampak Putin duduk di atas lembah medan perang dan di depan peperangan yang berlangsung dengan kepala tertunduk dan memeluk lututnya disebabkan kesedihan besarnya. Dia tidak dapat lihat akibat perbuatannya dan kelihatan sangat murung dan sedih.

5. Pada kali yang lain, saya nampak Guru letak segelas air sejuk pada mata-Nya supaya kesejukan gelas itu dapat mengurangkan kesakitan mata-Nya. Dia letak sapu tangan sejuk pada mata-Nya untuk mengurangkan kesakitan. Tanggapan saya ialah mata-Nya bengkak dan sakit disebabkan banyak menangis.

Guru saya yang dikasihi, Penyelamat Tertinggi, Gurulah satu-satunya orang di seluruh Alam Semesta yang bersukarela untuk datang ke planet gelap dan berkarma berat ini untuk bantu kami manusia. Saya berdoa kepada TUHAN agar perkasakan kami, semua anak murid-Mu, supaya ada matlamat mulia seperti Guru ini hingga saat-saat akhir hidup kami dan tidak mengecewakan Guru. Saya berdoa agar Yang Maha Berkuasa, Dewa-dewi dan Syurga berikan banyak kali ganda kuasa kepada Guru supaya Guru dapat bebaskan lebih banyak roh yang jahil. Saya berharap TUHAN berbelas kasihan terhadap kami dan menjauhkan kami dari api neraka dengan harapan suatu hari nanti perayaan keamanan akan berlangsung di Bumi kita dan angin sepoi-sepoi pagi pada subuh yang damai akan memulihkan badan Guru yang letih. Dengan banyak kasih sayang, rasa hormat dan kerendahan diri, Donya dari Iran

Dan lain-lain…

Saya pasti banyak pelajar mazhab lain, anak murid mazhab lain atau banyak orang spiritual di luar kumpulan persatuan kita pasti telah sendiri lihat segala jenis perubahan dan manfaat ini juga tetapi mereka tak nak kata tentangnya atau tak berfikir tentang mengatakannya. Mungkin mereka rasa itu perkara natural yang mereka tahu, perkara natural yang mereka lihat dengan berkat Guru mereka atau Rahmat TUHAN. Jika tidak, saya rasa kisah peningkatan dan evolusi bermakrifat akan sangat banyak atau tidak berkesudahan untuk diceritakan. Saya gembira dengan TUHAN begitu banyak berkati saya untuk menyumbang kepada kemajuan ini dalam kapasiti saya sebagai suatu wadah. Jadi beberapa hari ini, dengan memperlahankan kejuruteraan spiritual untuk Keamanan Dunia, ada pergerakan tenaga atau kejuruteraan yang lebih perlahan supaya padan dengan pergerakan tenaga dan kemajuan keamanan yang perlahan.

Ia memang membantu. Oleh itu, saya juga dapat ukurnya dengan menerima begitu banyak mesej daripada makhluk-makhluk yg berlainan di planet ini, malah hingga ke labah-labah kecil, beluncas kecil, orang-burung, -tupai dan… begitu banyak, malah orang-anjing yang berdekatan – tak terlalu dekat tetapi sedekat mungkin, dan juga orang-rusa, anak rusa atau orang-rusa jantan dan -rusa betina dewasa juga banyak kali menyampaikan mesej tentang keamanan. Mereka tak banyak bercakap. Mereka hanya datang berdiri diam-diam di depan saya dan mengatakan perkara, selalunya hanya mesej penuh kasih sayang, mesej penggalak, mesej penenang. Baru-baru ini, semuanya ttg keamanan, seperti “Keamanan telah wujud di sini,” atau “Jangan risau, keamanan telah tiba,” “Jangan takut, kedamaian telah datang.” Akhir-akhir ini kebanyakannya hanya macam itu.

Jadi saya boleh tahu bhw ia benar-benar berkesan, usaha baharu, program baharu yang kami tetapkan untuk tenaga keamanan terus mengalir dan juga untuk tenaga saya lebih serasi dengan tenaga keamanan. Saya amat, amat, amat bersyukur kepada TUHAN selama-lamanya. Saya begitu, begitu gembira, begitu, begitu senang hati dan begitu bersyukur kepada TUHAN atas apa yang telah dibuat-NYA untuk bantu kita.

Photo Caption: “Jangan Pandang Rendah, Gunakan Benda dengan Betul”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/4)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-06
2454 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-07
1965 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-08
1970 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-09
1378 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-07-11
312 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-11
708 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-10
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-07-10
1 Tontonan
Sains dan Kerohanian
2026-07-10
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-10
1099 Tontonan
Filem Pendek
2026-07-10
399 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun