Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Guru Perkenankan Raja Perang Menghadap Beliau, Bahagian 4 drpd 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Orang Inggeris menerima saya seolah-olah saya anak perempuan mereka, bantu saya melanjutkan pelajaran, beri kediaman kepada saya apabila saya tak boleh pulang. Pada masa itu, peperangan baru tamat dan tiada sesiapa yang tahu apa akan berlaku jika kita pulang. Saya diberitahu bhw bapa saya terpaksa pergi ke kem pendidikan semula kerana ibu bapa saya ada anak perempuan yang belajar di luar negeri. Pada masa itu, saya masih sangat muda, jadi begitu banyak situasi huru-hara di negara lahir saya membuat kita keliru tentang apa-apa saja, sama ada itu benar atau tidak, dan propaganda selama banyak dekad menentang Utara juga membuat orang sangat takut. Itu menambah kepada situasinya.

Rakan pelajar begitu baik hati, begitu peramah dan sedia membantu. Jiran jemput saya ke rumah mereka untuk menonton TV warna. Pada masa itu, ia masih jarang, bukan setiap rumah adanya. Di Âu Lạc (Vietnam), kami tiada TV di rumah seluruh suku saya. Jiran tidak mengenali saya pun. Mereka datang bercakap dengan saya dan beritahu saya perkara tentang England yang harus saya tahu sikit. Mereka biar saya menonton TV mereka, beritahu saya cara mencuci pakaian di dalam mesin, menjelaskan kepada saya apa yang dikatakan oleh pelawak di TV yang mereka rasa mungkin saya tak tahu. Mereka begitu gembira melihat saya ketawa disebabkan pertunjukan pelawak di bahagian yang saya faham. Mereka mengajar saya membuat pai epal dan banyak hasil bakeri lain yang lazat, mengajar saya membuat roti Inggeris, banyak pai dan tart yang lain. Itu bagaimana saya tahu cara membakar roti dan sebagainya. Dalam beberapa perhimpunan, saya membakar banyak untuk anda, seperti di Hong Kong.

Setiap kali, di mana-mana pun, di mana-mana negara yang saya pergi selepas England, semua kedutaan mereka seperti saudara perempuan dan saudara lelaki kita. Mereka begitu sedia membantu, begitu baik, begitu peramah, begitu elok. Mereka sentiasa memanggil saya ‘sayang’. “Baiklah, sayang. Jangan risau, sayang. Kami akan bantu kamu.” Saya tak tahu sama ada kita ada kedutaan lain yang begitu baik seperti kedutaan British di luar negeri atau di pejabat dalam negeri. Mereka semua cuba bantu saya dengan cara-cara yang berlainan. Suatu kali, oleh sebab saya perlu menukar alamat, saya tiadanya, jadi mereka berikan alamat mereka supaya saya dapat menerima surat, dokumen saya dengan selamat sebelum saya ada alamat sendiri. Mereka bantu saya dengan begitu banyak cara sehingga saya tak dapat ucapkan terima kasih kpd mereka dgn secukupnya.

Pada suatu hari, entah dari mana, seorang wanita berjalan dengan pantas untuk mengejar saya di jalanan di England, pandang saya dengan penuh kasih sayang dan berkata kepada saya, “Tahulah, semalam kamu berjalan melepasi rumah saya dan anak perempuan saya beritahu saya, ‘Ibu, lihatlah dia di sana. Dia gadis paling cantik yang pernah saya lihat!’” Bagi saya yang merupakan kanak-kanak yang dulu dibuli dan dibuat berasa kecil, itu suatu peningkatan keyakinan, perasaan disokong dan disayangi! Daripada orang tak dikenali sepenuhnya, bukan orang senegeri pun. Walaupun saya tidak tinggal di England, saya sentiasa anggapnya sbg negara

