Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(Semasa melakukan Bunyi (Syurga dalaman), kadangkala saya tak dapat bezakan sama ada ia datang dari kiri atau...) Tak pedulikannya. Maka dengar yang dari atas kepala. (Jadi kita perlu mendapat tahu dulu ia datang dari…) Usah mendapat tahu, tak pedulikannya. Okey? Dengar saja. (Dengar saja.) Ya. Kamu dengar dengan roh, bukan dengan telinga. (Ya, Bunyi (Syurga dalaman) adalah sangat baik tetapi saya takut sikit jika ia datang dari kiri.) Jangan takut. Tak apa-apa. (Jadi…) Semasa saya kata jangan dengar sebelah kiri, maksud saya jangan tarik perhatianmu ke sebelah kiri.Kerana bahagian kiri otak… Kamu dah tahu melalui laporan saintifik bahawa sebelah kiri otak tak begitu baik untuk kamu. Kebanyakan orang berfikir dengan sebelah kiri otak dan kita tidak seimbang. Sebab itulah kita harus beralih ke kanan sekarang. Melalui bantuan Bunyi (Syurga dalaman), ia datang melalui sebelah kanan, maka kamu imbangi keupayaanmu. (Jadi asalkan kita tidak beri perhatian kepada sebelah kiri, Bunyi (Syurga dalaman) adalah okey. Kita tak perlu risau tentangnya. Ia akan datang.) Ya, ya, ya. (Oh! Okey. Terima kasih.) Tak pedulikannya meskipun kamu rasa ia datang dari kiri. Itu tak benar, cuma kecenderungan kamu lebih ke kiri sikit seperti kebanyakan orang di dunia. Sebab itulah banyak orang tidak seimbang. (Terima kasih banyak-banyak, Guru.)Ahli sains juga beritahu kita bahawa kita harus lebih banyak gunakan otak kanan. Jadi sebenarnya Kaedah kita sangat saintifik juga. Saya tak berapa pandai dalam sains tetapi kamu tahu lebih. Saya hanya ingatkan kamu sikit macam itu, kemudian kamu ingat atau kaji semula. Kerana kadangkala ada terlalu banyak penjelasan saintifik, ia kehilangan rasanya. Betul? (Betul.) Kamu duduk di sana dan menganalisis bahawa hidung isterimu lurus, ada dua lubang di antaranya, dan matanya ada anak mata. dan anak mata dibuat daripada apa? Di dalamnya ialah daging, lembik dan berlendir, oh, maka tiada kecantikan lagi. Dan di dalam hidung mengalirnya sesuatu yang meloyakan. Ya, maka kamu tak sukanya lagi. Pada zaman moden, kadangkala orang cuba menjelaskan Kaedah kita dengan cara yang sangat saintifik. Itu sangat bagus juga. Itu lebih menarik hati orang saintifik. Itu bagus juga, untuk bantu mereka. Tetapi itu perlu bagi mereka saja kerana mereka terlalu terlatih ke arah itu. Tetapi jika tidak, bagi kita, kita tak peduli sama ada terbukti secara saintifik atau tidak. Kita rasa selesa dengannya. Ia bermanfaat, sentiasa berkesan dan ajaib. Kita panggilnya ‘mistik’. Jenis pengangkutan mistik, jenis pengalaman mistik. Ia romantik dan penuh misteri. Ia baik bagi kita.Tetapi sains memang bantu kita apabila kita menemui… Banyak ahli sains sekarang menemuinya dan berkata ada sejenis... mereka panggilnya “titik gembira”, titik gembira di dalam otak dan mereka malah mengesan tempat letaknya. Itu cara kita lihat melalui itu. Kita kata kita lihat ke depan tetapi sebenarnya apabila kita menutup mata, kita melihat ke dalam, kerana pada masa itu, ruang tidak… tiada depan, tiada belakang, tiada tepi, tiada kiri, tiada kanan lagi, hanya ruang di dalam, kerajaan dalaman kita, dan kita melihat ke dalam. Pada masa itu, apabila kita cuba mengesan kedudukan kononnya “titik gembira” kita, apa-apa saja yang orang namainya – kita panggilnya Mata Kebijaksanaan – maka kita rasa gembira. Kita panggilnya Mata Kebijaksanaan. Ahli sains panggilnya, saya tak tahu