Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Awal pagi, 22 Oktober, MAPA benarkan Raja Buddha Keamanan datang bercakap dengan saya kerana… Wau! Hujan lebat dan bising. Harap-harap audio jelas jika saya memutuskan untuk hantarnya. Pada waktu pagi, Raja Buddha Keamanan beritahu saya bahawa perjanjian damai telah ditandatangani antara Ukraine (Ureign) dan Rusia. Saya kata, “Bilakah seluruh dunia akan mengetahuinya?” Raja Buddha Keamanan bertitah bahawa ini bukan sesuatu yang diumumkan secara besar-besaran. Oh! Sekurang-kurangnya, tidak kira berapa besar atau kecil ia diumumkan, asalkan itu perdamaian, ditandatangani dan didukung, maka saya akan gembira. Syukur kepada Engkau, TUANKU, MAPA-ku, Satu-satunya Ibu Bapaku, Yang Maha Besar daripada semuanya yang pernah wujud. Saya masih tidak pasti sama ada kita akan dengarnya secara rasmi atau tidak tetapi Raja Buddha Keamanan bertitah bahawa, “Ditandatangani secara rasmi tetap adalah ditandatangani secara rasmi.” Jadi saya perlu percayainya walaupun mungkin ia tidak terlalu ketara atau tidak diumumkan secara besar-besaran. Tolonglah, kedua-dua belah, pertimbangkan rakyat kedua-dua buah negara yang tidak berdosa. Saya sendiri, dengan Nama TUHAN, amat berterima kasih kepada kalian. Tidak kira siapa betul, siapa salah, perkara yang betul bagi kedua-dua belah lakukan adalah menandatangani perjanjian damai dan mendukungnya – mendukung janji, tandatangan dan niat terhormat kalian. Tolong pertimbangkan keharmonian, ketenteraman dan kepuasan seluruh dunia, dan terus berkembang ke arah masa depan yang semalin baik, semalin baik untuk anak, orang tersayang, cucu-cicit kalian. Meskipun kalian tidak beranak sekarang, mungkin kalian ada tidak lama lagi, atau pertimbangkan anak orang lain kerana kita semua mahu hidup puas dan aman damai. Terima kasih, anda berdua, Rusia dan Ureign (atau Ukraine). Sudah tiba masanya untuk berhenti. Kita semua dah jemu dengan perdamaian yang tidak datang, dan mendengar tentang perdamaian tetapi nampaknya tidak secara terbuka, ketara dan rasmi. Terima kasih, kalian, tidak kira berapa banyak langkah kalian mara ke arah keamanan. Kami berterima kasih, macam mana pun. Kami berterima kasih. Sebarang langkah adalah lebih baik daripada tiada langkah sama sekali. Terima kasih banyak-banyak, dengan Rahmat TUHAN dan dengan nama seluruh umat manusia terutama orang Ureign (Ukraine) dan Rusia yang berkaitan. Saya kasihi anda berdua. Saya cintai negara dan rakyat kalian. Saya memang amat kasihi kalian. Saya harap kalian rasainya terutama saya harap kalian rasai Kasih Sayang TUHAN. Amin. Syukur kepada Engkau, TUHAN Yang Maha Berkuasa. Syukur kepada Engkau, TUHAN, kerana kurniakan sedikit keamanan kepada orang yang menderita, tiada sebarang cara untuk melindungi diri. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Tolonglah, apa-apa pun itu, biar mereka langsaikan karma mereka di tempat lain. Tiada penderitaan lagi, tiada kemusnahan planet ini lagi. Ya Tuhan, wang yang kami belanjakan, nyawa yang kami korbankan, masa yang kami hilang, peluang yang kami terlepas dan tak dapat capai apa-apa pun. Syukur kepada Engkau. Mulai sekarang, hanya keamanan, tolonglah. Kerana aku asyik menanti dan nampaknya sarafku telah meregang begitu jauh, terlalu jauh. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Terima kasih, kedua-dua Rusia dan Ureign – maksud saya, Ukraine. Saya harap mereka ialah orang Ureign, kerana dengan itu, mereka akan sendiri ‘reign (memerintah)’. Saya malah terdengar pada waktu pagi bahawa perdamaian telah ditandatangani antara Rusia dan Ureign (Ukraine) tetapi tiada apa-apa yang luar biasa, tiada pengumuman besar-besaran yang dibuat. Tetapi pada malam masih 22 Oktober, saya baca Arus Berita Harian kami. Memang benar bahawa orang Rusia dan Ukraine (Ureign) telah menandatangani perjanjian damai sebenar. Walaupun tidak sepenuhnya, itu memang sesuatu yang mereka boleh biar orang Ukraine (Ureign) berpindah – bermakna orang Ureign (Ukraine) boleh meninggalkan kawasan yang diduduki Rusia dengan selamat dan pergi ke kawasan Ureign (Ukraine) yang lain yang diduduki oleh orang dan tentera Ureign (Ukraine). Jadi itu beberapa perkara baik. Banyak wanita dan kanak-kanak telah dibebaskan dan gembira untuk balik ke bandar mesra sendiri bersama jiran atau patriot