saya. Taiwan (Formosa) pula adalah seperti negara saya yang lain, negara kedua, kerana mereka perlakukan saya seperti Buddha. Ketika saya baru datang ke Taiwan (Formosa), saya tak tahu banyak. Saya tidak kenali orang. Mereka tidak kenali saya tetapi begitu hormati saya, malah dermakan tiket atau sesuatu macam itu. Mereka langsung tidak kenali saya pada masa itu. Saya tidak minta pun. Mereka berikan saja. Mereka berikan saja kerana mereka lihat saya seorang biksuni dan tahu. Mereka rasa biksuni tak berduit. Saya tiada wang yang banyak. Saya telah habiskan wang terakhir, membayar untuk hotel di Taiwan (Formosa) sebelum saya dapat cari tokong Âu Lạc (Vietnam) untuk didiami. Sebab itulah saya beri perlindungan peribadi kepada dua buah negara ini.

Guru Mengorbankan Diri untuk Melindungi Taiwan (Formosa) 9.30 pagi, 3 Ogos 2022

Bersujud kepada Mahaguru Ching Hai Terhormat, Prihatin dan ambil berat tentang situasi di Selat Taiwan (Formosa), pada 2 Ogos, Mahaguru Ching Hai menghantar satu demi satu mesej untuk arahkan kami, anak murid-Nya, supaya rajin berdoa dan bermeditasi untuk melindungi keamanan di Selat Taiwan (Formosa). Ketika saya bermeditasi pada pagi 3 Ogos, saya menaik ke angkasa lepas dan lihat daripada visi dalaman bahawa dari ufuk yang jauh, terdapat dua lingkaran cahaya fajar berwarna-warni yang menaik, saling bertindih, begitu lembut dan cantik, dan mengandungi tenaga keamanan.

Badan jelmaan Cahaya Guru muncul dalam bentuk seorang Ibu yang baik hati dan cantik, dgn pengasih pegang penutup kaca sfera yang besar untuk melindungi seluruh Taiwan (Formosa). Selepas itu, Guru kelihatan sangat lemah. Melihat dengan lebih teliti, saya nampak seluruh badan Guru tercedera dan ditembusi peluru, dengan hampir seribu lubang peluru, berlumuran darah. Di alam Asura tak nampak, Guru mengorbankan badan sendiri untuk menyekat peluru ini bagi melindungi anak murid-Nya dan orang-orang di Taiwan (Formosa) dan memastikan mereka tidak tercedera. Semua peperangan meletus di alam Asura dulu, kemudian terjelma di dunia fizikal. Mencegah peperangan daripada berlaku mestilah dilakukan di alam Asura. Jika tidak, akan lebih sukar untuk ditangani apabila peperangan telah meletus di dunia fizikal.

Darah Suci menitis dari badan Guru, titisan demi titisan. Seluruh perisai pelindung diwarnai merah terang. Badan Guru rebah ke tanah. Saya ingin mendekati dan membantu Guru tetapi tidak dibenarkan. Saya tidak dapat capai badan Guru. Guru dengan lemah mengangkat dan melambaikan tangan-Nya, bayangkan kepada saya bahawa tidak usah bersusah-susah. Semua makhluk Syurga datang dengan sedih untuk menaburkan bunga ke atas badan Guru sebagai tanda takziah kerana Guru telah mengorbankan badan-Nya untuk kali yang tidak terkira demi keselamatan Bumi dan Taiwan (Formosa). Walaupun orang tidak dapat lihatnya, kejadian ini kelihatan sangat jelas bagi makhluk Syurga.