apa… Banyak nama mereka panggil: “Titik gembira” dan nama-nama lain. Apa? “Titik kebijaksanaan”, “pusat ingatan”, apa-apa saja itu. Mereka panggilnya dgn banyak nama.Adalah baik untuk kita juga disahkan dengan cara itu, tetapi jika tidak, kita tak perlukannya. Tahulah, orang yang kurang berpendidikan seperti petani atau orang gunung yang jalani kehidupan sederhana alami pengalaman spiritual yang sangat baik, atau seperti orang di China atau Âu Lạc (Vietnam) yang tak pernah berjumpa dengan mana-mana kononnya guru spiritual, hanya berjumpa dengan pengutus, dan mereka berfikiran murni sekali, sesetengah daripada mereka, alami lebih banyak pengalaman spiritual drpd mrk yg ada PhD atau entah apa lagi, kerana lagi banyak kita belajar lagi rumitnya kita. Kita kumpulan orang yang sangat rumit, orang bandar, dan sangat sukar bagi kita bertumpu pun. Kita bertumpu, kemudian wang datang, “Ooh,” atau gadis cantik datang, “Wau!” Dan segala-galanya datang kecuali Buddha. Tetapi kita hanya perlu semakin banyak cuba sehingga semua ini berlalu, kemudian Buddha akan muncul juga. Saya dah habis bercakap. Itu saja? Asalkan saya beritahu kamu supaya jangan tanya soalan duniawi, tiada soalan fizikal, tiada soalan material, maka tiada soalan. Tak terlalu banyak. […](Hai, Guru! Boleh saya tanya satu soalan? Suatu soalan tentang bagaimana mengimbangi meditasi, maksud saya tanggungjawab duniawi, kerana mengikut ajaran Guru, pada bila-bila kita membuat sesuatu, kita harus buat dengan sepenuh hati.) Ya. (Jadi maksud saya, jika kita terlalu berdedikasi kepada pekerjaan atau kerja kita, maksud saya, nampaknya sepanjang hari kita memikirkannya, ketika bermeditasi pun, kadangkala kita masih, maksud saya, membuat pekerjaan kita.) Ya. Sukar. (Bagaimana imbangi meditasi ini dgn pekerjaan kita?) Saya tahu. Kita hanya perlu cubanya. Tiada cara lain. Cubalah. Lepas seketika, kadangkala berhasil, sama seperti loteri. (Maksud saya, haruskah kita kurangkan minat terhadap pekerjaan, atau haruskah kita buat sesuatu untuk...?) Maksud kamu pada waktu meditasi? (Ya.) Tidak, jika kamu ada soalan besar tentang pekerjaan, suatu masalah, maka dah tentu, pada waktu meditasi, kamu boleh tanyakannya untuk seketika, memikirkannya, atau kadangkala kamu tidak tanya pun. Itu automatik. Kadangkala kamu hadapi masalah dan ia buat kamu sakit kepala. Kamu tak tahu bagaimana menyelesaikannya, jadi saya akan kata, “Oh! Tak apa, lupakannya saja. Aku perlu bermeditasi untuk seketika.” Kemudian selepas meditasi atau semasa meditasi, kamu mendapat jawapannya dengan jelas sekali.(Ya. Tapi, maksud saya, saya rasa setiap pekerjaan ada masalah yg tak berhujung) Ia tak dapat habis.) Apa? (Maksud saya, dalam pekerjaan, sentiasa ada masalah. Maksud saya…) Dalam pekerjaan, sentiasa ada masalah? (Ya.) Tetapi…(Sentiasa ada masalah untuk diselesaikan dan...) Ya, tetapi pada bila-bila kamu tak dapat selesaikan, maka ia akan datang melalui meditasi. Kamu tidak lakukannya secara sengaja pun. Okey? Kamu hanya cuba bermeditasi, maka apa-apa yang datang akan datang. Jika ia tidak datang, maka ia tidak datang. Kamu tahu akan dunia ini, ada seribu satu masalah yang belum diselesaikan. Jadi masalahmu bukanlah satu-satunya. Jangan risau tentangnya. Kamu tak sepatutnya menjadi orang super di dunia ini. […]Semasa kamu berdoa kepada Guru, sebenarnya kebanyakan masanya bergantung pada kamu untuk buatnya menjadi kenyataan, bukan Guru. Sama ada kamu mahukannya, apa yang