Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, perbualan berterusan dengan humor lembut dan penghargaan ikhlas antara Mahaguru Ching Hai dengan anak murid Bambi Baaba.Hai, budak lelaki besar! Mereka bertumbuh menjadi begitu besar. (…semula jadi sepenuhnya.) Oh, ya! Saya tahu. Semula jadi, saya tahu. Inilah produknya. Mereka sendiri tanamnya. Mereka sendiri menanam pisang.Kamu dapat dengar tak? Saya rasa kehidupan saya adalah menguji mikrofon. Gurumu ada mikrofon di sana tak? (Kadangkala, ya.) Kadangkala. Apa yang mereka gunakan? Bateri? Kerana tiada tenaga elektrik. Atau mereka ada? (Kadangkala kami gunakan bateri.) Oh, ya, ya! Tak bolehkah kita buat sejenis generator sendiri atau sesuatu? Kita boleh buat begitu. (Ya. Pada suatu ketika dahulu, kami ada generator itu.) Tetapi menyusahkan. Ia rosak, kemudian kita perlu sentiasa menjaganya. (Menjengkelkan, banyak bunyi bising.) Banyak bunyi bising. Oh, oh, oh!Oh, oh, oh, ia membakar! Tolong tutupnya. Dia kelihatan macam… Serangga atau sesuatu. Tutup yang ini juga. Cepat, cepat, cepat. (Seekor serangga terbang ke atas. Dia terbakar.) (Apa terbakar?) (Kami tak dapat lihat Guru.) Gunakan Mata Kebijaksanaan kamu. Sekarang mereka hanya nak lihat pisang. Mereka tak pedulikan saya. Ya Tuhan. Disebabkan serangga, jadi itu masalahnya. Saya tak suka lihat serangga terbakar. Apa itu? (Maaf atas ini.) Jadi kita dah ada perayaan pisang, jadi kamu dah ada gambar terbaik. Ke atas dan ke bawah, kamu boleh. Maksud saya, sekali-sekala, kamu boleh buka lampu. Kita ada lampu di tingkat atas sana tak? (Saya rasa ada.) Ya? Ya, bukalah. Jika ia bernyala, mungkin kita akan ada secukupnya, atau di sini pun. Yang besar itu.Jadi ini surat daripada Guru itu. Ya Tuhan. ...Beliau tahu ini baik untuk ego saya. Beliau maafkan saya. (Beliau faham.) Beliau faham, huh? Ini bukan masalah bagi Beliau. Beliau orang yang sangat menakjubkan jika memahami itu. Tapi saya tak tahu bagaimana Beliau mendapat buku saya, segala benda saya dan sebagainya. Beliau tahu akan segalanya tentang saya tapi saya tak tahu apa pun tentang Beliau. Itu ‘hebat’. Saya tahu sesuatu tentang Beliau. Saya tahu Beliau dapat berjalan di atas air, dapat tidur di atas air dan dapat hilangkan diri. Beliau telah pelajari kemahiran halimunan dan segala ilmu macam itu, kan? Saya dapat buat begitu juga. Saya dapat berjalan di atas air dengan bantuan sekeping kayu di bawah dan sebagainya. Kadangkala saya berbaring di udara dengan buaian, hanya dengan buaian. Saya sentiasa turun dari langit pada bila-bila saya pergi ke sesuatu tempat. Saya datang dari langit, sebenarnya – Air France. Tiada masalah. Saya sentiasa penuh dengan kuasa ajaib.Oh! Gurumu tahu akan lambang perkara yang kami lakukan. Lambangnya – bukan wang tetapi kuasa simbolik yang ditambahkan ke negaramu. Gurumu memang rendah diri. Saya perlu pelajari kerendahan diri ini. Saya sangat suka akan ini kerana saya Mahaguru. Masalah dengan Maha.Gurumu memang baik. Beliau pasti orang yang sangat baik – sangat suci, sangat rendah diri – kecuali apabila Beliau suruh kamu menulis surat ini, 20 kali, menulis semula. Pada masa itu, kamu berfikir, “Lebih baik Guru pergi ke Himalaya.” Ya, ya. Tidak kira berapa banyak kita berbakti kepada seorang Guru, sukar nak menahan teguran kadangkala dan kita berfikir, “Apa yang saya buat di sini?” Menulis semula surat dua puluh kali, ya Tuhan. Tetapi Nabi Milarepa ambil masa empat tahun: membina semula dan bina rumah secara berulangan dan dengan segala kesusahan. Menulis surat agak senang. Kamu lakukannya dengan komputer. Beliau begitu baik.Beliau begitu baik. Kamu tulis ini dengan persetujuan-Nya? Semua ini? Gurumu imlakkannya? (Ya, itu betul-betul imlak-Nya.) Ya Tuhan. Beliau begitu rendah diri. Beliau sendiri seorang Guru. Apa yang Beliau katakan