mereka, tinggal di bandar atau persekitaran yang lebih aman dan kurang menakutkan. Terima kasih banyak-banyak kepada kalian, kedua-dua belah, atas pertukaran yang baik, damai. Tolonglah, jangan menembak lagi. Jika kalian bunuh satu atau seratus orang lagi, apa gunanya? Apa gunanya itu? Tolonglah, ingat akan TUHAN, fikirkan TUHAN, berdoa kepada TUHAN untuk keputusan yang betul dan menjaga keamanan. Amin. Semoga anda berdua diberkati untuk tahu dan membuat keputusan dengan betul. Terima kasih. Sejak beberapa hari lalu, ada panggilan, laporan untuk beritahu saya bahawa seorang bekas kawan merayukan bantuan bagi menyelamatkan dia dari neraka. Saya asyik cuba berfikir bekas kawan saya yang mana itu. Mungkin seseorang yang mendakwa bahawa dia kawan saya tetapi sebenarnya bukan. Saya cuba ingat tapi terlalu sibuk, terlalu sibuk sekali lagi, tak dapat berfikir pun. Kemudian lepas beberapa hari, ada rayuan sekali lagi. Kerana saya asyik terlupa, benar-benar terlalu sibuk, tidak dapat masuki meditasi yang lebih dalam untuk lihat. Kemudian pada awal pagi 22 Oktober, orang-musang itu kembali dan beritahu saya perkara yang sama bahawa seorang bekas kawan saya meminta bantuan dari neraka. Kemudian saya berkata kepada dia, “Baiklah, aku akan lihat,” tetapi saya terlupa secara berulang kali. Pada bila-bila saya cuba meninjaunya, ada sesuatu yang lain yang berlaku, persidangan atau gangguan fizikal. Saya tidak maksudkan badan fizikal saya. Saya maksudkan gangguan di dunia fizikal yang datang kepada saya dan perhatian saya, begitu banyak perkara cemas dan lain-lain. Saya masih tak tahu siapa bekas kawan itu. Saya ada cuba tetapi tak dapat cari mereka. Saya perlukan sedikit masa. Hanya satu orang saja tetapi ambil masa yang begitu panjang untuk lihat. Itu pun jika saya dapat lihat semasa saya terlalu sibuk. Tolonglah, anda semua, Menjadi Vegan, Berdamai, Berbuat Baik meskipun anda tidak mengikut saya atau tak rasa bahawa saya boleh menjadi Guru anda atau apa-apa – saya tidak perlukan semua itu. Tapi jagalah diri kerana kadangkala saya tak cukup masa untuk pergi ke neraka bagi menyelamatkan anda. Rasanya saya dapat jika saya cuba dengan lebih bersungguh-sungguh tapi... Ada begitu banyak kerja, begitu banyak kerja, banyak tekanan pada saya dan banyak orang meminta bantuan, bukan hanya satu bekas kawan. Jadi jagalah diri. Tolonglah, jadi orang yang bantu, jangan jadi orang yang dibantu. Jika tidak, akan lebih sukar jika anda sudah berada di neraka. Kadangkala jika anda berada di neraka yang tiada sesiapa pun boleh masuk selepas pintu ditutup, di alam ghaib, saya masih dapat carinya, tetapi terdapat sesetengah neraka yang dicipta untuk sesiapa saja yang perlu masuk ke dalamnya dan tiada sesiapa pun yang dapat cari mereka. Sesetengah neraka adalah macam itu, tersembunyi di luar pencarian, malah di luar rekod Akashic. Jadi akan sangat sukar bagi saya mencari anda jika anda berada di neraka sebegini. Oh! Neraka yang berlainan ada ciri-ciri, jenis-jenis hukuman, peraturan atau kononnya sifat yang berlainan, bukan semua neraka adalah sama. Pastikan anda tidak pergi dekatnya. Jadilah vegan, berdoa kepada TUHAN. Meskipun anda tidak mengikut saya, meskipun anda tak percaya kpd TUHAN, cubalah berdoa. Cuba berdoa kepada TUHAN agar membuat anda percaya kepada DIA, membuat anda berserah kepada DIA, kemudian secara perlahan-lahan mungkin anda akan menjadi sedar. Anda akan menjadi sedar untuk percaya kepada TUHAN dan berdoa kepada TUHAN secara ikhlas, kemudian anda akan diselamatkan. Tolonglah, neraka adalah mengerikan. Tolong jangan sesekali berfikir bahawa neraka tidak wujud. Neraka memang wujud dan ia sesuatu yang paling mengerikan di luar imaginasi dan keupayaan anda untuk keluar. Oh! Tolonglah percaya kepada saya. Anda tidak perlu ikut saya. Percayalah kepada saya bahawa neraka wujud, Syurga wujud. Syurga ialah tempat penuh kebahagiaan, kegembiraan dan kebebasan. Neraka ialah tempat yang sebaliknya. Ia mengerikan, dahsyat. Ia melangkaui kekejaman. Oh! Ia melangkaui penderitaan, melangkaui kesakitan. Cubalah menjadi bersifat baik. Menjadi Vegan, Berdamai, Berbuat Baik jika anda boleh. Berdoalah kepada TUHAN agar melindungi anda dari neraka. Terima kasih kerana dengar. Photo Caption: “Jadilah Pemimpin yang Diberkati untuk Mewakili Semua Orang”