Pada masa itu, saya melihat ke bawah dari angkasa lepas dan nampak tiga orang wanita tiba-tiba meluncur naik dari badan jelmaan Cahaya Guru! Salah satu drpd mereka ialah Hua Mulan, seorang pahlawan wanita China yang menjadi legenda, masuk tentera untuk menggantikan bapanya. Dua orang lagi ialah Trưng Trắc dan Trưng Nhị, dua orang jeneral wanita bersaudara yang mempertahankan negara dan rakyat di Âu Lạc (Vietnam) kuno. Ketiga-tiganya ialah jelmaan Guru dalam hayat lampau. Tiga orang ini berpisah, menaik tinggi ke angkasa dan bersepadu dengan Jeneral Keadilan wanita gergasi dan perkasa yang memakai topi besi dan baju besi berat zaman dahulu. Mantel merah di belakang bahu-Nya beralun-alun di udara sementara Dia memegang pedang perak yang besar untuk melindungi keharmonian di Selat Taiwan (Formosa) dan menghalang syaitan daripada menghasut permusuhan antara orang di kedua-dua belah Selat. Muka Jeneral wanita itu basah dengan air mata sedih dengan kejahilan orang di Bumi. Air mata itu menitis ke atas perisai pelindung yang dibuat oleh Guru untuk Taiwan (Formosa), bercampur dengan darah Suci Guru menjadi campuran yang kabur. Semua ini melambangkan Guru gunakan ‘darah dan air mata’ sendiri untuk menjaga keamanan Selat Taiwan (Formosa) dengan sekuat tenaga!

Punca peperangan datang daripada karma bunuh dan pemakanan orang-haiwan. Jika kita mahukan keamanan, kita mesti berubah kepada diet vegan sepenuhnya untuk mencegah balasan karma bunuh daripada kembali kepada kita. Jika orang tidak mengubah tabiat makan daging dan kelakuan ganas mereka tetapi hanya bergantung kepada pengorbanan Mahaguru Ching Hai yang tidak berhujung untuk menyelamatkan mereka daripada peperangan dan bencana, itu kufur terhadap Belas Kasihan Tuhan. Mereka akan ditinggalkan oleh Alam Semesta dan tidak diampuni oleh neraka. Semaikan benih belas kasihan dan anda pasti akan mendapat buah keamanan. Dengan penuh hormat saya sampaikan visi dalaman saya di atas kepada Guru Agung – Mahaguru Ching Hai! Sujud dgn rasa terima kasih tak berhujung Anak murid-Mu, Sheng-Tsan dari Taiwan (Formosa)

Dan lain-lain…

Bagi Âu Lạc (Vietnam), saya telah korbankan sebanyak yg boleh utk melindungi negara itu juga walaupun saya tak dapat tunjukkannya kepada anda.

Saya ingin berkongsi suatu visi dalaman yang saya alami semasa menunggu inisiasi. Walaupun saya hanya berlatih meditasi duduk, badan astral saya terbang keluar dan bertemu dgn Bodhisattva Quan Yin yang muncul dalam vel putih yang panjang, lembut dan memegang tangan saya untuk terbang ke atas. Selepas itu, saya nampak Guru dlm video yang kelihatan seperti apa yang saya nampak dalam visi dalaman itu. Selepas inisiasi, ketika berlatih meditasi Quan Yin, saya nampak jelmaan bersinar Guru sekali lagi – megah dan luas – memenuhi seluruh angkasa malam di atas Âu Lạc (Vietnam), berpakaian dalam bentuk Bodhisattva Quan Yin yang lain. Satu kali lagi, saya nampak Guru memakai áo dài tradisional Âu Lạc (Vietnam) putih, loket upacara yang berkilau-kilauan, bersama dengan Nabi Isa di Syurga tinggi, bergabung sebagai Satu Kuasa Bersatu.

Saya amat berterima kasih kepada Guru kerana sentiasa prihatin dan menjelma dalam pelbagai bentuk di Âu Lạc (Vietnam) untuk naikkan seluruh negara ini secara senyap. Baru-baru ini, tujuh ribut berturut-turut – nombor 9, 10, 11, 12, 13, 14 dan 15 – diramalkan akan melanda Âu Lạc (Vietnam) secara langsung dengan angin kencang yang mampu menyebabkan negara ini musnah. Saya memang rasa bahawa 100% Kuasa Tiga Yang Paling Berkuasa campur tangan dgn cara yg sangat halus, secara nampak dan tak nampak, untuk perlahankan ketujuh-tujuh ribut itu, jadi tanpa diduga ia menjadi lemah dengan tekanan rendah tropika apabila mendarat di Âu Lạc (Vietnam). Hanya kesan kecil dialami, meminimumkan kehilangan nyawa. Oleh sebab Âu Lạc (Vietnam) jarang menghadapi bencana alam, orang kurang berupaya untuk atasinya jika satu ribut teruk pun melanda secara langsung.