ini? Beliau bercakap macam Beliau anak murid saya. Kamu rasa saya boleh tahan semua ini? (Mungkin Guru itu tahu lebih daripada yang ditulis-Nya.) Saya tidak biasa dengannya. Saya tidak biasa dengannya, segala kesopanan ini. Kamu tahu cara saya bercakap – saya bergurau, sangat ‘kasar’. Mungkin saya terlalu ‘kasar’ bagi Beliau. Adakah kamu rasa Beliau boleh tahan apabila saya tiba di sana? (Pasti boleh.) Huh? (Beliau boleh.) (Pasti boleh.) Adakah Beliau tahu apa jenis orang saya ini? Saya rasa Beliau seorang lelaki yang sangat manis dan serius. Beliau ada ketawa atau tidak? Ada? (Ya, ada.) Beliau ada?Beliau banyak bergurau? (Ya.) Maka tak mengapa. Jika tidak, saya tak tahu bagaimana bergaul dengan Beliau. Kamu nampak tak betapa putihnya Bulan di sini? (Kerana di Eropah sekarang.) Ya. Hitam di Afrika, kan? Hitam adalah cantik. Oh! Kamu tulis surat yang indah. Siapakah ibu ini? Emmerasi, Emmerasi Jerani. Oh! Kamu ada nama yang panjang di Afrika. Ya Tuhan, saya ambil masa setengah jam untuk baca nama itu. Odera Emmerasi Jerani Nambieri Keramera.Itu bahasa yang indah. Apabila kamu bercakap… Boleh kamu katakan sesuatu dalam bahasa Afrika untuk saya dengar? Ia kedengaran sangat sedap. Ya. Nama-nama di Afrika adalah indah. (Dia menuturkan bahasa Suwan dan saya menuturkan bahasa Chiganda.) Ya? Kamu tak dapat berkomunikasi. Oh! Berbeza? (Ya, dia berasal dari Mata.) (Saya tahu berbahasa Uganda juga. Maksud saya, Luganda.) Ya. Maka cakaplah dalam bahasa Luganda. Cakaplah. Boleh tak? (…Guru Ching Hai.) Kamu ulang juga. Kamu cakaplah dengan dia dlm bahasa Luganda. (…Ching Hai.) Apa…? Saya faham ‘Ching Hai’ tetapi yang selebihnya saya tak tahu. Jadi apa itu dengan ‘Ching Hai’?(Kami berkata bahawa kami amat berterima kasih diberi Restu dan Berkat yang paling jarang ini daripada Guru-guru Kebijaksanaan yang membolehkan kami tiba dan diberkati dengan kehadiran Kaki Teratai Guru Ching Hai.) Terima kasih banyak-banyak. Gurumu telah mengajar kamu dengan baik sekali, cara kamu bercakap. Anak murid saya tak bercakap macam itu. Mereka tak tahu apa itu ‘Kaki Teratai’. Mereka tak pernah bercakap macam itu. Apabila mereka datang kepada saya, mereka tak pernah kata, “Oh! Kami beri hormat di Kaki Teratai-Mu.” Mereka kata, “Guru, di manakah makanan?” “Dapur di mana?” “Gula-gula (vegan) saya, biskut (vegan) saya, makanan (vegan) yg diberkati di mana?” Itu cara anak murid saya bercakap. Saya takut mereka akan memenuhi ashram kamu dengan perangai kasar mereka. Saya tidak ajar mereka ini.Adalah indah cara kamu bercakap. Saya rasa ini lebih baik. Kebanyakan tradisi adalah macam itu kecuali tradisi kami. Mereka tak bercakap macam kamu. Mereka tidak mencipta puisi macam itu. Pada bila-bila kita jumpa dengan mereka, mereka hanya mahukan makanan. Apabila mereka jumpa dengan saya, mereka hanya mahukan makanan. Mereka mahukan makanan (vegan) dari lapangan terbang dan mahukannya hingga ke sini, kemudian esok mereka mahu lagi.Oh! Indahnya ini, cara kamu bercakap. Kebanyakan orang Afrika yg saya temui bercakap macam itu. Mereka bercakap macam puisi dan begitu menyenangkan hati saya. Rasanya saya akan hantar anak murid saya ke Uganda untuk diajar oleh Gurumu cara berbudi pekerti dan cara bertutur. (Tetapi di Afrika, kami juga rasa bahawa kami boleh mempelajari adab sopan dari Taiwan (Formosa).) Oh! Benar ke? Tidak. Di Taiwan (Formosa), kami hanya bekerja. Barangkali kami tak beri terlalu banyak perhatian kepada sebelah puisi kehidupan spiritual. Mungkin kerana saya terlalu tidak sabar dengan misi yang perlu saya jalankan. Saya nak selesaikannya dengan cepat, bersara, pergi ke Uganda cari semak di sebelah Gurumu dan habiskan masa saya. Adab sopan dunia, biar mereka pelajari. (Guru dialu-alukan.) “Guru dialu-alukan”, huh?Photo Caption: “Kita Satu Entiti! ”