buruk, atau kamu mahukan apa yang baik, ia akan menjadi kenyataan kerana kamulah orang yang bertanggungjawab atas doamu. Kamulah orang yang mahukannya. Kamu tahu kerana kamu ialah Guru juga. Jangan menyalahkan Guru lain. Kamu ialah Guru. Kamu tahu apa yang kamu mahukan. Kebijaksanaanmu akan mengetahuinya dan berikannya kepada kamu kerana kamu mahukan pengalaman itu. Mungkin itu pengalaman yang sangat besar kesannya kepada kamu dan kamu akan buat pengorbanan besar dari banyak segi, tetapi jika kamu mahu mempelajarinya dengan cara yang susah macam itu, Guru akan biar kamu belajar.Kerana Guru bukanlah seorang diktator yang duduk di sana, beritahu kamu apa yang nak dibuat. Dia hanya bantu kamu berkembang, menguasai diri dan membuat pilihan yang betul pada masa yang betul. Kamu belajar untuk membuatnya, kadangkala dengan kesilapan, kadangkala dengan kesusahan. Tak mengapa. Tiada sesiapa yang menilai kamu kecuali kamu sendiri. Kamu perlu tahu, “Okey, aku tahu itu buruk tetapi aku tetap mahukannya kerana aku lemah. Aku tak cukup kuat untuk mengawal nafsuku, jadi aku tanggung tanggungjawab sepenuh.” Itu saja. Lain kali, jangan lakukannya lagi kerana kamu dah tahu ia tidak baik. Tetapi jika kamu dah tahu sesuatu adalah baik, kamu benar-benar ikhlas, doakannya dengan sepenuh hati dan tidak ubah fikiran tentang keinginan itu, maka ia akan menjadi kenyataan.Tetapi kadangkala ia mengambil masa kerana jika kadangkala apabila sesuatu yang kamu inginkan melibatkan banyak orang yang lain, maka kamu perlu tunggu sehingga minda mereka mendapat mesejmu dan menyelaras dengan keinginanmu dan sebagainya, mungkin mereka tidak menyelaras dengan begitu cepat dan mungkin mereka tidak menyelaras sama sekali. Ini bergantung kepada berapa kuat kamu dapat mendorong minda orang lain supaya sesuai dengan keinginanmu. Jadi kadangkala keinginan menjadi kenyataan dengan cepat, kadangkala ia datang dengan lambat kerana ini bergantung kepada berapa besar skalanya, berapa banyak orang terlibat dan apa keadaannya di mana keinginanmu akan dipenuhi. Macam itulah. Tetapi jika kamu ada teman wanita, dia sudah cintai kamu, kamu ingin berkahwin dengan dia dan dia akan bersetuju, kemudian kamu ambil sedikit masa saja untuk dia cernakan idea yang sama itu dan ada keinginan yang sama dgn kamu, maka ia akan datang dengan cepat kerana ia melibatkan dua orang saja dan sudah menuju ke arah yang hampir sama.Sebab itulah penglibatan kumpulan dan kesedaran kumpulan sangat berkesan. Sebab itulah apabila orang berdoa bersama dalam kumpulan yang besar – meskipun bukan pengamal Quan Yin, mereka menyatukan minda, menyatukan keikhlasan – ia berhasil! Kerana jika semua orang mahukan sesuatu yang sama pada masa yg sama, ia pasti berhasil. Apabila Nabi Isa berkata, “Apabila dua atau lebih byk orang duduk bersama dgn nama saya, saya akan bersama mrk,” itu apa yg dimaksudkan-Nya dgn “dua”. Apabila dua orang menyetujui satu perkara, atau lebih banyak orang menyetujui satu perkara, ia akan jadi kenyataan, pasti macam itu. Jika mereka berdua ada fikiran yg sama, keikhlasan yang sama, kesatuan yg sama, ia akan menjadi kenyataan. Tetapi ini mengambil sedikit masa. Sesetengah keinginan ambil sedikit masa Jika kamu ingin makan kek (vegan), saya tak rasa kamu harus berdoa atau apa-apa, hanya pergi ke kedai, lihat sama ada mereka adanya. Itu cepat. (Terima kasih.)Photo Caption: Menonjol di Tengah-tengah Kumpulan, Tak Perlu Tahu Caranya!