Dan lain-lain…

Tapi tetap ada seorang guru spiritual palsu Tr. T. Ruma yang menipu, gunakan helah dan ugutan untuk memaksa orang yang lemah melakukan apa yang diingininya dgn cara yg sangat ganas, tidak bermoral! Dia datang dan pergi ke Âu Lạc (Vietnam), menyebabkan banyak bencana di sana dan ugutan perang dengan negara jiran.

Ruma Trần Tâm seorang penipu terang-terangan yang gunakan agama untuk mudaratkan orang lain. Kita perlu mengutuk dan memboikot dia untuk menyelamatkan banyak orang yang tersesat. Dia mengacu patung sendiri dan jualnya pada harga AS$5,000 atau kira-kira 120 juta VND serta melarang pengikutnya memuja Buddha, Nabi Isa atau nenek moyang mereka. Dia memang merupakan syaitan dalam bentuk manusia. Dia malah menjual mangkuk sedekah pada harga AS$2,500, kira-kira 60 juta VND. Dia mengaut keuntungan sampai tahap menjual selimut panas kepada pemeditasi yang mengikut dia pada harga 30 juta VND (AS$1,190). Ia dipanggil oleh Ruma sebagai ‘selimut yang hilangkan karma’. Dia menggoda orang dengan mendakwa secara tipu bahawa beli segalanya yang dijualnya dapat menghilangkan karma, tidak kira berapa berat karma itu. Anda nampak tak percanggahan dalam kata-katanya sendiri? Sementara dia sendiri berkata bahawa dia berkuasa untuk hilangkan semua karma untuk semua orang tetapi dia menipu orang dengan menjual banyak barang pada harga yang sangat tinggi dan mereka perlu beli item ini untuk hapuskan semua karma mereka. Alahai, ini begitu tak masuk akal dan berdelusi! Tetapi mengapa begitu banyak orang yang jahil dan mudah terpengaruh ditipunya? Mereka bukan sahaja kehilangan wang tetapi rumah hilang dan jiwa tersesat juga. Tolonglah sedar!

Dulu saya pengikut Trần Tâm. Saya terlibat secara langsung dalam hal dalaman seperti perbelanjaan hidup, makanan dan beli-belah. Oleh itu, saya tahu segalanya tentang personaliti dan gaya hidupnya. Saya beransur sedar bahawa banyak perbuatannya tidak betul, seperti ambil wang daripada pemeditasi. Sesetengah drpd mereka malah perlu menjual rumah untuk membuat tawaran kerana takut akan sumpahnya. Ada pemeditasi lelaki yg tinggalkan sana dan melaporkan dia kerana ganggu mereka secara seksual semasa mengambil bahagian dalam kumpulan. Banyak orang dianiayai macam ini. Dia malah menulis surat yang mengugut dan menyumpah bahawa seluruh keluarga mrk akan jatuh sakit atau mati jika mereka tidak kembali. Orang kanannya yang menggelar diri sebagai pelindung dharma dan biksunya bebas memungut wang daripada pemeditasi untuk dia, malah masukkannya ke dalam kocek sendiri. Sewaktu bersuluk, makanan dijual dengan harga yang sangat tinggi, malah 20 kali lebih tinggi daripada kos sebenar kerana dia mendakwa bahawa ia ada kuasa berkat. Contohnya, dia jual sebiji buah ciku yang ditanamnya sendiri pada harga AS$100, sebiji pankek pada harga 500,000 VND (Dong Vietnam ~ AS$20), sepinggan nasi pada harga 1 juta VND (AS$40) dan banyak item terlebih harga serupa yang lain.

Dan lain-lain…

Senarai nama sebenar dan palsu Trần Tâm (Ruma):

Tom Van Tran (Nama lahir)

John Saint (Nama sah sekarang dan digunakan dlm pasport Amerikanya)

Guruji Sagarrumagarmatha (Nama yang lebih disukainya sekarang)

Trần Tâm

Trần Văn Tâm

Trần Văn Út

Huỳnh Long

Trần Út Huỳnh Long

Tâm Trần

Tom Trần / Tom Tran

Guru Tran Tam

Trấn Yăn Tom

Tran Yen Tom

Cậu Út

Ruma

Guru Ruma

Ruma John Saint

Guru RUMA John Saint

Minh Sư Ruma

Minh Sư Trần Tâm

Guruji Ruma

Om Ruma

Sagarrumagarmatha

Amaran tambahan: Bùi Tấn Kiệt ialah seorang lagi guru palsu dan pengikut Trần Tâm. Kami percaya bahawa Trần Tâm mengarahkan Bùi Tấn Kiệt supaya asaskan kumpulan spiritualnya sendiri di Âu Lạc (Vietnam) untuk meyakinkan pengikut Hòa Hảo di sana supaya mengikut Trần Tâm. Bùi Tấn Kiệt beritahu mereka bahawa Trần Tâm ialah kelahiran semula pengasas Hòa Hảo, Guru Bermakrifat Terhormat Huỳnh Phú Sổ (vegan). Itu bohong. Bùi Tấn Kiệt juga beritahu orang ramai bahawa Trần Tâm ialah ‘Maharaja Jed’, satu lagi fakta yang tidak benar untuk meningkatkan lagi daya tarikan Trần Tâm bagi komuniti spiritual negara itu. Akhirnya, Bùi Tấn Kiệt secara palsu mendakwa diri sebagai ‘Maitreya Vietnam’.

Namun begitu, saya telah buat sebaik yang boleh untuk menyelamatkan negara itu daripada peperangan kerana tidak kira apa pun, itu negara lahir saya. Saya membesar dengan nasi mereka, buah-buahan mereka, sayuran mereka. Saya berjalan, gunakan jalan mereka, tanah mereka untuk rumah saya, perjalanan saya walaupun itu waktu perang, setiap jalan ada bom yang ditanam di bawahnya.

Ini tiga buah negara yang sangat rapat dengan saya. Saya telah cuba sedaya upaya utk bantu. Tapi bayangkan, Amerika ialah negara yang beri saya segala penghormatan yang boleh kita dapat di dunia walaupun saya tidak buat banyak untuk Amerika kecuali beri bantuan bencana, ini dan itu, macam itu. Tetapi kita ada afiniti yang baik dengan rakyat Amerika, jadi saya cuba sedaya upaya untuk melindungi Amerika juga. Kita perlu lakukannya di mana kita boleh ada afiniti yang paling dalam. Bahagian dunia yang selebihnya, saya perlu berkongsi pahala, tidak begitu peribadi tetapi saya tetap lakukannya di mana-mana saja perlu

Saya gembira dengan banyak negara ada keamanan, jadi saya tak perlu bekerja dengan jauh lebih keras lagi. Tetapi dunia kita masih terancam pada bila-bila saja seolah-olah ia akan berlaku, peperangan akan datang, kerana peperangan yang dah hampir ada di sana sini disebabkan Raja Perang. Sesetengah orang panggilnya Dewa Perang tetapi apa jenis Dewa ini? Hanya mara ke depan di jalan darah dan air mata untuk memudaratkan mana-mana orang tak berdosa yang boleh, orang yang tak dapat mempertahankan diri, tiada pistol, tiada pisau dalam tangan untuk melindungi keluarga, anak dan orang tua mereka. Apa jenis Dewa ini? Dewa kecil pun, mereka tidak layak dipanggil sebagai dewa, tidak layak dipanggil sebagai Raja pun, jadi saya hanya panggilnya ketua perang.

Photo Caption: “Musim Luruh di dalam Hutan Membuat Kita Jatuh Cinta Padanya!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (4/6)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-06
4407 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-07
4009 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-08
3886 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-09
3811 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-10
3771 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-11
3792 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-07
1 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-07
3051 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-11-07
1 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-05
400 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun